Friday, 22 November 2013

[Pregnancy] 4 Masalah Biasa Ketika Hamil / Mengandung dan Cara Mengatasi


Apabila disahkan hamil, kehidupan yang dilalui oleh bakal ibu jauh berbeza berbanding ketika tidak berbadan dua. Ada yang perlu melalui pelbagai masalah dan kesakitan namun bagi yang bernasib baik, kehamilan dinikmati penuh bahagia.

Jangan khuatir kerana kebanyakan masalah yang dihadapi oleh ibu hamil adalah normal dan tidak memudaratkan bayi dalam kandungan. Namun begitu, ada juga keadaan yang membuatkan bayi dalam kandungan turut sama merasai dan mengganggu perkembangannya dalam perut.
masalah

Antara masalah biasa yang kerap dihadapi oleh ibu hamil adalah seperti berikut:
  1. Mual dan muntah - dikenali sebagai 'morning sickness' dan yang paling umum berlaku pada tiga bulan pertama atau sejak awal hingga minggu ke-6 kehamilan. Tidak semua wanita mengandung mengalami masalah ini.
    Cara atasi: Ibu perlu mengambil makanan dalam kuantiti sedikit dan kerap. Ia bagi memudahkan makanan itu dicerna. Disarankan mengambil bijirin kering atau roti kering dan biskut.
  2. Sembelit dan buasir - biasanya berlaku pada penggal tiga bulan terakhir (trimester 3). Wanita hamil mungkin menghadapi buasir iaitu pembuluh darah yang bengkak pada anus. Ia mungkin disebabkan oleh berat janin dan tekanan pada usus.

    Cara atasi: Ibu perlu meningkatkan pengambilan cairan, makanan yang kaya dengan serat dan makanan kering seperti buah prun kering serta buah ara.

  3. Pedih ulu hati - berlaku disebabkan oleh peningkatan tahap hormon progesteron, menyebabkan relaksasi otot pencernaan dan tumbesaran janin meningkatkan tekanan pada perut si ibu. Asid perut kembali naik ke esofagus dan menyebabkan rasa seperti terbakar pada bahagian berhampiran dengan ulu hati.

    Cara atasi: Ibu harus mengehadkan pengambilan makanan sebelum tidur, mengehadkan jumlah makanan yang diambil pada satu masa serta menghindari makanan berminyak serta pedas.

  4. Edema dan kaki kejang - berlaku dalam bulan ketiga (3rd trimester). Ia disebabkan oleh tekanan rahim yang membesar pada vena kava.

    Cara atasi: minum banyak air dan lakukan senaman. Hindari makanan yang terlalu banyak natrium dan makanan ringan. Tingkatkan pengambilan kalium, kalsium dan magnesium. Magnesium laktat boleh mengurangkan kekejangan kaki.

Klik sini untuk cadangan vitamin terbaik bagi ibu-ibu hamil

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: