Saturday, 27 June 2015

5 Vitamin Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan


Assalamualaikum

Jerawat oh jerawat..
Bagi yang takde masalah jerawat ni, mungkin korang rasa pelik, kenapa la kami-kami yang ada masalah jerawat ni beria stress bagai bila jerawat mula naik. Jerawat ni mungkin nampak remeh, alaaa, jerawat jer. Tapi, sebenarnya, jerawat ni akan membuatkan seseorang itu akan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Pernah customer saya berkongsi dengan saya, bila pergi rumah saudara atau rakan, beliau rasa malu dengan wajah sendiri, sampai sanggup tidur dengan pakai make-up/bedak untuk tutup jerawat.

Saya sendiri suatu ketika dulu pernah mengalami masalah jerawat yang agak teruk. Memang rasa down sangat. Sebab tu saya suka berkongsi tentang pengalaman saya dan apa yang boleh membantu mereka yang mengalami masalah yang sama. Nasihat saya, banyakkan bersabar, teruskan ikhtiar dan  jangan berputus asa untuk merawat masalah jerawat ni, kerana setiap masalah ada penyelesainnya.

Cuma, bila kita nak selesaikan masalah ni, kenalah betul caranya.
Ramai yang melakukan kesilapan, asyik bertukar-tukar produk kecantikan, dari A ke B, B ke C dan sampaila ke Z. Kononnya, produk kecantikan tu tak sesuai dengan mereka sebab masalah jerawat tak juga selesai, malah ada yang semakin teruk pun ada. Saya dulu pun macam tu tau.

Tahukah anda 70-80% punca masalah jerawat adalah dari dalaman?
Antaranya, masalah hormon, penghadaman, toksin berlebihan, pemakanan, genetik, stress dan sebagainya. Jadi, bila nak rawat dari dalam ni, caranya tentulah melalui pengambilan makanan berkhasiat yang baik untuk perawatan kulit, contohnya pengambilan vitamin tertentu.


Ada beberapa jenis vitamin yang boleh menyembuhkan jerawat pada wajah anda.

5 Vitamin Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

Berikut beberapa jenis vitamin yang boleh dijadikan ubat jerawat.
1. Vitamin A
Retinoid sering ditemukan pada Vitamin A. Retinoid merupakan perawatan jerawat tropikal yang dihasilkan oleh ahli dermatologi.Vitamin A dalam retinoid akan mempercepat pergantian sel dan membantu menjaga pori-pori. Pengambilan vitamin A dalam diet, sebaiknya berasal daripada produk susu dan minyak ikan. Ia sangat baik untuk kulit dan kekurangan nutrisi dari vitamin A sebenarnya boleh menyebabkan jerawat.
2. Vitamin B
Selain baik untuk mengurangkan stress, vitamin B juga dapat meredakan jerawat akibat stress . Beberapa jenis makanan seperti seperti sayuran hijau, daging, susu, telur, biji-bijian dan ikan kaya dengan kandungan vitamin B. Menurut sumber yang diperoleh daripada nutrion.com semua vitamin B memainkan peranan dalam dalam perawatan kesihatan kulit dan membantu menjaga warna kulit agar tetap cerah.
3. Vitamin E
Vitamin E merupakan vitamin yang paling penting untuk perawatan kulit. Dikenali kerana mempunyai kandungan antioksidan yang membantu kulit dalam melawan radikal bebas. Untuk mendapatkan lebih banyak pengambilan vitamin E, makan beberapa jenis bahan makanan seperti kacang, almond, bijirin gandum biji, bunga matahari, dan brokoli.
4. Vitamin C
Vitamin C dan bioflavonoid antioksidan diperlukan paling kurang oleh 300 fungsi metabolisme dalam tubuh manusia. Vitamin C penting untuk memperbaiki sel-sel, melawan infeksi dan meningkatkan daya ketahanan tubuh. Selain itu, bioflavonoid bertindak sebagai anti bakteria dalam tubuh. Untuk melawan jerawat, kita disarankan mengambil vitamin C 1.000 miligram tiga kali sehari.
5. Zink
Walaupun zink termasuk dalam golongan mineral, tetapi ia dapat membantu menyembuhkan kulit dan mencegah jaringan parut yang dapat menyebabkan jerawat. Zink juga bertindak sebagai antioksidan dan mencegah kerosakan kulit akibat radikal bebas. Kekurangan zink boleh menyebabkan jerawat. Zink boleh diperoleh dalam telur, biji-bijian, kacang-kacangan dan cendawan. Pengambilan zink antara 25 sampai 30 mg per hari disarankan untuk mencegah jerawat .

Penggunaan ubat jerawat atau apa sahaja produk menghilangkan jerawat sebaiknya ditukar dengan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan atau kacang-kacangan yang mengandung vitamin di atas. Nampak macam senang kan, tapi susah sebenarnya. Kita ni, kadang nak ambil sebiji buah sehari pun tak, inikan pula nak makan pelbagai jenis buah dan sayur untuk cukupkan dos vitamin yang kita perlukan.

Cadangan Vitamin Dari Shaklee

Cadangan vitamin semulajadi dari Shaklee ialah Carotomax (Vitamin A), Zinc Complex, Vitamin E, Vitamin C dan B Complex.


Macam saya sendiri, memang tak dapatla nak ambik banyak buah dan sayur setiap hari. Ramia jer macam tu kan, cepat ngaku :)
Sebab tu saya amalkan pengambilan supplements. Supplements pilihan saya of course la dari Shaklee yang sememangnya semulajadi tanpa bahan kimia, mudah diserap dalam badan dan juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Harga pun mampu milik, jimat sangat. Sebotol tu, tahan berbulan-bulan.

Shaklee ni dah lebih 50 tahun dalam pasaran, perkataan vitamin tu pun sebenarnya berasal dari Shaklee tau. Beratus-ratus juta US Dollar Shaklee laburkan setiap tahun untuk pastikan kualiti vitamin di tahap yang terbaik. Kalau baca segala info tentang produk dan company Shaklee ni, memang rasa sangat teruja tau, rasa nak cuba jer semua produk Shaklee.

Ini antara supplements Shaklee yang saya amalkan setiap hari untuk kecantikan kulit dan kesihatan. Ada lagi yang saya ambil, tak muat gambar.
Ada yang saya ambil hari-hari-hari, ada yang saya ambil sekali sekala bila perlu je.
By the way, vitamin Shaklee ni kan, selain untuk makan, boleh juga disapu ke kulit untuk kesan lebih baik. Hahh, yang ni memang best.
Buat customer saya, saya akan share tips exclusive ni nanti.
My customer cakap, masker ni macam magic :)

Semoga tips ni membantu.
Thanks for reading ya :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



10 Tips Cepat Hamil Dari Pakar


Assalamualaikum

Saya terbaca satu artikel menarik dari blog seorang pakar sakit puan yang agak terkenal, Dr Hamid Arshat. Beliau berkongsi tentang 10 tips untuk cepat hamil bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Saya kongsi di sini ya, semoga memberi manfaat untuk anda, atau anda boleh juga kongsikan artikel ni dengan rakan-rakan anda yang sedang berusaha untuk hamil.


10 Tips Cepat Hamil Dari Pakar

1. Umur yang muda lebih subur

Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa tu belum tumbuh endometriosis, fibroids dan lain-lain penyakit peranakan. Jika ada jodoh jangan tangguh walau pun masih mengejar pendidikan tinggi dan kerjaya.

2. Dapatkan rawatan jika ada masalah kesihatan

Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakan dan ujian kesuburan.
Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

3. Kenali waktu subur

Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan ovulation test kit.
Lakukan hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.

4. Hubungan seksual yang sempurna

Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempoh 6 bulan kahwin.

5. Amalan rohani

Baca Al-fatihah, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca Al-Quran 2-3 muka setiap hari.

6. Jangan terus bangun selepas hubungan

Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah punggung selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang, pergi bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Amalkan gaya hidup sihat

Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Dapatkan berat badan yang ideal

Kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindari pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Amalkan pemakanan sihat

Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikny,a 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar dari buah dan sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods .

10. Amalkan pengambilan supplement

Makan supplement Multivitamins, Vitamin E, Vitamin C, Folic Acid. Dan tambahan untuk suami Zinc dan Selenium.


Pengambilan supplemen amat disarankan bagi meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. 
Kajian dari Harvard Medical School ada menunjukkan bahawa pengambilan supplement dan mutli minerals membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Bagaimana supplements Shaklee membantu tingkatkan kesuburan?
pasangan baru berkahwin dan belum mendapat zuriat walaupun mencuba dalam tempoh enam bulan atau lebih, digalakkan menemui pakar kesuburan kerana pengesanan awal mampu merancang kaedah rawatan sebagaimana wajar diberikan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32283#sthash.wKZ37QLc.dpuf

1) Vitalea 
Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi pihak lelaki.

2) B Complex 
Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

3) Vitamin C 
Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

4) ESP
Protein yang berasaskan soya yg baik untuk sel dalam badan @ makanan kepada sel badan, termasukla sel telur. Sel yang baik juga akan menjadikan badan sihat..

5) Vitamin E
Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

6) Zinc
Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

7) Alfalfa 
Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

8) GLA 
Membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Testimoni Set Kesuburan Shaklee


Semoga tips ni membantu.
Thanks for reading ya :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, 20 June 2015

5 Tips Berkesan Kurangkan Nafsu Makan


Berat badan sering menjadi masalah bagi setiap orang, tak kira lelaki ataupun wanita. Tubuh yang gemuk boleh boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri serta hilang keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang. Berat badan yang berlebihan juga mengundang risiko pelbagai penyakit merbahaya.

Adakah anda seorang yang susah nak kawal nafsu makan?  Ramai yang ada masalah ni sebenarnya, nafsu makan yang membuak-buak akhirnya membuatkan seseorang itu hanya hangat-hangat tahi ayam dan gagal mengurangkan berat badan. Masalah besar nak berperang dengan nafsu makan ni, betul tak.

So, bagaimana nak mengurangkan nafsu makan yang berlebihan dengan lebih berkesan?

 tips kawal nafsu makan - women online magazine

Berikut beberapa cara yang boleh anda praktikkan untuk membantu dalam mengawal nafsu makan.

5 Tips Berkesan Kurangkan Nafsu Makan

1.   Minum air masak dengan  lebih banyak


Ramai yang tak sedar dan tak dapat membezakan antara rasa lapar dan dehidrasi. Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan pun oleh tubuh.

Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air masak sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar'. Pastikan juga anda minum air masak secukupnya 2-3 liter sehari kerana apabila badan kita kurang air, signal 'lapar' akan dihantar ke otak, padahal kita tak lapar pun tetapi kurang air.

2.   Jangan lambat bersarapan
 
Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting.  Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya,  anda akan makan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.

3.  Pengambilan protein ketika sarapan


Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.

4. Pengambilan teh hijau


Anda gemar ‘makan-makan’, terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

5.  Makan dengan teratur


Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.

Semoga tips ni membantu ya :)

Ohh, yang untuk sarapan tu kan, saya suka amalkan ESP dari Shaklee. Sumber protein terbaik dari soya non-GMO dan tiada kolestrol. Kenyang sangat tau, senang pun senang. Sangat sesuai juga untuk anda yang selalu sibuk sampai tak sempat nak breakfast. Boleh juga dijadikan sebagai snacks (minum pagi atau petang) antara waktu makanan utama, so bila time waktu makan lunch atau dinner tu, takdelah selera membuak-buak sangat kan.

Selain ESP, satu lagi minuman protein yang berkhasiat dan mengenyangkan adalah Cinch Shake.


ESP adalah protein rendah lemak, bukan- GMO (organisma tidak diubah-suai secara organik) yang lengkap secara biologinya dan mengandungi kesemua sembilan asid amino perlu. Ia sesuai untuk seisi keluarga, memberikan anda 14gram protein soya sihat bagi setiap hidangan. Bukan sahaja merupakan pilihan snek yang berkhasiat, ESP merupakan snek enak bagi mengisi tubuh anda dengan protein soya yang berkualiti tinggi. Jam demi jam ia menyalurkan tenaga yang tiada tandingannya.

Dengan protein berkualiti tinggi yang berasaskan tumbuhan ini, ESP merupakan sumber protein biologi lengkap yang:
  • rendah lemak secara semulajadi 
  • bebas kolesterol protein 
  • lengkap dengan kesemua sembilan asid amino perlu
Cinch Shake


Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut 
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina 
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan 
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang 
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan 
  • Soya bukan GMO 
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

5 Tips Mudah Kurus Di Bulan Puasa


Assalamualaikum..
Salam Ramdhan :)

Bulan puasa adalah waktu terbaik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Tetapi, ada caranya juga, supaya apa yang anda harapkan ini terlaksana dengan sempurna.

So, entry kali ni, saya nak berkongsi tips khas untuk anda yang ingin menjayakan misi mengurangkan berat badan menjelang raya ni. 

Tips ini juga membantu menghindarkan diri daripada lesu dan malas ketika berpuasa serta membuatkan tubuh anda sentiasa sihat dan penuh energi walaupun sedang berpuasa.
Alangkah bagusnya kan, jika di saat kita melakukan ibadah puasa di bulan yang mulia ini, kita tetap dapat melakukan ibadah lain dan aktiviti harian dengan keadaan yang cergas dan penuh semangat.


Nak sentiasa kekal bertenaga sepanjang berpuasa, kurus dan cantik menjelang raya ni?
Jom amalkan 5 tips mudah ni.

1. Minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter (8 gelas) sehari


Jaga keseimbangan cecair di dalam tubuh anda agar tetap hidrasi. Biasakan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter (8 gelas) setiap hari. Pengambilan air masak sesuai dengan keperluan akan membuat tubuh anda bebas dari dehidrasi, jadi anda tidak mudah berasa haus. Hidrasi yang baik juga akan membantu anda mengurangkan pengambilan makanan manis ketika berbuka.

Ketika berbuka puasa, sebaiknya mulakan dengan air masak/suam, kerana jika anda terus meneguk segelas minuman sejuk, badan anda yang telah seharian berpuasa akan ‘terkejut’ dan metabolism tubuh akan terganggu.

Kadang kita ni, bila dah minum minuman manis dan makan macam-macam, perut pun dah rasa sendat. Rasa macam tak boleh masuk dah air masak. So, kurangkan minum minuman manis dan jangan makan berlebihan. Minum air masak ni sikit-sikit, tapi kerap. Boleh cuba ikut jadual kat atas tu ye.

2. Berbuka dengan makanan yang seimbang


Ramai yang cenderung untuk melakukan aksi balas dendam ketika berbuka puasa. Dengan sengaja dan penuh semangat anda menghabiskan semua makanan yang terhidang di meja tanpa rasa bersalah. Kan kan.

Cuba kawal diri dan nafsu makan tu sikit. Seeloknya, ketika berbuka puasa, jamahlah terlebih dahulu 2 biji kurma dan segelas air masak dan setelah menunaikan solat, barulah anda makan makanan berat yang sihat dan seimbang. Hindari makan makanan yang digoreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan sakit perut atau menganggu sistem penghadaman. Di samping itu, elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi kolesterol mahupun makanan yang mengandungi kadar gula yang terlalu tinggi.

3. Jangan lupa bersahur


Selainkan mendapat pahala, bersahur juga memberi manfaat kepada tubuh badan supaya anda mampu untuk berpuasa dan melakukan aktiviti harian yang lain. Takdelah lemau dan lesu jer kan. Dan pastikan juga anda mengambil makanan yang sihat dan sembang ketika bersahur.

Ambil makanan yang kaya karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan perbanyakkan minum air putih.  Metabolisme tubuh akan dapat bekerja dengan baik sehingga anda berjaya menjaga badan serta stamina sepanjang anda menjalankan ibadah puasa ini.

Menu favourite saya waktu bersahur adalah ESP Shaklee. Sedap, kenyang, mudah dan bagi tenaga.

4. Tetap beraktiviti


Berpuasa tidak bermakna anda boleh bermalas-malasan. Meskipun berpuasa anda tetap juga perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa, contohnya belajar atau bekerja. Puasa membuatkan pengeluaran lemak mengalami peningkatan untuk berubah yang mana lemak sebagai energi.

Anda juga boleh melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki contohnya.
Saya sendiripun, takdelah berseman pun bulan puasa ni. Cuma saya teruskan buat aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Masak, kemas rumah dan shopping pun boleh dikira senaman jugak kan :)

5. Hindari pengambilan gula berlebihan


Sekiranya anda tak berhati-hati dalam mengawal nafsu, silap-silap anda boleh naik berat badan tau bulan puasa ni. Maklumlah, dengan pilihan air manis, kuih-muih yang pelbagai jenis.

Makanan manis ni adalah faktor utama penyebab berat badan naik. Dan anda harus tahu, kadar gula yang berlebihan akan menganggu proses pengeluaran toksin/racun dari dalam tubuh.

Mencabar jugak bab-bab makanan manis ni. Saya ni minuman manis takla gemar, tapi uih-muih tu, memang sangat menggoda. Makan jugakla, tapi kita hadkan supaya tak terlebih sudah.

Semoga 5 tips mudah ini bermanfaat buat anda. 
Thanks for reading :)

Thursday, 18 June 2015

30 Menu Lazat Sepanjang Ramadhan


1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.


Credit

Wednesday, 17 June 2015

3 Tips Kurus Dan Cantik Menjelang Raya


Assalamualaikum

Alhamdulillah, esok kita bakal menyambut Ramadhan Al-Mubarak, suatu bulan yang dianggap BONUS terbesar daripada Allah S.W.T kerana ganjaran yang disediakan dalam bulan Ramdhan ni tersangatlah hebat.

Di samping kita memperbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan ni, ramai juga yang mengambil peluang untuk mengurangkan berat badan masing-masing.Kulit pula macam mana, takkan nak biar je jerawat, jeragat, parut, kusam semua tu. Mesti nak cerah dan flawless raya ni kan.

Masing-masing dah mula berangan nak pakai baju raya yang macam mana, tudung yang macam mana, kan kan kan. Lagilah sekarang ni banyak betul baju cantik-cantik yang dijual online di Instagram, Facebook dan sebagainya. Siapa yang tak tergoda tu tipulah kan. Biasalah orang perempuan memang macam tu, lagi-lagi masa raya nanti nak jumpa ramai orang, mestilah nak nampak langsing dan cantik.

Tetapi, niat yang dah ada tu kenalah mula dari sekarang, kalau tak terkuburlah nanti segala angan-angan. Silap-silap, sampai raya nanti, berat badan bertambah, kulit pun tak berseri nanti.

So, apa nak buat kalau nak langsing dan cantik menjelang raya ni?


Tak susah pun, and actually ni kiranya daily lifestyle kita ni.
Ada 3 je benda yang penting:

3 Tips Kurus Dan Cantik Menjelang Raya

1. Jaga pemakanan


Time sahur confirm semua takde masalah, tapi time berbuka tu kadang ramai juga yang tak boleh control nafsu. Jangan makan tak ingat dunia noo, berpada-pada ok. Mulakan berbuka dengan makan kurma dan minum air masak. Kurangkan makanan yang berlemak, pedas dan berminyak dan kurangkan juga minuman manis atau berkarbonat. Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal dan cover karbohidrat, protein, serat dan sedikit kuih-muih.

2. Bersenam


Tak nak senam bulan puasa ni, boleh? Ok jer, ada yang memang stop tak bersenam terus, ada yang kurangkan, bergantung individu. Saya, memang tak laaaa, bulan tak puasa pun liat bersenam kan. Hihihi. Memasak, buat kerja rumah, shopping barang dapur, ambil dan hantar anak-anak ke sekolah pun dah kira bersenam juga kan. Dan bulan puasa ni, solat terawikh pun boleh bakar sehingga 200-300 kcal tau. Tapi, objektif utama solat terawikh tu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan. Cuma di samping pahala, solat terawikh juga membantu kesihatan rohani dan jasmani.

3. Ambil supplement

Pengambilan supplements ni mungkin adalah satu pilihan bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya, supplements adalah satu keperluan di zaman sekarang, di dunia yang bukan ideal ini.

So, bagaimana dengan supplements anda?
Saya dan keluarga, insyaAllah dah ready :)

Jom, saya kongsikan antara cadangan supplements yang membantu anda untuk kekal cergas bertenaga sepanjang Ramdhan, dan cantik langsing menjelang raya.

