Monday, 25 November 2013

[Pregnancy] Makanan Dan Minuman Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil


Setiap wanita yang hamil memerlukan pelbagai nutrien, vitamin dan mineral dalam setiap makanan dan minuman yang diambil untuk membantu perkembangan janin di dalam perut. Tetapi setiap pengambilan makanan dan minuman semasa hamil mestilah diambil dengan berhati-hati kerana semasa mengandung, sistem imun ibu hamil semakin berkurangan. Jadi ia adalah lebih sensitif kepada toksin, parasit atau terdapat kuman dalam makanan dan minuman. 


Berikut adalah makanan dan minuman yang perlu DIELAKKAN ketika mengandung:

1) Telur separuh masak atau telur mentah, atau makanan yang disediakan dengan menggunakan telur mentah sebagai contoh: mayonis buat sendiri

2) Daging mentah, ikan mentah atau separa masak. Seperti stik daging yang di masak dagingnya masih merah jambu, sushi dan ikan salmon

3) Susu, keju atau yogurt (tairu) yang tidak disterilkan

4) Organ binatang contohnya hati kerana bahagian ini mempunyai lebih kandungan Vitamin A dan membahayakan kandungan anda

5) Makanan yang dipanas berulangkali mestilah dipanaskan dengan kepanasan maxima untuk memastikan bakteria tiada lagi.

6) Makanan berpanggang atau BBQ yang dibiarkan beberapa ketika sebelum dihidangkan

7) Kekacang. Elakkan jika si ibu pernah mempunyai sejarah alahan

8) Sayuran yang tidak dibasuh dengan betul. Sayuran ini perlu dicuci untuk mengelakkan tokoplasma.

9) Stik tuna, ikan tertentu atau ikan bersaiz besar kerana mengandungi paras tinggi merkuri yang boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang besar. FDA mencadangkan saiz cadangan untuk sajian ikan seperti ini adalah terhad kepada 12 auns seminggu.

10) Jangan minum minuman yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan boleh menyebabkan masalah emosi terhadap bayi tersebut

11) Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh perlu dielakkan atau terhad kerana kopi menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi dan kafein juga boleh menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.

Jadi untuk mendapatkan kehamilan yang sihat, panduan ini sangat berguna untuk bakal ibu yang pertama kalinya mengandung. Kerana ini dapat menjaminkan kesihatan ibu dan anak.


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: