Assalamualaikum semua... :)
Siapa orang Kedah? Sure tahu Gunung Jerai kan. Actually kan, saya pun asal orang Kedah, orang Alor Setar, tapi tak pernah pun pergi Gunung Jerai tu. Honestly, saya ingatkan Gunung Jerai tu takde apa-apa, just hutan belantara je.
Last few weeks, my husband tanya nak ikut konvoi geng-eng kereta dia tak pergi Gunung Jerai. I was like, erkkk. Nak pergi buat apa situ. My husband cakap pergi sekejap je, breakfast atas tu, jalan-jalan sikit ambil gambar, pastu balik la. Breakfast dekat Hotel Regency.
Oooooo, ok. Ada hotel kat atas tu. Awat la cek ketinggalan zaman sangat ni. Kedah dah maju la oii. So, saya cakap kat husband nak ikut la, bole bawa anak-anak berjalan.
Awal pagi semalam, dalam pukul 4.45 pagi macam tu kami bertolak dari Penang. Jumpa dengan geng-geng kereta my husband dekat Sungai Dua, then kitorang konvoi dari situ. Rasanya ada dalam 15 biji kereta kut.
Muka budak dan mak budak yang mengantuk
Perjalanan tu takde la lama sangat sebenarnya, lepas berhenti tunggu bagi cukup korum and berhenti solat subuh dekat masjid, so kitorang sampai Gunung Jerai dalam pukul 6.30 pagi. Then dalam pukul 7.00 pagi macam tu kitorang gerak naik atas.
Ready nak naik atas dah ni.
Syoknya anak-anak mama
Berpusing-pusing jalan dia. Nasib baik tak penting, kalau tak, tak nikmat la nanti nak makan and jalan-jalan. Sepanjang jalan nak naik atas tu, saya nampak ramai juga yang cycling, jalan-jalan dan jogging. Redup jer, mesti best. Tapi tabik la, tinggi tu nak naik tu. Then ada a few stops juga, tak sure la ada apa, rasanya ada restoran dan tempat untuk rekreasi kut. Dan kalau tak silap ada one stop tu ada muzium.
Kitorang naik atas sekali, breakfast dekat Restoran Puncak Kedah, Regency Hotel. Sedap juga makanan dia. Selepas dah breakfast tu, my husband sembang-sembang dengan geng-geng dia. Saya bawa anak-anak tangkap gambar, main dekat playground. Dalam pukul 11 pagi macam tu kitorang turun. Short trip je, but overall, it was a nice and wonderful trip. So, korang yang area Kedah atau bakal datang ke Kedah nanti, boleh juga masukkan Gunung Jerai dalam list korang ye :)
Kita isi perut dulu ya anak-anak
Kek ni actually surprise untuk birthday 'boy' one of the geng yang konvoi tu
Maka bermulalah sesi bergambaran
Mama pun nak bergambaran jugak :)
Yang ni view dari Hotel Regency. Nice!
Sesi riang ria
Feeling romantis di puncak Gunung Jerai
No comments:
Post a Comment