1) Set Kecantikan Kulit Shaklee, Shaklee Collagen Powder dan Vivix

Khas buat anda yang ingin kelihatan cantik berseri di pagi raya, jom amalkan supplemen Shaklee untuk kecantikan kulit ni. Kalau nak makeup di pagi raya, kulit mestila cantik dan flawless, barulah cantik kan. Takkan baju jer yang nak cantik, tapi tuannya kulit pun pucat, dengan masalah jerawat, jeragat, parut, kusam dan sebagainya :)


2) Set Kurus Shaklee

Ada yang dah tempah atau dah beli baju raya? Saya belum lagi. Rasanya macam biasa la, beli yang ready made je. Online pun dah berlambak jual. Online ni satu jer, size tu la, kalau badan terover berisi, baju susah nak beli, pakai pun tak cantik. Tapi kalau dah amalkan 3 tips kat atas tu, no hal la, nak pakai baju apa pun boleh tau.

Orang cakap bulan puasa ni berat badan boleh turun. Tapi kalau dah hari-hari borong segala macam jenis juadah di bazar Ramadhan, macam mana nak turun tu. Sebab tu la kena ready dengan supplemen Shaklee. Waktu sahur dan berbuka, minum ESP atau Cinch Shake untuk membantu kita kurangkan makan makanan yang berlemak dan berminyak. Dan selepas makan, terus ambil Lecithin dan/atau Omega Guard untuk terus bakar lemak-lemak. Alfafa dan/atau Herblax, ambil untuk detoks atau singkir keluar segala toksin dan lelemak tu :)


3) Set Triple Gems yang mengandungi ESP, Mealshakes dan Performance Drink, untuk sahur dan berbuka.

Supplemen ini adalah untuk memastikan kita dapat menjalani ibadah berpuasa dengan bertenaga, mengurangkan rasa letih dan lapar. Set ini juga membantu ibu-bu hamil dan menyusu yang risau tidak dapat menjalani ibadah berpuasa dengan sempurna. Bagi yang ada gastrik, insyaAllah set ini dapat membantu anda.


Di kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepasa semua. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Jom lipat gandakan amalan di bulan baik ini dan semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 12 June 2015

5 Kesan Buruk Tidak Bepantang Selepas Melahirkan Anak


Ada sesetengah ibu-ibu yang ambil ringan penjagaan dalam waktu pantang lepas bersalin. Kononnya leceh la, malas la nak berpantang, tak nak ambik supplements lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka.

Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab
“Alah..! org tau la” dlm hati kata “Dah tua nanti semua orang sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun”.

Kalau ada yang buat macam ni, eloklah insaf segera sebelum menyesal nanti. Jangan ambil ringan tau bab-bab berpantang selepas bersalin ni, dalaman luaran pun kena jaga.

Kesan Buruk Tidak Bepantang Selepas Melahirkan Anak


1. Rahim Jatuh / Prolapse

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat 
  • Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa. 
  • Peringkat kedua dimana pintu rahim jatuh sampai kepermukaan faraj. 
  • Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”. 
2. Gangguan Kencing 

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
  • kerap kencing 
  • sakit ketika nak kencing 
  • kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini di panggil (Stress Incontincence). 
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.

3. Gangguan Hubungan Kelamin

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

4. Sakit Pingang & Tidak Selesa di Bahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa di bahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pinggang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

5. Gangguan Kesihatan 

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

Oleh sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan supplements yang sesuai, makan makanan yg disyorkan dan amalkan segala amalan-amalan tradisional yang perlu :)

Thursday, 11 June 2015

7 Tips Mudah Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin


Antara kerisauan yang sering mengganggu ibu-ibu selepas bersalin adalah masalah perut buncit dan menggeleber. Terasa hilang keyakinan diri  bila tengok perut sendiri, dengan parut rekahannya, dengan buncitnya, dengan gelebernya. Kalau dah lepas pantang pun nampak macam mengandung tiga bulan, apa kes kan. Nak nak pulak kalau cik abang sound, adusss...

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh dilakukankan untuk mendapatkan kembali perut kempis seperti anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti ibu hamil tiga bulan. Misi nak dapatkan kembali perut kempis ni boleh direalisasikan asalkan ibu ada kemahuan dan berdisiplin.

Nak tahu tak apa caranya? Nampak macam senang je ni, tapi kena ada disiplin yang tinggi demi menjayakan sebuah misi. Misi bukan sebarang misi ni.


Kalau orang lain boleh, takkan la kita tak boleh kan.
Macam Puan Salwa ni, percaya tak beliau berjaya turunkan berat badan beliau  sebanyak 20kg selepas bersalin! Apala agaknya rahsia beliau kan, sampai dah jadi macam anak dara balik pulak dah walaupun anak dah tiga. Jom risik-risik sikit rahsia beliau :)



7 Tips Mudah Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

1. Menyusukan bayi sepenuhnya


Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
2. Berbengkung dalam pantang
Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah yang membuatkan ibu boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Jadi, jangan culas tau berbengkung sepanjang berpantang. Seeloknya, 24 jam pakai bengkung tu ye, time mandi jer bukak. Alah, sekejap jer 44 hari patang tu, ada yang sampai lepas pantang pun masih berbengkung. Yang tu ikut la tahap kerajinan masing-masing.
3. Bertungku dan bertangas

Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.
4. Jaga makan

Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, ibu-ibu tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon. 

Ramai ibu-ibu termasuk saya suka mengamalkan ESP, protein terbaik dari soya non-GMO. ESP ni bukan sahaja memberi rasa kenyang yang lama, malah ESP juga membantu pekatkan susu dan membantu memberi tenaga. Bonus yang best, kulit pun makin cantik.
5. Minum air masak 2-3 liter sehari

Ramai juga ibu-ibu yang mengalami masalah nak minum banyak air masak ni. Takpe, 2-3 liter ni kalau kita minum sikit-sikit tapi banyak kali, actually takdelah susah sangat. Sediakan botol yang comel dan mudah dibawa untuk isi air masak ni, nak letak sebelah katil pun boleh. Lagi satu, kurangkan minum air manis ye, insyaAllah lagi senang nak minum banyak air masak.
6. Jom detoks

 
Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut. Sekarang kan banyak jer resepi air detoks campuran buah-buahan tu, boleh buat sendiri kalau rajin. Saya ni tahap tak berapa rajin dan tak gemar telan benda-benda yang pahit, so untuk detoks, saya amalkan supplement semulajadi Alfalfa dan Herblax. Memang lancar jer penghadaman, badan rasa ringan, perut pun kempis. 

Kuatkan semangat, disiplinkan diri, pasti boleh. InsyaAllah.
Kalau tak, menyesal nanti:)

Selamat mencuba ye ibu-ibu semua.
Thanks for reading!

Anda mungkin berminat dengan Rahsia Kurus Dan Cantik Selepas Bersalin Ibu Hanis Zalikha dan Berjaya Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, 10 June 2015

8 Tips Sahur Yang Mudah Untuk Kurus


Assalamualaikum

Alhamdulillah, tinggal lebih kurang seminggu jer lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam untuk mempertingkatkan amal ibadah. Selain tu, apa kata kita ambil kesempatan untuk kuruskan badan juga di bulan Ramadhan ni.

Kalau kena caranya, slim uu raya ni :)

Jom sama-sama kita baca tips dari Kevin Zahri ni, 8 tips diet mudah untuk sahur:


1. Jangan skip sahur
Ia penting untuk bekalan tenaga dan sunnah dalam amalan puasa.

2. Segenggam karbo
Ia sumber tenaga utama badan.

3. Komplex karbo
Ia berikan tenaga yang tahan lebih lama. Jadi pilih karbo yang berserat.

4. Protein yang bersih
Protein mengenyangkan.

5. Elak garam
Ia mempercepatkan dehydration. Pilih makanan yang ada potassium.

6. Elak kafein
Kafein pun mempercepatkan dehydration kerana ia diuretik.

7. Elak minuman gas
Ia mengandungi kafein juga.

8. Jangan minum terlalu banyak air
Lebih banyak anda minum, lebih cepat ia akan dibuang. 2-3 gelas tu cukup dah kot.

Cuba naa... :)

Anda mungkin berminat dengan Tips Kuruskan Badan Di Bulan Puasa dan Menu Sahur Mudah Untuk Kekal Bertenaga

Tuesday, 9 June 2015

Percutian 6 Bintang PERCUMA Dari Shaklee Di Palace Of Golden Horse!


Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya baru jer balik dari KL ni sebenarnya. Sepanjang 3 hari 2 malam berkampung di Palace Of Golden Horse Hotel secara PERCUMA, percutian 6 bintang yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Percutian ni adalah salah satu peluang yang ditawarkan oleh Shaklee selain bonus dan car bonus, kepada pengedar-pengedar yang layak.

Percutian ini juga actually sempena National Conference Shaklee yang diadakan sekali setahun untuk meraikan dan memberikan penghargaan kepada pengedar Shaklee yang telah berjaya sepanjang setahun yang lepas. National Conference Shaklee kali ni diadakan di MIECC The Mines. Tahun ni adalah kali kedua saya mendapat trip percuma dari Shaklee, dan seperti tahun lepas, tahun ni juga adalah tahun kedua saya menjadi salah seorang penerima awards dari Shaklee.

Selain daripada awards dan hadiah-hadiah yang diberi Shaklee, apa yang membuatkan saya amat teruja sepanjang menghadiri convention ni adalah saya dapat bertemu dan berkenalan dengan ramai kenalan yang jarang-jarang berjumpa dan juga yang baru, semuanya dari kalangan mereka yang sentiasa positif dan bersemangat. Walaupun hanya berjumpa sesekali dan baru kenal, tapi ukhuwah yang terjalin tu, mesra macam dah kenal lama. Kalau nak diikutkan tu, kami ni semuanya menjalankan perniagaan yang sama, tapi masing-masing langsung tak lokek berkongsi ilmu.

Shaklee juga ada menjemput beberapa Master Shaklee yang telah berjaya untuk berkongsi pengalaman dan tips mereka. Semangat dan aura sepanjang National Conference Shaklee ni, fuhhh, jangan cakaplah. Syukur sangat dipertemukan dengan business Shaklee ni, yang sememangnya telah banyak mengubah diri dan pemikiran saya.

Jom kita layan gambar sikit jom :)

 Sampai-sampai jer, terus disambut dengan kalungan bunga oleh 
Mr Victor Lim, President of Shaklee Malaysia

 Selfie dulu seround sebelum nak register and check in

 Dah check in. Besar biliknya, cantik, selesa.
Trademark kuda semuanya, dengan lampunya, shower gel, lotion, shampoo. 
Semuanya bentuk kuda, unik :)

Welcome lunch dari Shaklee
Kena isi perut dulu, sebab lepas tu Shaklee nak bawak g jalan-jalan

 Shaklee bawak ronda-ronda Kuala Lumpur
Rombongan cik kiah ke Muzium Diraja, Central Market dan Aquaria KLCC

 Dah penat-penat berjalan, malamnya dinner di Grand Hyatt Hotel
Welcome Dinner yang bertemakan Fun Fair Nite dari Shaklee, sambil dihiburkan oleh pelawak terkenal Douglas Lim

 Balik jer bilik kat hotel, ada surprise gift dari Shaklee atas katil
1 kotak Shaklee Collagen Powder uuu.. terharu aii :)

 Suasana National Conference Shaklee di MIECC The Mines yang sangat meriah dan penuh dengan aura yang positif dan bersemangat!

 Balik ke bilik untuk siap-siap ke Gala Dinner, ada pulak lagi surprise gift dari Shaklee.
Kali ni pashmina exclusive, design macam brand yang terkenal Burberry tu kan.
Maklumlah, CEO Shaklee Mr Roger Barnett tu kan owner Burberry :)

Tema Gala Dinner kali ni Majestic Nite
Serius ku blur tak tau nak pakai baju apa and malas nak beli baju baru.
Jadinya, pinjam jubah mak yang beli kat Mekah tu je.
Kira ok la kan, janji kenyang :)

 Ini sebahagian hadiah dari Shaklee selama 3 hari 2 malam
Berat beg nak mengangkut, tapi i LIKE :)
Siap dapat meal allowance RM 100 lagi tu... best ke best!

 Geng yang baru bertemu dan berkenalan di sini.
Geng selfie, geng sembang, geng gelak, geng makan, geng share ilmu.
Baru je kenal tapi mesra macam dah kenal lama.
Zana, Nuyun, Hanny and me Cik Jatt. 
By the way, Hanny tu kakak Irine Nadia Marcello blogger yang terkenal tu, 
patutla waktu first time tengok tu nampak macam familiar
Kenal kat sini terus jadi geng kamceng :)

I am Star Achiever Award!

Alhamdulillah atas pengalaman ini.
Alhamdulillah dapat merasa percutian 6 bintang secara percuma yang cukup eksklusif ini.

Terima kasih Shaklee, Terima kasih Allah S.W.T.