Saturday, 31 December 2011

Goodbye 2011, Welcome 2012. Happy New Year semua!

cepatnya masa berlalu kan. pejam celik, pejam celik dah hujung tahun.
just a short entry to wish kat semua HAPPY NEW YEAR!!! ada yang celebrate g mana2 ker malam ni. aku macam biasa, lepak kat rumah jer. takdenya nak celebrate pun. dulu time study kat Germany jer ada keluar g celebrate. saje je nak feel, tempat orang kan.

New Year 2006 with friends

Keputusan Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir : OSBON muncul juara raih wang tunai RM 350,000

siapa tengok final Maharaja Lawak Mega malam tadi. aku tak tengok pun, takde Pakej Mustika. hari ni balik rumah mak aku nak tengok, sebab kakak aku ada langgan Pakej Mustika tu. sure ada ulangan punya kan. personally, aku paling suka Boboi and i was hoping for them to win. tapi nampaknya rezeki Osbon menang malam tadi. maybe semalam Osbon punya lawak lagi best kut...

Petikan dari Utusan Online


SHAH ALAM 31 Dis. - Kumpulan paling popular dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon menepati ramalan ramai apabila muncul juara sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Mereka mengetepikan saingan terdekat iaitu kumpulan Boboi yang muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 diikuti set meraih tempat ketiga dengan membawa pulang RM150,000.

Pada pertandingan peringkat separuh akhir di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahului semua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikuti Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).

Sementara itu, kumpulan Syok menjadi pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna.

Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70 markah daripada para pengkritiknya manakala 30 markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton di rumah.

Tiga pengkritik tetap MLM ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan manakala pengkritik jemputan pada final pertandingan itu ialah pelakon Aaron Aziz.

Selain Osbon dan Boboi, MLM turut disaingi oleh dua lagi kumpulan iaitu SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin dan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha). - UTUSAN

Friday, 30 December 2011

Aktiviti bermandi-manda di Pantai Merdeka

cuti Krismas lepas, kitorang tak plan pun nak g mana2, just balik rumah mak aku kat Alor Setar. pagi2 hari, macam biasa aktiviti aku, mak and kakak aku, g Pasar Tani, beli makanan untuk breakfast and apa yang patut untuk masak. sekali kakak aku cakap, lepas balik Pasar Tani, dia nak g Pantai Merdeka. Qistina and Irfan pun apa lagi, punyala excited nak ikut. balik jer Pasar Tani, aku tanya cik abang. cik abang pun on jer.

mak aku memula ingat nak masak siap2, bawak g makan kat sana. tapi abang ipar aku cakap better g awal pagi, kalau dah lewat nanti panas lak nak mandi. so, kitorang pun dengan tak mandinya (yang ni aku ngan anak2 aku jer, orang lain dah mandi), packed apa yang patut then bertolak g Pantai Merdeka dalam pukul 9.00 pagi macam tu.

actually, dah lama giler aku tak g situ. seingat aku last aku g, time sekolah dulu kut. dalam otak aku dok terbayang2 la keseronokan mandi-manda kat situ sambil main pasir. sekali bila sampai situ, ada macam sedikit frust la. persisiran pantai yang berpasir tu dah takde! diorang dah buat tambak. alahai, kurang best sikit la. tapi apa pun, tetap enjoy mandi-manda sambil melayan keletah Qistina and Irfan:)

 WELCOME to Pantai Merdeka!

ni la maksud aku tambak tu. dah takde pasir dah.
korang ada 2 pilihan cara nak mandi, samada terjun terus dalam pantai tu, ataupun turun guna tangga:)

ada playground lagi.
meriah betul kan. ramai orang sebab ada banyak group yang buat family day kat situ

kesian Qistina. merajuk sebab sebelah kasut tertinggal kat rumah mak tok.
terpaksa pinjam kasut Irfan sat

dah happy sebab dapat Hello Kitty

bertambah happy dapat berendam:)

 mak budak yang teringin giler nak terjun mandi bersama Irfan yang takut nak turun mandi

Irfan yang mula2 takutkan air sebab sejuk

lepas beberapa minit, dah mula syiok:)

sejuk giler wehhhh!

Thursday, 29 December 2011

Aktiviti cuci-cuci kereta baru by the little helpers:)

mentang2 la kereta baru. masing2 beriya nak tolong si ayah cuci kereta. rajin betul anak2 mama. tengok jer la aksi2 Qistina and Irfan mencuci kereta baru ayah. mama pulak beriya snap photo. takpe, anak2 mama pun cukup dah:)

posing dulu k

ok. kerahan tenaga bermula

gaya tak hingat. dah macam model cuci kereta pulak Qistina

kerahan tenaga si kecik Irfan pulak

 tolong menolong yer anak2:)

Note : gambar2 cuma diambil time masing2 betul2 buat kerja lagi. lepas tu, paham2 jer la kan. bukan setakat kereta jer yang basah, yang tukang cuci tu pun basah habis:)

Wednesday, 28 December 2011

PROTON INSPIRA 2.0 CVT PREMIUM vs Rumah Baru

Alhamdulillah, dengan rasminya keluarga kecikku telah bertukar kereta. actually since last year lagi cik abang dah plan nak tukar kereta baru. so sekarang, cik abang ku sudah boleh tersenyum gembira kerana sudah berjaya mencapai impiannya.

walaupun ni sebenarnya bukan kereta idaman cik abang yang telah diusya setelah sekian lama, tapi yang ni pun dah memadai untuk keluarga kami. kereta idaman yang satu lagi tu terpaksa ditolak tepi buat sementara waktu, sebab sekarang ni priority harus diberikan kepada usaha mencari dan membeli rumah baru. komen aku pasal kereta baru ni, mestila suka. benda baru kan. aku tak pandai sangat bab2 kereta ni, tapi yang aku tau, kereta ni selesa, luas gak dalam tu, cantik and nampak sporty.


 kereta lama kami yang sekarang dah bertukar tangan
Toyota Avanza
ni la kereta baru keluarga kecik kami
Proton Inspira 2.0 CVT Premium

ok. citer pasal rumah baru pulak. actually sekarang ni kitorang stay kat area Juru, Penang which is in Mainland. tapi both of us kerja kat area Bayan Lepas, which is in Penang Island. hari2 kena travel across the Penang Bridge, angkut dengan anak2 sekali hantar nursery kat Island. pagi 6.45 a.m, dah kena keluar rumah, hantar anak2, then baru masing2 g tempat kerja. balik, 5.30 pm keluar office, ambik anak2 kat nursery, then travel across the bridge again. sampai rumah lebih kurang pukul  6.45 pm to 7.00 pm. keluar gelap, balik pun dah gelap. sangat exhausted hokey. and we all pun dah sampai limit tak boleh tahan dah (especially aku la). tu belum anak2 masuk sekolah lagi, sangatla tak practical duduk berbatu jauh dari tempat kerja ni.

jadinya, kitorang pun dah sepakat nak carik rumah kat Penang Island, which is sangatla susah. bukan apa, rumah kat sini memang mahal nak mamp., tak masuk dek akal. rumah atas tanah jangan harapla nak beli. rumah teres setingkat tu, buruk2 pun dah RM 400k. ntah hapa2. rumah atas angin jer la yang mampu.

dah ada g tengok la beberapa buah rumah. tapi masih dalam proses survey lagi. banyak criteria nak kena tengok. kitorang plan nak beli jer terus. nak sewa2 ni rasa rugi pulak. rumah kitorang sekarang ni, maybe nak jual or sewakan kat orang kut. tak tau lagi. tengokla macam mana. doakan kitorang sukses k dalam usaha pencarian rumah di Penang yer:) hari ni nak g tengok lagi 2 rumah lepas balik kerja...

Thursday, 22 December 2011

Workshop di Equatorial Hotel Penang

hi semua. bznya aku lately dengan kerja, dengan family. ni baru jer habis 2 days workshop kat Equatorial Hotel Penang. banyak actually benda aku nak citer kat sini, tapi masa tak mengizinkan. entry kali ni layan gambar aku kat workshop jer la. workshop yang agak memboringkan, dengan makanan yang tak sedap:(

masing2 khusyuk mendengar taklimat dari big bos

some of the girls

one of the activity on adapting with changes (baling barang2)

finally, group photo. girl semua in PINK. sweet kan:)

Wednesday, 21 December 2011

Monday, 19 December 2011

Tip Kecantikan : Cara yang betul untuk mencuci muka, agar kulit licin, cerah dan berseri

Apa langkah pertama dan yang paling penting untuk perawatan wajah? Jawapannya mestilah mencuci muka kan. Bayangkan la, dah seharian suntuk kita kat luar rumah, segala macam kotoran dah menempek kat muka kita ni. Time cuci muka tu la kita boleh nyahkan semua benda2 yang tak diingini tu. Rasanya semua orang tau tentang ni kan.

Mencuci muka ni bukan setakat pakai pencuci muka tu je ye yer. ada 3 BASIC STEPS yang WAJIB dalam proses mencuci muka ni, iaitu membersih, menyegar dan melembapkan. sebab apa aku kata basic, sebab ada lagi la lain2 tambahan macam scrub, pakai serum, pakai masker, pergi facial etc. tapi actually, 3 BASIC STEPS tu pun dah memadai, janji kena betul2 ikut routine, dua kali sehari. macam aku sendiri, since last year bila aku start guna F’iena BEAUTY, aku ikut routine 3 BASIC STEPS ni, Alhamdulillah kulit aku dah improved a lot. aku tak pakai pun apa2 tambahan lain. bukan apa, takut nak try macam2, kang dah elok2 kulit ok, jadi ko pula. lagipun, leceh la nak pakai macam2 sangat.

3 BASIC STEPS
1) MEMBERSIH
2) MENYEGAR (PAKAI TONER LA TU)
* ramai orang skip step ni. tapi actually yang ni penting untuk kasi kulit lagi firm:)
3) MELEMBAP

Tips untuk awet muda aka tegangkan kulit :
Untuk ketiga2 step di atas, gosokan atau sapuan harusla dilakukan dari arah bawah ke atas, iaitu dari dagu ke naik ke pipi. jangan sebaliknya ok:)

Apa yang paling penting, pastikan produk yang kita gunakan tu sesuai dengan kulit kita. tak kira la yang mahal atau murah, yang famous atau tak famous, yang penting product tu bagus.

Antara ciri-ciri produk pencuci muka yang aku kategorikan sebagai bagus:

* harusla yang SELAMAT digunakan, which is tak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya. ini sangat penting hokey. if product local, harusla ada kelulusan Kemeterian Kesihatan Malaysia
TIADA kesan sampingan yang memudaratkan, contohnya kulit mengalami proses pengelupasan yang memedihkan, kulit menipis, kulit jadi merah, kulit mengalami iritasi
TIDAK menyumbat pori dan TIDAK menimbulkan jerawat
* last sekali, of course la produk tu mampu MENYELESAIKAN masalah kulit yang kita hadapi contohnya kulit berjerawat, berjeragat, kulit kusam dan masalah-masalah lain yang sewaktu dengannya. jadinya kulit pun akan menjadi bersih, cerah dan berseri:)
* paling penting jugak, harusla yang mempunyai LONG TERM effect. maksudnya, takdela dalam sebulan pertama pakai jer cun, lepas sebulan segala masalah datang menempek balik. no no no

Produk F'iena BEAUTY yang berasaskan beras dan susu mempunyai semua ciri-ciri di atas. setakat ni semua customer memberi komen yang positif. Alhamdulillah, semakin ramai yang mencuba produk ini dan berpuas hati.

if nak tau lebih lanjut pasal product ni, klik sini ok:)

F'iena BEAUTY
MY 3 BASIC STEPS, DAY AND NIGHT

Saturday, 17 December 2011

F'iena BEAUTY dan Virgin Coconut Oil (VCO) by Catalyst - untuk kesihatan diri dan kecantikan kulit bebas dari jerawat

Tertekan dengan masalah jerawat dan kulit kusam?

Jika anda inginkan kulit yang cerah berseri tanpa sebarang noda, mungkin anda boleh mencuba package ini. Dengan package ini juga, anda boleh sekaligus meningkatkan tahap kesihatan diri anda.

Package mengandungi:

package hanya RM 108
+ RM 6 Pos Laju

boleh juga dibeli secara berasingan

F'iena BEAUTY - Rice Milk Whitening Set

hanya RM 70
+ RM 6 Pos Laju

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena BEAUTY, klik sini

Virgin Coconut Oil (VCO) Softgel Capsules by Catalyst

hanya RM 39.90
+ RM 6 Pos Laju

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk VCO Softgel by Catalyst, klik sini

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)

Friday, 16 December 2011

Makeup Review : NEW Pixy Ultimate Makeup Cake vs OLD Pixy UV Whitening 2 Way Cake

aku tak sure since bila aku start pakai Pixy UV Whitening 2 Way Cake ni. tapi since the first day aku pakai, aku dah deeply in love dengan ini bedak. mula2 takut gak nak try, sebab kulit aku ni jenis yang mengada2 sikit. kang salah2 pakai kang, naikla segala mak nenek jerawat semua tu. seb baik bila try ok. bukan setakat ok, tapi SUPERB!

aku tau product ni sebab terbaca kat satu forum, ramai orang cakap best. so aku yang senang terpengaruh ni pun tergoda la nak try. banyak gak orang jual bedak ni online. tapi aku beli kat Watson jer.

last 2 weeks aku g Watson nak beli refill Pixy UV Whitening 2 Way Cake tu. sekali ternampak kat sebelah bedak tu, ada new version. aku pun tak sure la new version ker apa, tapi nama and colour kotak dia lain. ingredient pun ada lain sikit. yang baru tu nama dia Pixy Ultimate Makeup Cake. pk punya pk, aku pun angkat la yang baru tu. saja nak try.
Pixy UV Whitening 2 Way Cake
aku pakai Natural White


Pixy Ultimate Makeup Cake
aku beli Natural Buff, sebab tu jer yang ada jual kat situ

Pixy UV Whitening 2 Way Cake vs Pixy Ultimate Makeup Cake

- dua2 murah giler. Pixy UV Whitening 2 Way Cake RM 16, refill RM 10. Pixy Ultimate Makeup Cake RM 20+, refill RM 15 jer
- Pixy UV Whitening 2 Way Cake ada SPF 15, Pixy Ultimate Makeup Cake ada SPF 20
- dua2 sangat best! texture halus and ringan, tak rasa heavy bila apply
- kalau pakai span kering, jadi compact powder biasa. kalau pakai span basah, jadi mcm foundation. tapi aku tak pernah try pakai span basah, pakai span kering pun dah cantik:)
- tak perlu pakai concealer or foundation. pakai ni jer pun dah nampak flawless, glowing & fresh (yang ni F'iena BEAUTY paling banyak membantu:)
- tak bercapuk or macam pakai tepung gomak
- senang nak cuci. just guna air ngan pencuci muka jer
- paling penting tak menyebabkan jerawat or apa2 alahan lain, sebab kulit aku ni kan mengada2 sikit

Rating : 5 STARS. highly recommended!

first time pakai Pixy Ultimate Makeup Cake
ini hasil selepas beberapa minit pakai 

ini pulak selepas lebih kurang 4 jam. 
nampak makin glowing sebab bedak tu dah betul2 blend kat kulit

Note : Stok baru F'iena BEAUTY dah sampai. Alhamdulillah dah makin ramai yang mencuba product ni, dan yang paling penting semuanya puas hati. if nak order, contact cik jatt ok. jom cantik sempena tahun baru!

Wednesday, 14 December 2011

Monday, 12 December 2011

Aktiviti wajib weekend, shopping. Kali ni Jusco Perda, Penang pulak

harusla wajib kan. kalau bukan weekend, bila lagi la nak shopping. bukannya shopping apa pun, shopping barang2 dapur ngan barang anak2 jer. selalunya kitorang shopping barang2 rumah kat Carrefour or Tesco. tapi kali ni alang2 dah g Perda tu, shopping jer la kat Jusco. actually tujuan sebenar g Perda tu sebab nak follow-up check Irfan kat KPJ Penang Specialist. tapi sekali dokter cuti pulak. next week jer la jawabnya.

kalau dah g Jusco tu biasa la kan. tak logik la kalau setakat shopping barang dapur jer, ada sajala benda2 yang tak dirancang tapi terbeli. and ada sajala aktiviti-aktiviti sampingan lain yang tak dirancang tapi terbuat. benda yang terbeli adalah beberapa helai baju Irfan. aktiviti yang terbuat pulak.....tengok jer la gambar2 di bawah:)

cik abang khusyuk memilih porch bag baru.
yang ini adalah dirancang ok. hadiah aku untuk birthday cik abang:)

happynya anak2 mama kalau dapat main benda2 macam ni

anak2 sibuk main, mama sibuk posing

ni gambar posing ke candid ni:)

Qistina dah pandai posing. Irfan buat apa tu?

rest sekejap sambil makan-makan

mama pun nak jugak:)

finally, inilah tujuan sebenar, shopping barang2 rumah:)

Friday, 9 December 2011

Gila glamour, tulis artikel masuk majalah, letak gambar passport:)

ecehh..macam poyo jer. bukan magazine apa pun, magazine company aku jer. actually aku tak berniat langsung nak tulis artikel letak dalam magazine ni. tapi sekali bos aku suruh aku tulis artikel pulak pasal satu event yang department aku organize untuk company tu. reason aku kena tulis, sebab aku yang coordinate event tu. cesss. hangin jugakla aku time tu, dahla kerja berlambak, kena tulis artikel pulak.

tapi, bos dah suruh kan. nak tak nak kena buat jugak walaupun dalam keterpaksaan. last week, baru jer dapat magazine tu. terpampang la artikel yang aku tulis tu dengan muka passport aku kat dalam tu. bukan aku sengaja gila glamour letak gambar tu, tapi tu dia punya requirement.

ni la magazine tu

Ms. Siti Hajar Khalid tu aku la:)

Thursday, 8 December 2011

Kejadian berdarah pada hari pertama di nursery

this week adalah first week aku hantar Qistina and Irfan balik ke nursery, setelah hampir sebulan diorang duduk dengan mak tok kesayangan kat Alor Setar. so, hari Isnin lepas, aku dikejutkan dengan phone call dari nusery dalam pukul 5 petang macam tu. aduhhh, apa pulak la kali ni. aku kalau tengok ada phone call dari nursery memang rasa takut nak angkat. berdebar2 betul time tu.

sekali cikgu cakap, Irfan jatuh kat nursery. terjatuh time tengah main lari2 ngan kawan2. lebam kat mulut. cikgu tu mintak maaf beriya. yer la kan, dahla first day hantar kan, sekali jadi macam tu pulak. aku nak salahkan cikgu tu tak boleh jugak. benda macam tu memang boleh jadi, even time aku tengah jaga pun boleh jadi jugak. budak2 time macam ni, memang tengah aktif. kadang2 tak sempat kita tengok, tup2 dah terpacak naik panjat merata. lari sana lari sini tu dah biasa sangat la.

actually ni pun bukan first time Irfan jatuh lebam kat mulut macam tu. selalu gak aku pesan, suruh hati2 jalan, main elok2 ngan kawan-kawan. pesan kat kakak Qistina jugak, tengok-tengokkan adik kat school. tapi, bila dah jumpa kawan2 tu, dah syok main tu, tak heran apa dah...

alahai anak mama.....

Tuesday, 6 December 2011

Sinopsis Filem Ombak Rindu - best ker...


sape dah tengok citer ni? merata2 orang dok review pasal filem ni. semua cakap BEST, kira menangis2 la tengok cter ni. best sangat ker? baca sinopsis macam best, tapi aku kurang minat sikit citer2 yang jenis jiwang macam ni. layan biasa2 la. ada member kat ofis aku ni baru jer balik tengok. dia cakap tak best, buat rugi duit jer tengok. maybe sebab dia expect more kut, sebab dia ni memang kaki novel.

apa pun, jom baca sinopsis

Sinopsis:


filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.


Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.


Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Monday, 5 December 2011

Sesi menghabiskan duit kat Funfair sebelah Stadium Darul Aman, Alor Setar

weekend baru ni aku bawak anak2 gi Funfair kat Alor Setar. dah lama takde benda2 macam2 ni kat Alor Setar. jadinya memang crowded yang amat tempat tu, dahla time cuti sekolah kan. diorang bukak kat sebelah Stadium Darul Aman tu. bukan aku nak cakapla, tapi memang tempat ni cekik darah. mau berjuta tokey tu dapat satu malam. bayangkanla, satu token RM 2. pastu charge untuk main benda2 tu, sorang kena 2 token, which is RM 4. ada gak yang charge 3 token. mahal wehh. dahla budak2 kecik pun kena charge harga yang sama. ampehhh. seb baik anak aku 2 jer, kalau ramai, tengok jer la anak2 yer:)

Qistina and Irfan memang enjoy main kat situ, sampai tak nak balik rumah. mainan kat situ pun aku rasa not bad, semuanya best2 dan mencabar. seronok tengok anak2 enjoy. takpela, sekali-sekala kan, bukannya selalu ada benda2 macam ni. ni second time aku bawak anak2 g tempat macam ni. last year bawak g Pesta Pulau Pinang. this year tak g lagi pesta tu, tak tau lagi nak g ke tak.

okla, jom layan gambar..

Ferris Wheel, first benda yang Qistina and Irfan nak naik
Adult 3 tokens, Child 2 tokens

Irfan macam cuak sikit masa mula2 naik

sukanya Irfan dan mak tok

gambar selingan:)

happy nya anak dara mama sorang nih

pusing pusing

rehat sat sebelum balik. penat lepas main macam2