Saturday, 16 November 2013

[Tip Kurus Langsing] 9 Punca Anda Gagal Kurangkan Berat Badan Walaupun Diet


Saya rasa ramai yang mempunyai masalah ni. Diet bukan main lagi, tapi tak kurus-kurus juga. Diet diet juga, tapi bagaimana anda diet? Betul ke caranya?

Jom semak antara punca yang menyebabkan ramai yang gagal untuk kurangkan berat badan:

  • Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning. Rutin harian saya, ambil ESP dulu awal pagi sebelum keluar pergi kerja. Mudah, menyihatkan dan mengenyangkan.
  • Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
  • Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
  • Elak nasi. Saya sendiri pun makan nasi 1 atau 2 kali sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
  • Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
  • Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
  • Elak makanan tempatan. Saya sendiri pun hari-hari makan nasi. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
  • Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
  • Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.
Semoga berjaya!

Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: