Tuesday, 21 October 2014

5 Kesan ESP Shaklee Yang Best - Pengalaman Sendiri


ESP Shaklee adalah supplement kedua yang saya cuba dari Shaklee. And honestly, ESP ni adalah salah satu supplement Shaklee yang paling saya suka dan jatuh cinta.

ESP ni adalah protein tambahan terbaik yang dihasilkan dari soya non-GMO. Peranan protein ni penting sebenarnya. Bayangkan badan kita ni ibarat rumah, protein tu adalah batu-bata, simen untuk bina rumah tu. Kalau semua bahan-bahan tu tak elok, rosak, tak cukup, alamat tak elok lah rumah kita. Lagi teruk, roboh terus kan.

That's why kita kena pastikan kita dapat protein yang cukup dalam diet harian kita, dan juga dari sumber yang bagus. Kalau protein tak cukup, tu yang badan lemah, letih, lesu, kulit bermasalah dan juga, selalu sakit dan juga mempuyai risiko masalah kesihatan.

So, entry kali ni saya nak share 5 kesan best yang saya dapat selepas minum ESP Shaklee dengan konsisten. Kena konsisten la ye, jangan pulak minum sekali seminggu dah expect dapat kesan yang best.

1) Masalah parut
Kulit saya ni memang jenis yang sensitif dan bermasalah. Kalau naik jerawat tu, maka akan betempeklah parut-parut di muka. Tapi sejak ambil ESP Shaklee ni, tak risau dah. Kalau tiba-tiba naik jerawat pun, jerawat cepat kecut dan parut cepat hilang. Kalau jerawat yang kecik tu, kadang takde tinggal parut pun. Saya ambil sekali Vitamin E untuk cepat hilangkan parut. Perfect combination.

2) Kulit lembut
Best bila pegang kulit sendiri sekarang, especially time cuci muka tu. Lembut jer rasa. Kalau dulu, sambil basuh muka tu, bercampur-baur perasaan. Sedih pun ada bila pegang kulit sendiri dulu. Lagi sedih bila tengok muka kat cermin. Tapi sekarang ni, takdela syok sendiri hari-hari belek muka, tapi confident and happy la. Oo, lagi satu, bukan setakat kulit muka je, kesannya untuk satu badan tau.

3) Supplement lain lebih berkesan
Selain ESP, saya juga ambil beberapa lagi supplement Shaklee yang lain. Bila ambil ESP Shaklee ni, secara tak langsung, supplement lain pun akan jadi lebih berkesan sebab ESP ni bantu supplement lain menyerap lebih sempurna dalam badan.

4) Tambah tenaga
Kalau tak minum ESP ni, memang lain rasanya. Letih je rasa. So, tiap-tiap pagi, saya mesti minum ni dulu. Barulah sepanjang hari tu bertenaga je rasa. Ada sorang kawan saya ni, dia kerja shift, 12 jam kerja pula tu. Katanya, minum ESP ni memang best, tak rasa letih dan mengantuk langsung, especially bila kena kerja shift malam.

5) Rambut kurang gugur
Rambut saya ni jenis nipis, risau jugak dulu sebab masalah rambut gugur ni. Kang botak kang sudah. Hilang selera suami ai nanti:)
Sekarang ni sejak konsisten minum ESP Shaklee ni, Alhamdulillah, dah kurang dah masalah rambut gugur ni.


Ok, itu baru 5 kesan ESP Shaklee bedasarkan pengalaman saya.
Ada lagi sebenarnya ni, panjang lebar pulak nak tulis nanti.

So, apa kata korang try sendiri ESP Shaklee ni. Rasai sendiri betapa bestnya ESP Shaklee ni.
InsyaAllah tak akan menyesal dan akan sangat berpuas hati :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

kuchalana said...

Memang vitamin shaklee bagus untuk kesihatan tetapi jika buat ala kadar dan tak konsisten..makan suplement apa pun takkan jadi