Thursday, 23 October 2014
Tips Kulit Cantik Ketika Hamil
Selain penjagaan kesihatan dan pemakanan, penjagaan kulit juga adalah amat perlu ketika tempoh kehamilan. Perubahan hormon ketika hamil ni kadang-kadang membuatkan kulit kita bermasalah seperti kering, gelap, jerawat, jeragat dan sebagainya.
Meh saya nak share antara tips yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil untuk menjaga kulit agar tetap kelihatan cantik dan berseri-seri. Ditambah dengan seri ibu mengandung lagi, memang bertambah cantik dan gojes la.
1) Penjagaan luaran
Basic penjagaan wajah jangan diabaikan ya. Mencuci, menyegar dan melembapkan. Pastikan anda menggunakan produk yang bukan sahaja sesuai untuk anda, malah selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang.
2) Rehat dan tidur secukupnya
Kalau sebelum mengandung selalu stay up sampai pukul 2@3 pagi, kalau boleh time mengandung ni cuba tidur awal ya dan banyakkan rehat especially yang ada masalah eye bag atau lingkaran hitam bawah mata tu. Takut time mengandung ni bertambah teruk jadinya nanti.
Bagi yang suka tidur siang tu, boleh je, cuma jangan la sampai sepanjang hari pulak. Terlebih tidur pun tak bagus juga.
3) Minum air masak 2-3 liter sehari
Pastikan minum air masak secukupnya, 2 hingga 3 liter sehari. Bukan saja bagus untuk kulit, malah untuk kesihatan juga. Siapa yang tak suka minum air masak tu, cubalah ya. Bukannya susah mana pun. Percayalah, bila minum air masak secukupnya, sure korang akan nampak perbezaannya compare dengan if minum 2 atau 3 gelas je sehari.
4) Pemakanan yang seimbang termasuk buah dan sayur
You are what you eat.
Kalau hari-hari asyik makan makanan berminyak, berlemak, sayur yang layu atau terlebih masak, buah pun kadang ambil kadang tak, mana nak dapat segala vitamin yang mineral kan. Kecantikan kan bermula dari dalam.
And lagi satu, jangan lupa, apa yang kita makan tu, bukan untuk diri kita je, malah untuk baby kita juga. So, ibu-ibu semua, amalkan pemakanan yang seimbang k. Lebihkan pengambilan buah dan sayur.
5) Pengambilan supplement
Ibu yang mengandung memerlukan supplement atau vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan. Cadangan supplements Shaklee untuk ibu hamil, Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix dan ESP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
vitamin shaklee bagus untuk kesihatan ibu mengandung...sebab semasa mengandung si ibu amat memerlukan banyka khasiat penting untuk kesihatan si ibu dan si anak juga
Post a Comment