Saturday, 6 September 2014

Kenapa Berat Badan Susah Turun


"Saya dah cuba macam-macam, tapi kenapa la susah sangat berat badan ni nak turun"

Ayat yang selalu sangat kita dengar, dan secara tak sedar kita sendiri pun selalu sebut kan. Memang ramai yang menghadapi masalah dalam proses nak kurus atau kurangkan berat badan ni. Ada juga yang berjaya, tetapi macam yo-yo, sekejap naik sekejap turun. Dah la susah nak turun, naiknya sekejap jer. Stress kan.

Kebanyakan punca berat badan naik dan susah turun ni sebenarnya disebabkan kesilapan diri sendiri yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar. Ke sedar, tapi susah nak control yer :)

Ok, jom semak tengok antara faktor yang menyebabkan berat badan cepat naik dan susah turun:

1) Tabiat Pemakanan

Tidak bersarapan
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti.
Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari.

Makan terlalu cepat
Kunyah makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makanan tu terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terus.
Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang

Pengambilan Karbohidrat Berlebihan
Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi.
Jadi gantikan dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal, dan lebihkan pengambilan protein.

Makan Dengan Potongan Yang Besar
Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan

Makan Lewat Malam
Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah
Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal. My choice of course le ESP Shaklee :)

Makan Ketika Tertekan/StressKetika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilangkan stress. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stress, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti senaman. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik

2) Tabiat Pengambilan Air Minuman

Kurang minum air putih
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum. Seseorang yang kurang minum air masak juga akan cenderung selalu berasa lapar.

Pengambilan air soda
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang
Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa.

3) Gaya Hidup

Kurang tidur
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan

Malas Bersenam
Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan , tetapi mungkin sukar mengecilkan bahagian-bahagian tertentu seperti pingul anda yang berlemak tanpa senaman.

Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti.
Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi
Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat.Credit
 
So, macam mana, senang tak nak kuruskan badan?
Ubah tabiat pemakanan, tabiat pengambilan air dan gaya hidup, 3 je kan :)
 
 
Nampak mudah, tapi sebenarnya tak semudah yang disangka.
 
Kalau nak cuba supplement Shaklee untuk membantu anda kurangkan berat badan secara sihat dan semulajadi, jangan-jangan segan contact saya ya. Jika diamalkan dengan betul, konsisten dan amalkan tips-tips yang diberikan, pasti anda akan mendapat hasil yang positif.
 
 
 
KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: