Thursday, 24 July 2014

Kurangkan Berat Badan dengan Set Kurus Shaklee


Salam Ramadhan semua... :)

Ada yang dah balik kampung ke ye. Saya sekeluarga insyaAllah pagi sabtu baru balik. First day raya tahun ni turn raya kat kampung sebelah saya pula, raya kat Alor Setar. Second day raya baru balik rumah keluarga mertua kat Kulim. Alhamdulillah, dua2 kat utara, so takde masalah nak berebut raya balik mana.

Rajin pulak nak up entry. Sementara nak ready masak berbuka ni, spend la sikit masa untuk share dengan korang.
Excited ni nak share testimoni dari pengguna Set Kurus Shaklee ni. Jom tengok gambar ni dulu...




Obvious kan perubahan Cik Inang ni. Katanya, seluar semua dah longgar, kena beli baru. Bukan setakat badan dah slim, dengan muka sekali pun dah slim. Cik Inang cakap, slim dan comel ni bonus, yang penting badan ringan, nak solat pun mudah. Alhamdulillah.

Berkat kesabaran dan keyakinan dengan produk Shaklee, akhirnya beliau berjaya kurangkan berat badan. Ambil masa berbulan-bulan juga tau nak dapat hasil begini. Yang penting, kena sabar dan konsisten. Biar lambat asalkan selamat, betul tak. Kesihatan tetap no satu.

So, korang macam mana. Yang nak slim tu, hopefully jangan give up terlalu awal k...
Yang amalkan produk Shaklee tu, trust me, u are almost there :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 23 July 2014

Vivix Tonik Ajaib Untuk Cantik dan Sihat


Bulan ni semua peminat-peminat Vivix memang excited habis la, termasukla yang dah lama berkira-kira nak cuba tu. Mana taknya, bulan ni kan bulan promosi Vivix. Vivix ni kalau promosi, memang harga runtuh betul la. Sebab tu ada yang terus grab berbotol-botol buat stok.

Vivix ni antara 'killer' produk Shaklee, produk yang paling power. Orang kata Vivix ni mahal. Tapi cuba fahamkan maksud mahal tu. Mana lagi mahal, sebotol Vivix atau kesihatan kita yang tiada galang ganti itu? Harga kesihatan kita tak dapat dinilaikan dengan sebotol Vivix ya, ia bernilai lebih dari itu. Sebab tu ramai yang tak berkira dalam membeli Vivix. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk yang tersayang, suami dan parents. Kesihatan adalah anugerah rahmat dari Allah tak ternilai. Kalau kita boleh beli baju, barang2 kehendak kita, tak salah beli sesuatu untuk yang tersayang.. lagi2 mereka yang telah melahirkan dan menjaga kita dari kecil kan..

Ok, kenapa Vivix ni hot seller?

Ia antara produk terbaik Shaklee. Dihasilkan dari ramuan semulajadi 4 bahan terbaik iaitu muscadine grape, purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatum yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee. Secara ringkasnya.. Vivix bagus utk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.. Kenapa DNA? Kerana hampir setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA akibat radikal bebas.

 Hanya 1 sudu kecil sehari

Saya memang kagum bila tengok kebanyakan pengamal tegar Vivix ni. Mereka nampak muda walaupun usia dah cecah hmpir 50 malah ada yg dah lebih 50an, kulit tegang bersinar2, sihat bertenaga. Bukan yang tegang-tegang ala-ala botox tu tau, yang tu scary. Patutlah Shaklee mendakwa dengan Vivix, anda mampu looks 25 years younger and live 25 years longer. Yang muda-muda dah amal Vivix tu, memang lagila terserlah kan, nampak cantik berseri-seri je, cantik natural jer kulit.

Bukan kisah rekaan ni tau :)

Kalau ada yang sedang mencari suplemen terbaik untuk diri dan untuk yang tersayang, apa kata cuba Vivix. Ramai yang gelarkannya tonik ajaib sebab ada banyak testimoni berkaitan masalah kesihatan yang sembuh selepas mengamalkan Vivix... seperti imuniti, SLE, sendi, gout, darah tinggi, kolestrol, jantung, strok, diabetes, penyakit batin dan eh mcm2 lagi lah penyakit2 yg saya pun kadang 1st time dengar... Harganya setara dengan kualitinya.. Health is wealth.. bagi yg masih sihat mungkin tak nampak kepentingannya tapi apalah sangat harga jika nak dibandingkan dgn pengorbanan org tersayang...dan lagi satu.. mencegah lebih baik dari mengubati.. Tak nak la nanti umur 40 tapi nampak macam umur 60-70..hihi. So, bolehla amalkan Vivix dari sekarang ye.

