Sunday, 19 May 2013

[Pregnancy] Risiko dan Cara Menangani Anemia/Hemoglobin (Hb) Rendah Semasa Hamil



Apakah itu Anemia

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

Tanda-tanda dan Gejala Anemia

1) Gejala yang paling biasa berlaku adalah: 
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan. 
  • Kelihatan pucat 
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas 
  • Loya 
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat 
  • Sakit kepala dan pening 
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah 
  • Mudah lupa 
2) Gejala yang jarang berlaku: 
  • Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit 
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Kenapa Berlakunya Anemia 
  • Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian. 
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid. 
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia. 
  • Thalassemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika. 

Siapa yang Berisiko Mengalami Anemia
  • Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah. 
  • Wanita yang mengandung kembar 
  • Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat. 
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

Adakah Anemia Berbahaya kepada Saya dan Bayi

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :

1) Kepada ibu
  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin 
  • Tekanan darah tinggi(eklampsia) 
  • Keguguran 
  • Kematian 
2) Kepada bayi dalam kandungan
  • Kematian janin 
  • Kelahiran bayi tidak cukup bulan (pre-mature baby) 
  • Kelahiran bayi kurang berat badan 
Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

Seriuskah Masalah Anemia Saya

Tahap anemia adalah seperti berikut:
  • < 6.9 : SANGAT TERUK 
  • 6.9 < 8.0 : TERUK 
  • 8.0 < 9.5 : SEDERHANA 
  • 9.5 - 10.5 : RINGAN 

Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini. Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

Tips Pengambilan Iron Supplement


  • Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
  • Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
  • Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.

Buat semua ibu-ibu hamil yang comel dan manis, jom cuba Set Kehamilan Shaklee khas untuk kesihatan ibu dan bayi.

Klik sini untuk info lanjut Set Kehamilan Shaklee

Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

Anonymous said...

Darah Rendah Memang MENJENGKELKAN, Harus segera diatasi salah satunya dengan mengkonsumsi dBuah BIt. Khasiat Buah Bit Untuk Kesehatan Diantaranya Mengatasi Darah Rendah atau Menaikan HB , Jantung , Kanker dan Menjaga Stamina serta banyak manfaat lainnya yang bisa didapatkan.

Buah Bit Bisa diperoleh Disini https://www.facebook.com/jualbuahbit