Friday, 22 November 2013

[Pregnancy] Panduan Pemakanan Terbaik buat Ibu Hamil


Tumbesaran dan kesihatan anak dalam kandungan bergantung kepada corak pemakanan ibu

IBU mengandung memerlukan pemakanan yang baik untuk dirinya dan juga bayi yang dikandung. Justeru, ibu seharusnya makan mengikut keperluannya bermula pada awal kehamilan bagi memastikan kandungan dan berat badan ibu yang ideal.


Julat peningkatan berat badan yang sihat di kalangan ibu mengandung ialah 12.5 kilogram selama masa kehamilan. Bagi mendapatkan jumlah itu yang dikatakan ideal ialah setiap bulan selama lima bulan pertama, si ibu hanya perlu naik sebanyak 0.5 kilogram atau 500 gram saja. Bagaimanapun jumlah itu perlu naik pada kadar 500 gram setiap minggu sehingga tempoh bersalin.

Pakar pemakanan Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che’ Lah, berkata berat badan naik secara sihat berdasarkan kepada faktor pemakanan si ibu, namun tidak perlu memotong tahap pengambilan kalori yang biasa diambilnya kerana ia berpotensi mengganggu nutrisi penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Katanya, ibu mengandung tidak boleh mengelak daripada makanan dan jika mempunyai kebiasaan melewatkan sarapan pagi, ia boleh menyebabkan si ibu penat dan gugup ketika hamil, sekali gus mengakibatkan si ibu makan berlebihan pada waktu seterusnya.

“Bagi mengelak daripada keadaan itu berlaku dan menyebabkan berat badan semakin meningkat, si ibu perlu mencuba untuk mengambil beberapa makanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap sepanjang hari. Ini sekurang-kurangnya akan membantu si ibu untuk mendapat nutrisi yang diperlukan.

“Selain mengamalkan corak pemakanan yang betul, latihan senaman perlu dilakukan sepanjang kehamilan. Bersenam memberi banyak manfaat selain dapat meningkatkan motivasi diri dan lebih berdisiplin kepada pola makan yang sihat.

“Meskipun begitu, pengambilan minuman berkalori tinggi perlu dielakkan. Wanita hamil perlu mengurangkan minuman jus berkabonat dan minuman berperasa lain yang mengandungi kalori tinggi serta menyebabkan peningkatan berat badan,” katanya ditemui pada seminar ibu mengandung di Hospital Pantai Ampang, baru-baru ini.

Beliau berkata, latihan dan corak pemakanan perlu seimbang dengan sajian yang diambil. Kandungan khasiat juga harus selari dengan keperluan supaya bakal ibu sentiasa dalam keadaan berat badan yang ideal serta mengikut berat badan yang disarankan.

Katanya, nutrisi yang penting untuk ibu dan bayi ialah vitamin E, C, A, B12, asid folat, kalsium dan zat besi boleh didapati dalam makanan harian.

“Vitamin A antaranya boleh didapati daripada telur, daging dan produk susu. Ia dapat membantu perkembangan sel, merangsang sistem imuniti dalam badan dan perlu dalam pembentukan hormon. Vitamin A juga membantu tumbesaran bayi membabitkan kulit bayi, mata, jantung, saluran kencing dan pembentukan organ serta membantu pertumbuhan tulang bayi.

"Pengambilan vitamin B12 dapat menggalakkan pembentukan sel darah merah untuk bayi dan ibu. Kandungan nutrisi itu berfungsi membantu penyelenggaraan sistem saraf pusat yang boleh diperoleh daripada susu, sumber tenusu, daging dan ikan. Bagi membina plasenta yang kuat serta mempromosi pembentukan gusi, tulang, sendi dan gigi bayi pula si ibu perlu mengambil vitamin C. Vitamin berkenaan boleh didapati antaranya pada buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon, paprika hijau, strawberi dan tomato,” katanya.

Vitamin D juga sangat penting bagi penyerapan kalsium ibu dan bayi. Ia terdapat dalam keju, mentega, marjerin dan juga bijirin, sementara vitamin E yang boleh didapati dalam kekacang, jagung, sayuran dan gandum dikatakan dapat membantu mencegah keguguran serta kemampuan untuk menyembuhkan tisu kulit rosak .

Nor Lizawati berkata, asid folik dalam kekacang dan buah sitrus juga mampu memberi kebaikan kepada ibu dan bayi kerana membantu pertumbuhan sel dan perkembangan embrio.

Untuk bayi pula asid folat berkenaan berfungsi mengembangkan sistem saraf pusat pada awal kehamilan, selain membantu mencegah kecacatan otak dan tulang belakang si bayi.

Zat besi dapat menyokong wanita hamil menambahkan volum darah selain membantu meningkatkan tahap oksigen dalam darah ibu dan bayi. Kalsium juga dapat membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat kepada ibu serta janinnya.

Kurangnya kalsium boleh menyebabkan berlakunya kekejangan otot dan mungkin boleh mendapat osteoporosis. Kekurangan vitamin A pula boleh menyebabkan anak lahir cacat dan boleh mengganggu penglihatan si bayi. Bayi berpotensi untuk mendapat kecacatan saraf sementara kekurangan kalsium pula boleh menyebabkan berlakunya kekejangan otot. Si ibu juga mungkin boleh mendapat osteoporosis dan cacat serta anemia jika dia kekurangan mengambil makanan tanpa asid folat,” katanya.

Pemakanan begitu penting bermula pada awal mengandung. Si ibu perlu memastikan setiap makanan yang dinikmati bukan saja untuk diri sendiri sebaliknya boleh memberi kesan kepada tumbesaran bayi dalam kandungan. 

Cadangan Vitamin Shaklee untuk Ibu Hamil



1) B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, sebab B-Complex dah lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah asid folik.

2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea adalah multivitamin. jadi preggy mommies tak perlu ambil obimin lagi.

3) Vitamin C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.

4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily.
* Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat dan gigi utk baby. kalau preggy mommies rajin minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari sudah memadai.

5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. air mestilah air suam - plain water or any fave drinks (milo/ susu. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya preggy mommies tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. kurang stretch-mark effect.

6) Omega Guard - 1 tab daily is enough. Selebihnya, khasiat DHA ni boleh didapati dari pemakanan seharian. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. untuk preggy mommies pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Berikan hanya yang terbaik buat anda dan anak anda...
Jika ingin mendapatkan supplemen Shaklee, cepat2 contact saya ye .

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: