Siapa yang nakkan kulit cerah, angkat tangan. Hahhh, mesti ramai yang angkat tangan tu:)
Selain dari penjagaan luaran, tahukah anda yang penjagaan dalaman juga penting untuk mendapatkan kulit yang cerah berseri.
 
Jom kita tengok apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang diidamkan.

6 Jenis Makanan untuk Cerahkan Kulit

Kulit putih dengan pemakanan.

1) Tomato

Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari.  Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

2) Strawberi

Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen.  Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut.  Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.

3) Salad

Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A.  Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel.  Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

4) Telur

Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung.  Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

5) Epal

Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).

6) Soya

Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon.  Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun.  Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Cerahkan Kulit

Antara cadangan supplemen untuk anda yang inginkan kulit wajah yang sihat, cerah dan berseri adalah Vivix, ESP, Shaklee Collagen Powder, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E.


Jangan risau, anda tak semestinya mengambil semua produk ni. Jika anda mempunyai budget tertentu, saya akan mencadangkan produk-produk yang bersesuaian dengan budget anda. 

Jangan segan-segan yer, cepat-cepat hubungi saya. Free and exclusive consultation buat anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop.

Saya sendiri suatu ketika dahulu mempunyai masalah kulit wajah yang agak serius. Dengan wajah yang berjerawat, berparut, kusam, berminyak dan sensitif, memang amat merungsingkan. Tapi Alhamdulillah, dengan penjagaan luaran dan dalaman yang konsisten, kini masalah wajah saya hampir pulih sepenuhnya.  Nasihat saya buat anda yang mempunyai masalah kulit wajah, jangan sesekali putus harap. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan. Yang penting, sabar dan konsisten. Jika anda pelanggan saya, amalkan segala tips yang saya berikan, insyaAllah :) Bila kulit wajah kita bebas dari segala masalah, pasti akan kelihatan cerah berseri.

Jom Sihat dan Cantik bersama Shaklee!!


Berminat untuk mencuba?
Hubungi saya sekarang ya..

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit