Tuesday, 4 August 2015

Kelebihan Dan Seronoknya Bekerja Dari Rumah (WAHM)


"Sayang nak hadiah apa untuk birthday?"
Tiba-tiba cik abang tanya hari tu.
Jawapan saya... "Hmm, abang belanja makan jer la nanti, sayang dengan anak-anak."

Honestly, saya takde apa-apa pun nak minta. Takde apa yang saya rasa saya perlu buat masa ni, so buat apa nak membazir kan.
Cik abang saya pun bukannya jenis yang suka buat surprise macam kisah balut handphone dalam bungkus nasi lemak tu. Hihihi.
Takpe, cik abang baru jer belikan saya handphone baru hari tu, so kira advanced birthday present la kan.

By the way, 24 July 2015 yang lepas, genaplah usia saya 34 tahun. Yerrr, akak dah 34 tahun dik, siapa cakap akak 24 tahun. Ecehh..

Alhamdulillah, pada usia 34 tahun, saya berpeluang menjadi sorang ibu yang bekerja dari rumah, yang menjalankan online business secara full time. Suatu perkara yang dulunya tak pernah saya jangka saya akan buat sebenarnya. Betapa indahnya aturan Allah, inilah jalan yang saya pilih sekarang, jalan yang sentiasa saya impikan setelah bergelar seorang ibu dan saya yakin inilah jalan yang terbaik untuk saya sekeluarga.

Dah lebih kurang setahun setengah rupanya saya menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah, atau istilah yang glamour sekarang, WAHM (work at home mother). Boleh baca di sini ya bagaimana perjalanan saya dari seorang Senior Engineer di salah sebuah multinational company, kini menjadi seorang work at home mother (WAHM).

Tak dinafikan, bekerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabarannya yang tersendiri kerana di samping menguruskan business, saya juga perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak dalam masa yang sama. Jadi, kena pandai-pandai bahagikan masa. If nak compare kan, saya rasa bekerja dari rumah ni lebih penat dan sibuk sebenarnya berbanding waktu saya bekerja makan gaji dulu. Hihihi...


Tapi, kalau tanya saya, best tak jadi WAHM, mesti la saya jawab BEST SANGAT!
Banyak sangat kelebihannya bekerja dari rumah ni. Meh saya kongsi sikit apa yang best sangat tu:)

1. Seronok dapat luangkan lebih masa dengan anak-anak

Sebab utama kenapa saya nak sangat bekerja dari rumah adalah supaya saya dapat sentiasa bersama anak-anak dan dapat meluangkan lebih masa yang berkualiti dengan anak-anak. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai, dan kalau boleh, saya tak nak rasa ralat bila sedar-sedar anak-anak dah besar, padahal tak banyak masa yang saya luangkan dengan anak-anak, dan saya mungkin akan terlepas banyak momen yang penting ketika anak-anak membesar.

Kalau difikirkan balik, dulu, seawal 6.40 pagi kami dah terpaksa keluar rumah untuk hantar anak-anak ke nursery, lepas tu, hampir pukul 7 malam baru sampai rumah dengan anak-anak. Balik rumah dah penat, paling lewat pun, pukul 10 malam anak-anak dah kena tidur. Bayangkan, hanya 3 jam sehari saya dapat bersama dengan anak-anak. Sedih sangat rasa.

Sekarang ni, pagi jer Irfan kat kindy, kakak pula dekat sekolah. Petang dah balik school, macam-macam aktiviti boleh buat sama-sama. Boleh sembang-sembang apa yang kakak dengan Irfan buat dekat school, cerita tentang kawan-kawan dan sebagainya. Bagi saya, ini amat bermakna dan lebih bernilai dari segala-galanya. Saya tak mungkin peluang macam ni jika saya masih bekerja makan gaji dulu.

Sambil mama buat kerja, sambil anak-anak belajar

2. Dapat masak sendiri hari-hari dan makan bersama

Dulu time bekerja makan gaji, memang jarang sangat masak sendiri. Hari bekerja memang tak la. Balik kerja pun dah lewat. Asyik beli jer la kerjanya. Bukannya sedap mana pun, tapi dah lewat tu kadang malas pulak nak masak. Lagipun anak-anak dah kenyang makan kat nursery, saya dengan cik abang jer la kadang-kadang rasa nak makan. So macam leceh pulak rasa nak masak kalau setakat 2 orang makan. Weekend kadang-kadang masak, kadang-kadang makan luar. Memang suci jer dapur tak berasap. Hihihi.

Sekarang ni, hahh, hari-hari bersilat kat dapur. Lunch pun cik abang balik makan kat rumah sama-sama. Aktiviti makan kat luar time weekend pun dah jarang sangat sekarang. Rasa syok pulak bila masak sendiri. Lagipun cik abang saya ni memang tak suka sangat makan kat luar sebenarnya, walau sesimple mana pun saya masak, dia prefer makan kat rumah.

Masak kat rumah ni, lagi puas hati sebenarnya. Kebersihan terjamin, pastu kita yang masak kan, jadi kita boleh control apa yang kita nak guna. Kalau makan kat luar, kebersihan belum tentu terjamin, kat dalam tu, entah apa-apa bahan tambahan atau perasa yang dia letak pun kita tak tau kan. Lagi satu, bila dah masak sendiri ni, jimat pun jimat. Yang penting, air tangan sendiri, kasih sayang sesama keluarga pun bertambah erat. Cik abang siap cakap, sekarang ni kalau masak bagi orang makan pun tak malu la. Adehh, sadis betul. Nampak sangat dulu masak tak sedap. Hihihi.
 Hari-hari, memang tak miss la masak untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.
Kadang-kadang simple jer, sandwich jer pun. 
Takpe, yang penting, kita buat sendiri untuk anak-anak bawa ke sekolah

3. Masa yang fleksibel

Nama pun bekerja sendiri kan, tak perlu nak minta cuti kalau ada apa-apa hal. Nak pergi ke mana-mana pun senang. Tak perlu nak pening-pening fikir cuti tak cukup ke, terpaksa ambil cuti tanpa gaji ke, cuti tak approve ke. If ada emergency tiba-tiba, tak perlu susah-susah nak minta time off ke apa ke nak minta keluar.

Dan lagi satu the beauty of online business ni, bercuti pun business tetap jalan. Kedai tak pernah tutup, semuanya di hujung jari jer :)

 Petang-petang, boleh bawa anak-anak exercise sekejap kat playground :)

4. Bebas

Tak terikat dengan bos..
Tak terikat dengan peraturan syarikat..
Tak terikat dengan waktu bekerja yang tetap.
Nama pun bekerja di rumah, nak pakai apa pun boleh. Sambil tempek bedak sejuk kat muka pun boleh buat kerja. Sambil masak pun boleh consult cutomer.
Sambil ajar anak buat homework pun boleh update blog.
Sambil kemas rumah pun boleh selit-selit reply customer.
Bebas! Kita yang tentukan cara kita bekerja, bila kita nak bekerja dan bagaimana kita nak bekerja.

Orang lain sibuk bekerja, mak budak ni sibuk bawak anak-anak berjalan
Sambil berjalan pun macam biasa la, business on jugak, kata online :)

Best best juga.
Tapi, jangan pula bayangkan, menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah ni duduk rumah goyang kaki, jaga anak, duit masuk berkepuk-kepuk.
Perlu disiplin dan fokus ya, jangan sampai tersasar dari matlamat sebenar.

Pasti ramai ibu di luar sana yang juga impikan untuk bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak.
Saya doakan anda juga berjaya suatu hari nanti.
Impian dah ada, yang penting mulakan and GO FOR it.
If u dream for it, believe it and achieve it!
Jika ada yang berminat untuk sama-sama berjaya dalam online business Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya ya. InsyaAllah saya akan tunjukkan jalannya. Yang penting adalah semangat dan usaha anda :)

No comments: