Tuesday, 14 October 2014
10 Tip Diet Yang MESTI Tahu Untuk Kurus Dan Sihat
Berikut adalah tip diet yang anda mesti tahu sekiranya anda ingin mendapatkan berat badan yang ideal dan kesihatan yang optimum untuk diri anda dan sekeluarga.
Tip Diet Yang MESTI Tahu Untuk Kurus Dan Sihat
1. Nikmati sarapan anda setiap hari. Ini akan mengelakkan anda mengambil makanan yang berlebihan kemudian. Sarapan juga memberikan anda tenaga dan meningkatkan daya konsentrasi dan pemikiran anda.
2. Otak anda mengambil masa 20 minit untuk mendapat mesej bahawa badan anda mendapat makanan & telah kenyang. Jadi, nikmatilah hidangan anda dengan perlahan untuk memberi otak anda ruang mendapat mesej bahawa “Anda sudah kenyang!”
3. Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti mi, pasta atau roti dan lebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Anda mampu membuang 100-200 kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan.
4. Buang kulit dan lemak yang jelas kelihatan pada daging atau ayam & itik. Elakkan dari menggoreng ketika memasak. Sebaliknya, kukus, bakar, gril atau rebus semasa memasak. Kurangkan lemak seperti mentega atau minyak dalam roti atau mi. Gunakan perasa rendah lemak atau bebas-lemak didalam masakan anda.
5. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurang 5 kali setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat, vitamin, anti-oksida serta mempunyai kalori yang rendah. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan dapat mengurangkan rasa lapar seterusnya mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.
6. Elakkan diet terlampau! Ia hanya akan memudaratkan kesihatan, malah berat anda akan mudah naik semula apabila diet tersebut dihentikan. Ingat! Diet tersebut bukan satu penyelesaian yang baik untuk mengurangkan berat badan.
7. Minum banyak air atau minuman lain yang bebas-kalori. Kita sering keliru antara dahaga dan lapar. Kekeliruan itu kadangkala akan menyebabkan kita mengambil makanan yang berlebihan sedangkan hanya satu gelas air sahaja yang diperlukan.
8. Kafein dapat membantu menghilangkan ngantuk, tetapi ia juga akan memberikan kesan yang kurang baik kepada badan jika diambil berlebihan.
9. Tidur awal. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur dan kecenderungan untuk makan berlebihan saling berkaitan. Semakin anda merasa tertekan, semakin tinggi keinginan untuk anda makan.
10. Aktifkan diri anda. Tekanan dapat dikurangkan dengan melakukan lebih banyak
senaman dan aktiviti fizikal.
Jom kurus secara sihat ok :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment