Monday, 24 August 2015

Resepi Apam Polkadot Yang Mudah, Sedap Dan Gebu


Assalamualaikum

Salam hari Isnin :)

Sekejap jer rasa weekend habis kan. So, apa aktiviti weekend korang ye.
Kami balik Alor Setar, rumah my parents. Kalau dah balik kampung ni, macam biasalah, asyik makan, makan, makan. Tak mampu nak tolak air tangan mak, sedap sangat. Hihihi.

Antara aktiviti yang saya suka buat dengan anak-anak bila balik rumah my parents ni, adalah aktiviti baking. Sebabnya, segala bahan dan alatan semua ada. Anytime je boleh buat. If nak buat kat rumah sendiri, bahan dan alatan pun tak berapa nak cukup. Bila nak beli asyik terlupa, last-last tak jadi buat.

Kebetulan kakak request nak makan Apam Polkadot. Dah bahan semua ada, buat jer la kan. Ni actually second time saya buat Apam Polkadot ni. Senang jer rupanya nak buat, bahan semua pun yang biasa-biasa je, takdelah susah nak cari. Lagipun boleh sama-sama buat dengan anak-anak, diorang pun happy.

Waktu first time buat hari tu, memang laju jer la kakak dengan Irfan makan.
Kakak and Irfan cakap "Sedap sangat-sangat."
My sister pun cakap sedap. Dia cakap gebu, yang orang buat jual pun tak gebu macam tu.

Kira jadi la kan kalau comment macam tu:)


So, meh saya nak kongsikan resepi apam polkadot yang mudah, sedap dan gebu ni.
Gerenti jadi la walaupun first time buat.

Resepi Apam Polkadot Yang Mudah, Sedap Dan Gebu

Bahan-bahan

140g tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 sudu teh ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa (mengikut citarasa masing-masing)
Sedikit pewarna hijau, merah, kuning (mengikut citarasa masing-masing)
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkah

1. Pukul telur dan gula halus sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu.
3. Selepas itu, masukkan ovelette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nampak kembang dan gebu. 
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. 
5. Masukkan setiap warna dalam piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukkan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak. Gunakan api yang sederhana untuk elakkan apam merekah.

Adunan yang dah siap dipukul hingga kembang dan gebu

 First time buat hari tu, kitorang letak pewarna sikit je, colour pun nampak tak menarik sangat
Kali ni letak lebih sikit, barulah nampak ceria & menyerlah

First time buat hari tu kitorang tak letak filling.
Kali ni letak jem strawberry untuk filling.
Nampak sejemput kecik tu. Nak letak lebih takut manis sangat.
Tapi rupanya kena letak lebih banyak, baru sedap. 
Ok, next time

Beriya kakak dengan Irfan melukis. Macam-macam corak ada

Taraaa!!!
Siap. Ready to eat
Kalau tengok ke rupanya, memang tak bole la nak jual.
Tapi bila pegang, suap dalam mulut... Fuhhh
Memang lembut, gebu, sedap.
Hari ni kakak siap bawa bekal Apam Polkadot ni pergi school.
Kawan kakak cakap "Sedap sangat-sangat."

Selamat mencuba..
Senang sangat nak buat. Bukan takat anak-anak suka makan, bila buat sama-sama dengan anak-anak, memang diorang akan happy tau. Boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti kita dengan anak-anak :)

No comments: