Sunday 12 October 2014

Cara Berkesan Hilangkan Parut


Masalah parut bukan satu masalah kesihatan yang kronik, malah ia juga tidak membahayakan. Tetapi masalah parut ini perlu di ambil perhatian dan rawatan yang khusus juga diperlukan. Ini kerana, selain dari kesan negatif kepada fizikal, parut juga akan memberi kesan negatif kepada mental bagi mereka yang mengalaminya. Selain perasaan rungsing dan sress, mereka juga akan sentiasa berasa malu, rendah diri dan hilang keyakinan diri untuk bergaul atau berdepan dengan orang ramai.

Kalau setakat parut jerawat yang sikit-sikit tu, mungkin boleh tutup lagi dengan bedak. Tapi bagaimana pula dengan parut jerawat yang serius, parut yang berlubang, parut demam campak dan parut kemalangan. Jangan biarkan masalah ini menghantui anda selama-lamanya, ikhtiar untuk rawat ya supaya ia tidak mencacatkan penampilan anda.

Entry kali ni, saya akan berkongsi tentang cara berkesan untuk menghilangkan parut. Sebelum tu, apa kata kita baca dulu jenis-jenis parut yang sering dialami.

Jenis-jenis Parut

1. Parut biasa
Biasanya kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, tetapi menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.

2. Parut atrofi
Biasanya mewujudkan tekanan di bawah permukaan kulit. Contoh parut-parut ini adalah seperti parut akne atau parut cacar air.

3. Parut hipertrofik 
Biasanya timbul di atas permukaan kulit. Ia dikenal pasti melalui jumlah kolagen yang berlebihan, namun kekal dalam lingkungan kawasan luka tersebut sahaja.

4. Parut keloid
Keloid tidak sama seperti parut hipertrofik. Walaupun ia juga parut yang timbul, keloid boleh merebak melebihi lingkungan kawasan luka. Ia juga mungkin terus membesar dan muncul semula walaupun selepas dibuang.

Cara Hilangkan Parut

Terdapat beberapa pilihan rawatan yang boleh membantu masalah parut.

1. Penggunaan krim atau gel

Terdapat pelbagai krim atau gel di pasaran yang boleh membantu menghilangkan parut. Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapat konsultasi dari doktor atau pegawai farmasi sebelum menggunakannya supaya tidak terdedah kepada bahan kimia yang merbahaya.

Penggunaan minyak seperti Rose Hip Oil, Bio Oil, Vitamin E oil juga membantu. Kesannya mungkin agak mengambil masa, tetapi penggunaan minyak semulajadi ini adalah lebih selamat tanpa kesan sampingan yang merbahaya terutamanya untuk jangka masa panjang.

2. Prosedur perubatan

Terdapat beberapa prosedur perubatan yang boleh membantu menyembuhkan parut. Walau bagaimanapun, ianya mungkin mempunyai beberapa kesan sampingan dan juga mahal. Teknik laser, pembedahan, suntikan steroid dan dermabrasion adalah beberapa teknik yang amat popular untuk memudarkan parut.

3. Pengambilan Supplement / Makanan Tambahan

Pengambilan supplement atau makanan tambahan juga merupakan satu cara berkesan untuk menghilangkan parut dengan semulajadi dan kosnya juga amat berpatutan.

Jom kita baca pengalaman pengguna yang mengamalkan supplement Shaklee untuk menghilangkan parut jerawat, parut kemalangan, parut stretch mark dan parut demam campak.



 "Dulu pernah teruk gini muka pas kena campak. Sekarang takde langsung. Tu gambar terus dari camera iPhone5s. Kalau terlawa terlicin salahkan iPhone. Hihi. Saya pakai cuci muka Nutriwhite cleanser, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Collagen, Vivix. Untuk luaran dan dalaman sekali harung, kasi cepat2 lega chicken pox and kasi hilang semua parut2"



Berikut adalah cadangan supplement untuk membantu merawat masalah parut:

Vitamin E
  • Vitamin E adalah antioksidan yang tinggi, yang membantu melindungi sel- sel badan dengan menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit
  • Membantu mengelak kerosakan pada memberan sel, dan kajian menunjukkan ia membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut.
  • Menjadikan kulit lebih segar dan muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Membaiki tekstur kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra ungu yang boleh menjadikan parut lebih teruk
Vitamin C
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara.
  • Membina kolagen kulit yang telah rosak.Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit. Bagi yang mempunyai budget besar, amat disarankan untuk mengambil Shaklee Collagen Powder untuk kesan yang lebih bagus dan cepat
  • Mencerahkan kulit.

Protein (ESP Shaklee)
  • Protein membantu memulihkan sel yang rosak. Ia menghasilkan sel baru dan sel-sel mati dan lama dapat disingkirkan dan digantikan dengan sel-sel baru yang lebih sihat. 
  • Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Protein mengekalkan kulit muda. Ia mempunyai asid amino yang membantu membina otot manusia, kuku, rambut, darah organ, kelenjar dan juga kulit.
  • Protein memastikan sel hidup sihat dan sempurna bagi membolehkan ia dapat menyerap semua nutrien dan vitamin dengan optimum.

Cara hilangkan parut jerawat berlubang

Cara hilangkan parut demam campak

Cara hilangkan parut kemalangan

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: