Sunday 9 August 2015

6 Cara Hilangkan Jerawat Bernanah Dan Parut Dalam 1 Minggu !


Kulit saya ni kalau silap sikit, mula la tiba-tiba naik jerawat.
Memandangkan kulit saya ni jenis yang memang senang naik jerawat, so banyak la pengalaman saya ni ber'eksperiment' cara nak hilangkan jerawat dan parut dengan cepat.

Baru-baru ni, lebih kurang dalam seminggu selepas raya hari tu, tiba-tiba jer naik jerawat besar dan bernanah kat kedua-dua belah pipi saya. Yang stress nya tu, bukan sebijik dua, tapi ada la 3@4 biji kut kat kedua-dua belah pipi. Actually, semenjak saya amalkan supplements Shaklee, dah lama sebenarnya saya tak kena serangan jerawat macam ni. Cuma kadang-kadang tu jer la, bila nak datang period, ada la naik sebiji dua.

Salah sendiri juga sebenarnya ni. Kata raya, maklum saja la kan. Makan, minum segala macam, dengan duriannya lagi, pastu minum air masak kurang. Jadual makan supplements pun dah haru-baru. ESP memang tak ambil langsung la, sebab tak bawa balik kampung. Dengan period yang nak datang lagi time tu. Hahh, macam mana la jerawat tak naik bertempek-tempek.

Kalau dulu naik jerawat bertempek-tempek macam tu, memang down gile wehh. Rasa macam tak mau keluar rumah jumpa orang langsung. Ingat lagi dulu, pernah la tempek ubat jerawat beli dekat Watson kalau tak silap, dengan harapan bangun pagi jerawat dah hilang. Tapi, malangnya, overdose ke, tak sesuai ke, tak tahu lah. Habis merah-merah kulit, pedih pulak tu. Jerawat tak hilang, makin serius lagi ada la. Pastu ada juga pernah terbaca kat internet, petua tempek kulit kayu manis bagi parut cepat hilang. Apa lagi, test la. Hambik. Habis merah-merah pastu jadi tompok-tompok hitam kat muka. Sampai kena jumpa doktor kulit nak pulihkan balik.


Itula serba sedikit antara experiment yang saya pernah cuba dulu untuk hilangkan jerawat dan parut dengan cepat. Sekarang ni, aktiviti experiment ni masih lagi diteruskan, cumanya sekarang  semuanya saya guna product Shaklee la. Dan so far, hasilnya tak pernah mengecewakan langsung malah amat memberangsangkan.

6 Cara Hilangkan Jerawat Bernanah Dan Parut Dalam 1 Minggu 

Saya tak ambil gambar time muka banyak jerawat lepas raya hari tu, takde mood pula nak bergambar bila muka banyak jerawat. Jerawat tu lebih kurang macam ni la, ada yang besar macam ni, ada yang kecik jer.


So, entry kali ni, saya nak berkongsi tentang cara saya hilangkan jerawat bernanah dan parut dengan cepat, dan dalam kes saya baru-baru ni, Alhamdulillah dalam masa seminggu dah hilang!

1. Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Sangat penting. Gunakan pencuci muka yang lembut dan tidak merosakkan kulit anda. Jangan gosok terlalu kuat especially kat bahagian jerawat tu yer, sebab nanti luka pula. Gunakan tuala yang bersih untuk lap muka, seeloknya jangan guna tuala yang kita guna untuk badan tu. Asingkan tuala kecil khas untuk lap muka jer.

2. Elakkan pakai make-up

Nasib baik saya bukan jenis yang pakai make-up. So, jerawat ada ke, takde ke, memang tak pakai make-up pun. Hakikatnya memang teringin, tapi malas, tak pandai and rasa leceh.
Takde maknanya kan pakai make-up semata-mata nak tutup jerawat. Sementara jer buat apa, nanti lepas dah cuci make-up tu, terserlah balik jerawat tu. Entah-entah makin teruk lagi sebab make-up ni buatkan kulit kita tak boleh bernafas, liang pori tertutup. Baik pulun bagi clear jerawat dulu, lepas tu kalau yang nak make-up pun, baru la cantik kan. Make-up ni musuh utama jerawat, bukan geng :)

3. Jangan picit jerawat

Ada orang memang jenis yang gatal tangan, mesti rasa nak picit jerawat. Nehi nehi nehi. Kalau dipicit, nanti nanah tu pecah, ada harapan la jerawat tu berjangkit kat bahagian lain pulak. Pastu, kan dah luka, bila dah luka, parut pun mungkin ambil masa sikit nak hilang. Lagi satu... ishh, tak sakit ke picit jerawat?

4. Jaga pemakanan

Biasanya, kalau orang yang ada masalah jerawat ni, dia dah tau dah apa makanan yang bila dia makan, jerawat akan mula naik. So, kalau dah tau tu, elakkan la yer buat sementara waktu supaya jerawat baru tak bertambah naik. Macam saya sendiri, kalau saya minum susu, makan makanan yang berunsurkan susu, coklat dan kacang memang alamat bertambah-tambah la jerawat naik. Sesetengah orang, mungkin kena elakkan makanan yang pedas, minuman manis, makanan yang berminyak dan berlemak.

5. Minum air masak secukupnya, 2-3 liter sehari

Yang ni macam mana sekalipun alasannya, wajib kena follow :)
Paling minimum, 2 liter sehari. Paling bagus, 3 liter sehari.
Pentingnya air masak ni, supaya kulit kekal lembap, buang toksin berlebihna dan juga supaya segala zat atau nutrien di dalam makanan/supplements menyerap lebih sempurna dalam badan.

6. Konsisten ambil supplement

Honestly, pengambilan supplement adalah penyelamat utama saya untuk hilngkan parut dan jerawat dengan cepat dan berkesan.

Pilihan saya, of course la supplement Shaklee yang semulajadi, berkesan dan selamat. Ramai yang selalu tanya saya, supplement apa yang saya amalkan. Banyak sebenarnya produk Shaklee yang saya ambil, tapi saya takla ambil semuanya hari-hari. Ada yang saya ambil bila perlu jer, ikut keperluan.
Dan untuk kes saya hilangkan jerawat dan parut dalam masa 1 minggu ni, yang paling banyak membantu adalah GLA Complex, Vitamin E, ESP dan Shaklee Collagen Powder. Amalkan dengan betul dan konsisen, bukan setakat makan tau, saya tempek sekali dekat muka untuk kesan yang lebih bagus.

Shaklee Collagen Powder ni, kalau bancuh dengan ESP, lagi bagus hasilnya
Hari-hari biasa, saya biasanya ambil ESP jer. 
Tapi once a while saya akan ambil sekali Shaklee Collagen Powder ni.
Kalau nak cantik express, atau time2 emergency naik jerawat banyak tiba-tiba ni, memang saya akan ambil Shaklee Collagen Powder ni sebab kesannya memang cepat, EXPRESS

 Yang ni semua senang, telan jer
 
Hasilnya.... taraaaaa...
Back to normal. Ni gambar last week.
Jerawat betul-betul clear time ni, parut ada la sikit-sikit lagi, cuma bila pakai bedak, memang tak nampak pun :)

Me dengan my daughter nak keluar beraya ni
Bayangkan seminggu sebeum tu, kiri dan kanan pipi ada 3@4 biji jerawat merah bernanah :)

So, anda yang ada masalah jerawat tu, relax k. Jangan panik, jangan terlalu stress atau down.
Jangan jadi macam saya dulu, sampai nak keluar rumah pun tak nak sebab muka banyak jerawat. Hihi.
Semua masalah ada penyelesaiannya, selagi kita ikhtiar dan doa, insyaAllah.

If yang berminat untuk mencuba produk Shaklee, jangan segan-segan contact saya untuk konsultasi k. 

Teringat kata-kata seorang kawan saya..

"Buat apa pakai tudung berpuluh beratus ringgit kalau muka banyak masalah. Muka kalau licin berseri, pakai tudung sepuluh ringgit pun cantik jugak"
Betui jugak, baik spend duit bagi kulit cun.. 
Hati pun tenang, takde la stress hari-hari tengok muka sendiri :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

3 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum .
Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
Jerawat yang kronik dan serius boleh mengurangkan keyakinan diri kita.Baca Tips Mengatasi Masalah Jerawat Berdasarkan Pengalaman Penulis Ini Sendiri. .Jangan risau, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Kuncinya ialah sabar dan konsisten .

puterikemasul.blogsport.com said...

terima kasih atas ilmu ini..nk try lah

Unknown said...

Agak2 klau jrawat brnanah ni ape yg xle makan ehh,da dkat 2buln ni x hilg2😔nk kuar rumh pon malu gileee