Testimoni Vivix




So, korang. Rugi sangat tau kalau tak grab promosi Vivix ni.

Jom sape nak grab promo ni, contact saya k. Sempat lagi ni..

 Yang ni semua bakal menemui tuan masing-masing :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, 21 July 2014

Tips Match Warna Tudung dengan Baju


Assalamualaikum semua :)

Pejam celik pejam celik, tinggal lebih kurang seminggu je lagi nak raya kan. Macam mana dengan persiapan raya korang? Ada orang yang sebelum puasa lagi dah ready tempah baju kan, ada orang tu lagi seminggu dua nak raya baru kelam kabut cari baju raya. Saya ni termasuk dalam golongan kedua, every year shopping last minute..

Semenjak dah jadi mak-mak ni, baju untuk diri sendiri dah tak peduli sangat. Fokus lebih kepada anak-anak jer. Alhamdulillah, dah settle untuk anak-anak.. Lega rasanya. Untuk saya pula, baru je beli kat online, dah dapat 2 hari lepas. Cik abang, dah 3 tahun kut tak beli baju melayu baru, asyik recycle. Malas nak beli katanya, bukannya selalu pakai pun. Beli T-shirt je dia.

Ok, dah alang-alang nak raya ni kan, meh saya nak share sikit tips untuk match warna tudung dengan warna baju. Bajet image consultant la konon ni. Tips ni actually dari pengalaman-pengalaman saya yang lepas la, dan juga dari pemerhatian.

So, here's the tips:

1) Baju yang bercorak atau berbunga
  • Untuk warna tudung, pilih warna yang paling sedikit yang ada dekat baju korang
  • Pastikan tudung plain

2) Baju plain
  • Rules, jangan pilih tudung yang sedondon. Samada korang pilih warna tudung yang lebih lembut/gelap dari warna baju, atau pilih warna yang kontra (blok colour). Saya prefer blok colour. Blok colour ni, korang kena berani match la, contohnya baju kuning, tudung pink.. dan sebagainya.
  • Tudung plain atau bercorak pun boleh
Tak pun kan, paling senang, pakai je tudung hitam atau putih, match dengan semua baju :)
Yang penting, simple, selesa dan menutup aurat dengan sempurna.

So, camne. Rasa-rasa boleh diterima tak tips ni. At least dapat la juga idea sikit-sikit kan :)

Friday, 18 July 2014

6 Tips Kurus dan Elak Gemuk Ketika Raya


Hanya tinggal lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri. Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga serta kurangnya aktiviti fizikal yang dibuat, gaya hidup seharian mungkin akan mengalami sedikit perubahan. Antaranya, kecenderungan untuk makan makanan berat yang tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi.

Ketupat, rendang, lemang, lontong, kuih-muih.... Fuh, memang la sedap, takkan tak nak makan kut. Bila dah makan, sedar tak sedar, over limit pulak ye. Mengaku jer la, memang susah nak control kan :)


Semua makanan ni mempunyai kalori yang sangat tinggi yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar dihadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Bulan puasa, sebulan diet nak turun 4-5 kg, baju semua pun longgar, tapi bila time raya, dalam masa satu hari jer naik balik, baju pun dah ketat balik. Tak ke rugi tu. Itu yang nampak, yang tak nampak, segala kolestrol dan lemak yang menyerap dalam badan tu... Acaner tu..

6 Tips Kurus dan Elak Gemuk Ketika Raya

Jom saya kongsikan 6 tips yang boleh membantu anda untuk kekal slim dan sihat semasa hari raya Aidilfitri:

1. Kawal nafsu makan

Kebiasaannya pelbagai jenis makanan yang dihidangkan semasa hari raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, rendah, dan 1001 macam jenis kuih raya. Anda dinasihatkan mengawal nafsu semasa melihat makanan yang terhidang. Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan. Dengan cara ini, boleh membantu anda untuk mengambil jumlah setiap makanan yang anda inginkan secara terkawal. Seterusnya, dengan makan makanan dalam jumlah yang sederhana dan terkawal, ia akan memberi peluang kepada system penghadaman badan anda untuk terus berfungsi dengan baik sepanjang Aidilfitri nanti.

2. Minum air masak dan ambil makanan yang kaya fiber secukupnya

Dalam keghairahan untuk mencuba semua jenis hidangan hari raya yang tersedia, anda dinasihatkan untuk tidak lupa minum air dengan cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber. Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit semasa hari raya. Tentu tidak seronok, bukan? Orang lain bergembira bertemu sanak saudara di hari raya, tetapi anda ter’perangkap’ di dalam tandas sepanjang hari.

3. Kurangkan pengambilan gula, lemak, garam & kafein

Semua pun sedia maklum, hidangan di hari raya ini kebanyakannya terdiri dari makanan yang manis, berlemak, dan tidak kurang juga mengandungi kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan seperti ini. Selain itu, tidak kurang juga hidangan minuman bikarbonat seperti coca-cola merupakan minuman yang popular di hari raya. Anda perlu ingat, kandungan gula dan kafein di dalam air bikarbonat adalah sangat tinggi. Oleh itu, tidak salah jika anda minum setengah gelas air coca-cola, dan kemudian segelas air kosong sekiranya anda masih berasa dahaga. Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, lemak, garam, dan kafein boleh menyebabkan masalah seperti makanan tidak hadam dan sembelit.

4. Ambil makanan ringan sebelum menjamah juadah raya

Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya adalah sangat digalakkan. Kemudian, anda dicadangkan makan makanan seperi roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum anda menjamah ketupat dan rendang.

5. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran

Untuk makan tengahari dan makan malam, saya pasti kebanyakan dari kita yang mungkin sudah terlalu kenyang dengan ketupat dan lemang serta hidangan hari raya yang lain. Namun, sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan anda pada hari tersebut, anda bolehlah menambah pengambilan sayur-sayuran, dan buah-buahan segar. Ini kerana saya dapati pada hari raya amat sukar sekali kita lihat makanan yang tersedia yang boleh dihidang bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.

Macam mana dengan 5 tips di atas?
Agak-agak, boleh ikut tak. InsyaAllah boleh kalau betul-betul nak.
Tetapi, ramai yang kecundang sebenarnya, tak mampu nak betul-betul control pemakanan di hari raya. Itu yang ramai ada masalah tu, berat badan naik la, baju ketat la, sembelit la, perut tak selesa la.

Ini tips terakhir yang saya nak kongsikan, iaitu pengambilan supplement. Macam saya, saya mengaku saya susah sikit nak control makan time raya ni. Saya tak risau sangat berat badan naik, sebab metabolisma badan saya ni agak tinggi la, berat badan cepat turun. Cuma saya risaukan perut buncit, risau kolestrol tinggi (orang kurus pun banyak yang kolestrol tinggi tau), saya risau kena sembelit, masalah penghadaman. 

6. Pengambilan supplement

Antara cadangan supplement yang dapat membantu anda untuk kekal slim dan sihat raya ni adalah:

  • Herblax - mencuci usus, membantu masalah sembelit
  • Alfafa - mencuci seluruh badan, mengurangkan retensi air dan sebagai fiber untuk mengangkut keluar lemak dari badan
  • Lecithin dan Omega Guard - memecah dan membakar lemak
  • ESP dan Cinch Shake - memberi rasa kenyang untuk mengelakkan makan secara berlebihan
Saya memang sentiasa ready jer supplements ni, nanti wajib letak dalam beg bawa balik kampung. Anda bagaimana?

Diharap panduan yang dikongsikan sedikit sebanyak ni dapat membantu anda untuk mengawal pengambilan makanan di hari raya nanti. Tubuh badan kita ini bukan untuk kita pakai sehari dua je, tetapi sepanjang hidup kita! So, sayangilah badan dan kesihatan anda ok.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan


Masa berlalu begitu pantas. Sedar ataupun tidak, hari ini dah masuk hari ke 20 kita menjalani ibadah puasa. Dalam tempoh tersebut, sudahkah kita berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap takwa dalam erti kata yang sebenar atau sebaliknya? Jika tempoh tersebut belum mampu memperlengkapkan diri kita dengan takwa, masih belum terlambat untuk kita berusaha ke arah itu. 

Justeru, saki baki hari-hari terakhir Ramadhan perlu kita rebut dan gunakan dengan sebaik-baiknya agar kita tidak ketinggalan mendapat manfaat yang berganda dalam meniti pemergiannya.        

Jika 10 hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan  dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita? Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati 10 hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lalui saat ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya. 

Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada 10 malam terakhir Ramadhan

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud:  
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.

Justeru, umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. 
Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:  
"Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari). 

Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. 

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan. 
Rasulullah bersabda yang bermaksud:  
"Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam,maka  dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu" (hadis riwayat Abu Dawud). 

Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar. 

Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan-amalan lain sepanjang malam itu. Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah menghidupkan malam-malam tersebut dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT. 

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.

Malah, menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. 

Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata:  
"Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari"(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi). 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibv9BBLr0Q0OWddHS8BrhLA1VTSB6HNUqnKTAP-Cj0ItP1eOJmq9uE0ETny1nc-FTrMgkp_tlkKq4gFkh-TfXDtriIdjBTju7aUfjzuf8Sj6giBLtztj0BM1ijOC8gtnhYbs2dCNto_Izh/s1600/10+malam+terakhir+ramadhan.jpg

Di samping itu, kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. 

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud:  
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku" (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535). 

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: 
"Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak" (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).

Begitulah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Namun persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan?

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari yang telah berlalu. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata sebenar.


Thursday, 17 July 2014

Supplement Terbaik untuk Kecantikan Kulit dan Kesihatan


Ramai pulak yang dok tanya and message tanya saya ambil supplement apa.
Ada yang cakap akak nampak muda la, kulit cantik la, nampak fresh la.. Nampak fresh tu.. :)
Syukur Alhamdulillah, Allah pinjamkan nikmat kesihatan ni untuk saya dan keluarga. Semoga nikmat ni kami syukuri sentiasa.

Kesihatan ni adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai, wajib untuk kita menjaga kesihatan.

“Kejarlah lima perkara sebelum datang lima perkara”
Salah satunya: “Sihat sebelum sakit”

Di sini membuktikan betapa menjaga kesihatan itu adalah kewajipan, menggunakan kesihatan dengan sebaiknya adalah kewajipan, dan berusaha memanjangkan kesihatan itu adalah kewajipan.
Bila sihat, kita mudah beribadah kepada Allah SWT,  mudah menjalankan kehidupan harian kita, mudah bergaul dengan orang lain, boleh berbahagia dengan keluarga, sanak saudara dan teman-teman, boleh belajar dan bekerja dengan tenang dan mudah. Bila sihat, kita boleh laksanakan semua tanggungjawab kita dengan baik.

Kulit cantik sekali, mestilah lagi best. Sape yang tak nak cantik kan. Untuk tingkatkan keyakinan diri dan bila dah bersuami ni, mestilah nak cantik untuk suami. Dapat pahala tu :) Dengan Shaklee, cantik dapat, sihat pun dapat, insyaAllah.

 Kalau nak list down, mau panjang berjela supplement yang saya sekeluarga amalkan.
Ini sebahagiannya, yang saya letak di SOHO (Small Office Home Office) saya.
Belum termasuk yang dekat dapur lagi.. 
Ada ESP, Mealshakes, Performance Drink and a few more..
Tapi idakla makan serentak semua, tak tertelan nanti.
Ada jadualnya.
Ada yang untuk daily supplements, ada yang ambil weekend jer, ada yang ambil bila perlu jer..

Bila dikenang-kenang balik zaman dulu, actually dah lama saya teringin nak ambil vitamin ni. Memang sah-sah rasa badan tak cukup zat, maklumlah makan tak menentu, dengan stress lagi. Gaya hidup yang tak berapa sihat la. Tapi, berkira-kira sungguh time tu, rasa perlu ambil, tapi kedekut nak keluar duit beli vitamin. Kononnya mahal la vitamin ni, padahal bukannya survey pun. Bila shopping baju segala, tak berkira pulak.

Sekarang ni, boleh bilang dengan jari berapa kali shopping baju, kasut bagai. Lagi kerap shopping vitamin ada la. Nasib baik sedar diri cepat, dipertemukan dengan Shaklee. Bila dah sedar diri ni, barulah nak ambil itu ini, tampung lompong-lompong yang tak cukup, repair balik apa yang patut direpair. Sebab tu la saya sangat happy and excited share tentang Shaklee, sebab saya sendiri dah rasa kesannya, saya lihat sendiri kesannya kat family saya, member saya, customer saya..  Lagila bila dah study tentang unik dan hebatnya produk Shaklee ni, trust me, korang akan jatuh cinta.

Ada orang cakap, dia tak perlukan vitamin. Ada juga yang cakap, tak mampula nak beli vitamin. Shopping baju, handbag, kasut, tudung, makan KFC, boleh pulak yer... Opps :) Teringat saya sharing dari PM Cery, yang dipetik dari buku Azizi, seorang yang kaya, glamour dan berjaya.. Yang penting, beliau pun ambil supplement.

Kata beliau..

"Dalam dunia yang ideal, kita tak memerlukan supplement. Kita memperolehi semua nutrisi yang diperlukan oleh badan kita daripada makanan yang kita makan. Walaubagaimanapun, dunia yang ideal itu tidak wujud di muka bumi ini...."

Klik gambar untuk baca selanjutnya....


Kalau kita baca kisah-kisah orang-orang yang berjaya ni, ahli politik ke, artis ke, businessman ke, rata-rata semuanya ada ambil vitamin. Kenapa? Sebab diorang jaga kesihatan... Salah satu ciri orang yang kaya dan berjaya, menjaga kesihatan. Dan menjaga kesihatan juga tanda kita bersyukur kepada Allah SWT.

Oklah, panjang pulak mak membebel hari ni. Entry yang sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman sendiri. Moga memberi manfaat untuk semua.

Jaga kesihatan, jaga pemakanan yer semua.. Untuk diri sendiri dan orang-orang yang kita sayang :)

Love of my life :)

Wednesday, 16 July 2014

4 Tips Kulit Cantik Tanpa Make Up


Siapa suka tengok cerita Korea? Mesti ramai ni.
Kalau tengok cerita Korea, mata kita mesti macam terpaku tengok pelakon nya. Sambil tengok tu, dalam hati mesti terdetik, cantiknya kulit dia. Gebu, cerah, flawless. Nampak cantik natural, tak nampak macam pakai make up pun, tu yang best tu. Jeles kan, teringin sangat nak kulit cantik macam tu juga.

Itu orang Korea. Mungkin dah genetik begitu, cuaca kat situ yang sejuk, pemakanan mereka yang sihat-sihat belaka. Kita pula macam mana? Dengan pemakanan yang berlemak, berminyak, dengan cuaca yang panas lagi. Boleh ke? InsyaAllah boleh, tak mustahil pun kita nak dapatkan kulit cantik macam orang Korea.

Tips Kulit Cantik Tanpa Make Up

Tak perlu nak cucuk-cucuk bagai. 
Jom saya kongsikan 4 tips untuk dapatkan kulit cantik tanpa make-up, ala-ala gadis Korea.

1. Rawat Kulit Pagi dan Malam
 
Amalkan 3 langkah rutin penjagaan wajah siang dan malam, iaitu membersih, menggunakan penyegar dan seterusnya pelembap. Jika memakai mae-up, tanggalkan make up dengan sempurna menggunakan make up remover atau baby oil. Jangan sesekali tidur dengan make up. 
 
2. Tidur yang Mencukupi
 
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Dapatkan tidur yang berkualiti. Iaitu jauh dari sebarang gangguan. Simpan telefon. Tutuplah televisyen. Elakkan fikir masalah sebelum tidur. Makin banyak masalah, makin banyak kerutan yang terhasil. Akhirnya, kulit muka akan kedut seribu. 
Dan, tutupkan lampu ketika tidur. Ia akan menghasilkan hormon baik untuk beri pertahanan pada tubuh badan. Sekaligus menjaga sel-sel badan dari rosak.
 
3. Pemakanan Yang Sihat
 
Makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi boleh memberikan kesan tidak baik pada kulit muka. Jadi cuba sebaik mungkin untuk kurangkan pengambilannya. Boleh gantikan dengan makanan yang lebih sihat. Seperti masakan cara kukus, rebus atau panggang. Dan paling penting, pastikan seimbang. Serat adalah satu unsur yang penting. Ia membawa keluar toksik dari dalam badan. Toksik yang berlebihan boleh beri akibat pada kulit, terutama kulit muka. 
Serat boleh didapati dari sayuran dan buah-buah.

4. Pengambilan Vitamin dan Mineral
 
Sumber terbaik adalah dari buah-buahan dan sayuran, yang kaya dengan vitamin, antioksida dan serat. Tapi malangnya, di zaman ini, agak sukar untuk kita makan dan mendapat sayur dan buah yang segar. Jadi untuk melengkapkan khasiat ini, amat disarankan untuk mengambil makanan tambahan.
 
Antara vitamin yang diperlukan oleh kulit adalah Sustained Vitamin C Shaklee, satu tablet bersamaan dengan 7.5 buah oren. Vitamin C umum ketahui sangat baik untuk kulit. Menjadikan kulit kurang cela, tona sekata dan bersih.  
Vitamin E Complex, tinggi dengan kandungan anti-oksidan. Memulihkan kesan atau parut hitam akibat jerawat. ESP juga amat baik untuk kulit. Ia membantu meransangkan pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Jadi sel-sel rosak dan mati akan digantikan segera. Kesannya kulit tidak kering, nampak lembap, cerah dan gebu.
B Complex pula membantu mengawal stress, untuk kulit lebih sihat dan bermaya. 
 
 
Testimoni Kulit Cantik Tanpa Make Up dengan Shaklee

Kalau tengok sesiapa yang konsisten mengamalkan Shaklee ni, memang nampak awet muda jer. Kulit pun tak perlu make up dah nampak cantik :)



Kulit yang cantik dari dalam adalah semulajadi. Dari kulit yang dipakaikan bedak dan make up. Usah berselindung di sebalik make up. Hadapilah masalah kulit. Dan cubalah untuk membaiki kulit yang rosak. Daripada cover dengan make up kan, lagipun make up ni boleh merosakkan lagi kulit kita. InsyaAllah, jika diamalkan dengan betul dan konsisten, kulit secantik artis Korea tu bukan lagi angan-angan :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 12 July 2014

Tips Kecutkan Jerawat dan Hilangkan Parut dengan Cepat


Excited tak baca tajuk ni. Ni saya nak share tips kecutkan jerawat dan hilangkan parut dengan cepat, pengalaman saya sendiri tau ni. Memang berkesan. Jerawat batu yang ada nanah tu tau, bukan setakat jerawat kecil-kecil tu. So, kalau jerawat yang kecil-kecil tu, lagila takde hal kan.

Mesti ada yang dah tak sabar nak tau ni. Lagi la nak dekat raya ni, mestila nak kulit cantik kan raya ni. Takkan baju jer cantik yer tak:)

Jerawat kat muka saya ni sentiasa datang tanpa diundang, once in a blue moon. Kadang tu mungkin sebab hormon datang period, tak pun stress ker, makan coklat ke, kacang ke, minum susu ke... Yup, ini bukan mitos, sesetengah makanan memang boleh buat muka saya naik jerawat.

Baru-baru ni, lebih kurang seminggu sebelum National Conference Shaklee hari tu, tiba-tiba naik la pulak seketul jerawat batu kat pipi saya. Dah la besar, bernanah pulak tu, kat tengah-tengah pipi. Spoil betul. Dah berkurun kott tak naik jerawat batu kat pipi. Jerawat sebesar ni mana la boleh cover dengan bedak. Saje je nak buat saya menggelabah sebelum National Conference Shaklee.

Ni la jerawat batu tu. Gambar terlalu close up tapi korang still bole nampak kan.
Besar, bengkak, bernanah, merah.
Imagine seketul jerawat batu ni kat tengah-tengah pipi saya, area cheekbone,
sebelah kiri

Tips Kecutkan Jerawat dan Hilangkan Parut dengan Cepat

Percaya tak kalau saya cakap jerawat batu sebesar ni boleh kecut, dan parut pun samar-samar jer dalam masa lebih kurang seminggu.

Cara yang mudah, selamat, tak menyakitkan dan berkesan.

So, apa yang korang perlukan adalah Vitamin C, Vitamin E dan ESP Shaklee.

Ambil ketiga-tiga supplement ni secara konsisten tiap-tiap hari, dan minum air masak secukupnya, 2-3 liter sehari.
Dan tiap-tiap hari juga, tempek ketiga-tiga supplement ni di muka. Macam saya, saya cuma tempek Vitamin C dan Vitamin E jer, kat area jerawat tu jer, tu pun dah sangat-sangat membantu.

Inilah hasilnya selepas lebih kurang seminggu... Lega rasa sempat clear sebelum National Conference Shaklee hari tu :)

Ini gambar waktu Gala Dinner National Conference Shaklee tu.
As usual, me without make-up.
Cuma bedak and lipstick.
Bayangkan lebih kurang seminggu sebelum tu, 
ada jerawat batu yang besar seketul kat pipi kiri saya. 
Actually parut tu ada la sikit-sikit lagi time ni, merah sikit.
Tapi bole je cover dengan bedak :)



So, korang, boleh cuba yer cara ni..
Bukan jer jerawat dan parut cepat hilang, kulit pun makin cantik dan berseri-seri nanti.

Mudah-mudahan tips ni membantu yer. Sempat lagi ni nak cun raya ni :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 11 July 2014

Tips Kuruskan Badan di Bulan Puasa


Wahh, bestnya dapat feedback dari my customers yang ambil Set Kurus Shaklee. Mana taknya, ramai yang dah excited badan dah makin slim. Ada yang boleh pakai balik seluar sebelum mengandung, ada yang rasa badan makin ringan, ada yang turun 4kg dalam masa sebulan lebih... Jangan tak tau, cik abang saya pun dah excited perut makin kempis, seluar lama dah boleh pakai balik. Tengokla sape yang consult kan. Hihi..

Bila bulan puasa ni, ramai yang berkobar-kobar nak turunkan berat badan kan. Tapi, kalau tak kena caranya, tak mustahil ada yang naik berat badannya nanti. Takpun berat turun banyak tapi lepas raya jer berat terus naik dipam-pam, naik lagi banyak dari yang turun bulan puasa pulak tu. Ngeri tak.

For me, nak slim atau kurangkan berat badan ni, biarlah slow and steady jer, hasilnya akan berkekalan. Bulan puasa pun tak perlula aim nak turun sampai 10kg. Tak perlu diet drastik, tak perlu obsess sangat kepada penimbang tu. Berat badan kita ni, bukannnya lemak semata-mata, ada juga berat otot, air dan sebagainya. So, tak nak la pula yang hilang tu otot, sebab kita perlukan otot untuk pastikan metabolisma badan kita tip-top. If korang dah amalkan pemakanan yang sihat & seimbang, tambah exercise sikit lagi bagus and ambil supplement yang selamat untuk membantu, then takde apa yang perlu dirisaukan. Badan anda dah ready sebagai 'mesin pembakar lemak' semulajadi. Sentiasa letak target, kurus dan sihat.

Tips Kuruskan Badan di Bulan Puasa

Here's some tips yang saya nak kongsikan buat anda, mudah-mudahan membantu ya.

1. Jangan skip sahur
Sahur ni ibarat breakfast la. Penting untuk bekalan tenaga seharian dan juga bagi memastikan metabolisma badan anda tidak drop. Pastikan anda memilih makanan dan minuman yang betul. Jom kita baca tips bersahur dari Kevin Zahri.


2. Minum air masak secukupnya 2-3 liter sehari
Salah satau cabaran besar juga ni, nak minum air masak yang banyak dalam masa yang singkat. Kita hanya ada waktu dari berbuka sehingga sebelum tidur dan sewaktu sahur. Cara saya senang jer, kurangkan minum air manis atapun tak perlu minum langsung, dan jangan berlebihan. Target, minum at least 8 gelas air masak sehari.

Waktu berbuka (sebelum makan) - 1 gelas
Sebelum terawikh - 1 gelas
Antara selepas terawikh dan sebelum tidur - 3 gelas
Sebelum tidur - 1 gelas
Sahur - 2 gelas

Mudah jer kan :)

3. Elakkan makan lewat
Kalau boleh, elakkan la makan selepas terawikh tu. Kan dah nak dekat waktu tidur tu.

4. Pemakanan seimbang
Seperti hari biasa-biasa juga, amalkan pemakanan seimbang dan kawal pengambilan kalori. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan yang paling penting, jangan makan berlebihan.

5. Senaman
Luangkan sedikit masa at least 30 minit sehari untuk bersenam. Takpun, kalau dah takde masa sangat, still ok. Buat kerja rumah, memasak pun dikira senaman juga. Malamya terawikh lagi :)

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Anda Untuk Kurus

Nampak macam senang, tapi sebenarnya, agak susah juga untuk sesetengah orang. Bulan puasa ni bukan tak tau, godaan banyak sangat. Buat yang rasa susah sangat nak turun berat badan tu, boleh cuba supplemen Shaklee ya. Ramai yang dah berjaya mendapatkan berat badan idaman dengan bantuan supplemen Shaklee. Yang bestnya Shaklee ni, ianya bukan setakat membantu kuruskan badan, malah membuatkan kulit makin cantik, badan rasa ringan dan segar, penghadaman makin lawas, membuang toksin dan lemak-lemak jahat dari badan dan banyak lagi kebaikan lain.

Berikut adalah cadangan basic supplement yang boleh anda ambil sepanjang bulan puasa ini untuk menjayakan misi mengurangkan berat badan anda.


1) Herblax

Adalah sebagai detox dan mencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan, flush habis semua keluar :)

2) Alfafa

Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan.

3) Lecithin

Memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecitin ini. Macam penyerap lemak gitu. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, nampak terserlah buncit, sangat sesuai ambil lecitin ini. 

4) Cinch Shake 

Cinch Shake merupakan minuman protein yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Menarik kan.
Anda boleh mengambil Cinch Shake sewaktu sahur dan juga sewaktu berbuka, boleh dibancuh bersama ESP juga.
Alfafa dan Lecithin ambil selepas sahur dan selepas berbuka, jadinya tak sempat lelemak tu menempek dalam badan, terus keluar.
Herblax, ambil hujung minggu, untuk detoks keluar semua sisa-sisa dekat usus yang tak habis keluar tu.

Berminat ingin mencuba. Hubungi saya sekarang ya..

Belum terlambat lagi untuk anda.
Boleh mula sekarang dan juga sebagai persediaan untuk anda mengawal berat badan supaya tak naik mendadak ketika raya nanti :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 10 July 2014

Kekal Bertenaga dengan Performance Drink Shaklee


Salah satu produk yang mendapat sambutan hangat bulan ni adalah Performance Drink. Maklumlah bulan puasa kan, semuanya letih lesu jer, tekak rasa kering, tak sampai tengahari pun lagi, mata dah layu dah.

Pada saya, Performance Drink ni, produk yang MESTI DICUBA dan MESTI ADA kat setiap rumah. Harga pun sangat berpatutan, yer la kan, dari beli minuman manis atau berkarbonat (bergas) tu, baik beli ni. Menyegarkan dan menyihatkan.

Pengalaman Ibu Saya dan Performance Drink

Actually last year saya belikan Performance Drink ni untuk mak saya, waktu bulan puasa, selepas ternampak ada botol 100 plus besar dalam fridge rumah mak. Tak pernah-pernah dalam peti ais tu ada stok air berkarbonat, maklumlah, satu keluarga tak suka minum pun. Biasa air masak jer la kat dalam peti ais tu.

Rupanya, mak saya cakap memang ayah beli, untuk bagi tenaga waktu berpuasa especially time nak pergi sembahyang terawikh dan bangun malam. Tiba-tiba terus saya teringat Performance Drink time tu. Terus saya beli dan bagi kat mak. Kalau dah ada pilihan yang lebih baik, baik pilih yang lebih baik kan, lebih menyihatkan, bebas karbonat dan kurang gula (less sugar). Maklumlah dalam 100 plus tu ntah berapa mangkuk gula ada tu. Banyak side effect yang tak bagus untuk kesihatan.

Alhamdulillah, happy sangat tau tengok mak saya sangat bertenaga, tiap-tiap hari dapat solat terawikh kat masjid, bangun sembahyang malam. Lepas bulan puasa tu, saya tetap belikan Performance Drink kat mak saya, mak saya simpan dalam fridge. Bila rasa terlalu letih atau takde tenaga, mak saya akan minum ni :)


So, korang, bolela cuba yer, untuk diri sendiri ker, anak-anak ker, hadiahkan kepada suami ker, parents ker, satu keluarga boleh minum. My husband pun suka minum Performance Drink ni especially bulan puasa ni, kurang letih, kurang haus dan kurang mengantuk katanya.

Ramai juga sebenarnya yang belum kenal Performance Drink ni. Ok, jom saya kongsikan sedikit info mengenai minuman isotonik yang menyihatkan dan menyegarkan ni.

Kenapa Anda Perlu Pilih Performance Drink Shaklee
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang  kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 
Siapa yang Memerlukan Performance Drink Shaklee
  • Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
Testimoni Performance Drink Shaklee
 




Nak cuba Performance Drink, meh contact saya k.
Apalah sangat nak memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga anda terus kekal sihat dan aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka, bukannya mahal mana pun.

Renung-renungkan :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit

Wednesday, 9 July 2014

Tips Elak Gastrik Ketika Puasa


Assalamualaikum & Salam Ramadhan semua :)

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke 11 umat Islam berpuasa.
Macam mana korang setakat hari ni? Mudah-mudahan diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.

Setiap kali tiba Ramadan, pasti sesiapa yang mengalami masalah gastrik mula gusar dan dalam dilema. Hati bersemangat nak berpuasa, tapi jika gastrik melanda semua kerja tak jadi. Asyik menahan sakit jer. Puasa pun boleh terbantut. Kesian kan?

Tetapi , ada juga yang memberi alasan gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga ini. Tak nak la pulak macam ni yer, bukankah boleh ikhtiar. Boleh amalkan tips yang bakal saya kongsikan di bawah ni yer. InsyaAllah dapat membantu penghidap gastrik berpuasa dengan lebih sempurna.

1. Berbuka secara ringan

kurma Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  “terkejut”  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.

2. Tidak berbuka terlalu berat 

Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3. Makan makanan yang mengandungi sulfur 

Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.

4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka 

Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.

5. Elak makanan tinggi lemak 

Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.

6. Makan secara sederhana 

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

Supplement untuk Mengatasi Masalah Gastrik

Sebagai salah satu usaha, anda juga boleh mengambil supplement berikut untuk mengatasi masalah gastrik. Selain membantu masalah gastrik, supplement ini juga membantu memeri tenaga dan mengurangkan rasa letih. Juga bonus, persediaan mendapatkan kulit cantik menjelang raya :)

1) Ostematrix 
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D 
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. 
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik. 

2) B Complex 
  • bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita. 
  • berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi. 

3) Energizing Soy Protein (ESP) 
  • sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan. 

Apa kata mereka setelah mengamalkan Shaklee







 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit