Walaupun semakin ramai yang mengenali dan jatuh cinta dengan Shaklee sekarang, mungkin ramai yang masih belum mengenali sejarah dan latar belakang produk Shaklee. So, entry kali ni, khas untuk anda semua pengguna-pengguna Shaklee dan juga anda semua yang baru berkenalan dengan Shaklee. Tak kenal maka tak cinta betul tak :)
Shaklee bukan dicipta tahun lepas, tapi ia bermula sejak 100 tahun yang lalu, di mana Dr Forrest Shaklee telah mencipta multivitamin pertama di dunia iaitu VITAlized MINeral pada tahun 1915! Kalau anda nak tahu, perkataan 'VITAMIN' yang kita gunakan sekarang juga adalah berasal dari VITAlized MINeral (multivitamin Shaklee yang kini dikenali sebagai Vitalea).
Syarikat Shaklee sendiri ditubuhkan pada 1956.
Kemudian pada tahun 1960, pencuci yang boleh di-biodegrasi pertama, iaitu Basic-H telah dicipta.
Pada tahun itu juga ESP telah dihasilkan. Vitamin C Shaklee, dihasilkan pada tahun 1981. Itulah serba sedikit tentang sejarah produk Shaklee.
Inilah gambar terkini barisan saintis Shaklee di ibu pejabat Shaklee Corporation di Pleasanton, California. Mereka lah yang terlibat dalam menjayakan ujikaji klinikal,kajian (R&D) utk produk baru dan lama.
Beberapa fakta ringkas:
- Shaklee telah berada selama 55tahun dalam pasaran suplemen
- Shaklee memastikan setiap bahan baru menjalani ujian supaya bebas dari lebih 350 bahan berbahaya
- Shaklee menjalankan lebih dari 100ribu ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan tahap tertinggi dan tahap kualiti tertinggi
- Dari segi pelaburan, Shaklee melaburkan 250juta USD setiap tahun untuk ujian klinikal,kajian dan pembangunan (R&D)
Shaklee bukan saja pemakanan tambahan untuk seisi keluarga, untuk kesihatan dan kecantikan, malah ia telah memperkasa perwira hebat di seluruh dunia:
1983 – rakyat Amerika pertama mendaki Everest tanpa oksigen, dibekalkan dengan nutrisi Shaklee
1986 – Pesawat voyager yang dipandu tanpa henti mengelilingi dunia, dipandu oleh Dick Rutan dan Jeana Yeager yang diperkasakan oleh Shaklee.
1986 – Shaklee memperkasakan penjelajah Kutub Will Steger.
1987 – Jacques Cousteau and the Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk pencuci yang mesra alam.
1989 – Shaklee menganjurkan penamanan 1 juta pokok di Asia.
1991 – Shaklee dipilih oleh Biosphere 2, sebuah pusat penyelidikan sains untuk digunakan di pusat mereka.
1993 – Angkasawan NASA menggunakan AstroAide (Performance Drink, Vitalizer) sebagai peneman ke angkasa lepas.
Selain itu, Shaklee juga menjadi pilihan atlet-atlet Olimpik. Lain kali saya sambung dengan kisah para pemenang pingat emas Olimpik pula ya.
Saya ni jenis particular sikit bab-bab makanan ni, maklumlah benda nak masuk ke mulut, jadi darah daging kita. U are what u eat, badan nak pakai lama, so kenala jaga sebaiknya kan.
Mulanya dulu saya suka dan yakin dengan Shaklee ni, sebab bahan-bahannya yang semulajadi tanpa sebarang pewarna, pemanis, pengawet tiruan, dijamin selamat terutamanya untuk jangka masa panjang. Tapi bila dah semakin mengenali Shaklee, merasai dan menyaksikan sendiri kehebatan produk Shaklee ni, makin lama semakin YAKIN dan SAYANG dengan Shaklee ni.
Akhir kata, jangan berkira-kira atau takut nak makan vitamin. Yang perlu anda takut adalah macam mana keadaan diri anda, tahap kesihatan anda 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, 30 tahun akan datang. Jangan menyesal sebab tak makan suplemen. Kalau nasi dah jadi bubur, tiada guna menyesal yer... :)
Credit
1 comment:
Hai haiii cik jattt balas kunjungannnn :D
Post a Comment