Assalamualaikum semua...
Entry ni terperam dalam draft pulak, patutnya publish semalam..
Kisah weekend baru ni sebenarnya...
Recently, lepas raya hari tu, bila time weekend, mostly saya just spend masa dengan anak-anak kat rumah je, sebab cik abang kena kerja. Memang riuh-rendah la rumah macam tongkang pecah, sekejap main sekejap gaduh. Pastu asyik tanya, mama mama, kita tak pergi mana-mana ke. Maklumlah, asal weekend je biasanya kitorang kalau tak balik kampung, ada jer la aktiviti kat luar.
So, weekend baru ni, cik abang dah free, kitorang plan la nak bawa kakak dengan Irfan pergi exercise, jogging and main-main kat playground. Nasib baik kat Penang ni ada Youth Park, taman rekreasi yang besar, cantik dan bersih. Memang port kitorang la kalau takde apa-apa hal.
Sabtu ada open house dekat school Irfan, so Ahad kitorang pergi Youth Park tu. Sesuai sangat la kan, dah makan besar Sabtu tu, kena la bakar segala lemak dan kalori supaya takde la mendap dalam badan. Open house school Irfan tu meriah sangat, full house! Kakak dulu pun 2 years kat situ, malu-malu kakak bila jumpa balik semua teachers.
Saya pun actually dah lama tak jumpa semua teachers. Kalau dulu time still kerja, memang hari-hari jumpa waktu hantar kakak dengan Irfan. Tapi sekarang, cik abang je yang hantar Irfan. Nasib baik waktu jumpa hari tu semua masih kenal lagi. Tapi malu-malu sikit la bila principal tu puji-puji nampak makin cantik, kulit pun makin cerah. Ecehhh... series ai malu kalau orang puji depan-depan ni. Terkedu terus tak tau nak cakap apa. Pikir-pikir balik, awat la yang tak p cerita pasai makan Shaklee, tu yang makin cantik tu. Hihihi...
Kat open house tu tak ambil gambar sangat. Actually plan nak ambil gambar kakak and Irfan dengan teachers, tapi hajat tak kesampaian. Terkedu punya pasal, hilang ingatan terus.. :)
Irfan punyala awal siap
Excited nak pergi, siap bersampin bagai. Tinggal songkok je takde sebab mama tertinggal kat rumah mak tok. Kalau tak, complete!
Kita teman ayah dulu sat naaa sebelum p open house...
Ayah nak buat alignment tayar sat.
Berbaju raya kita kat workshop
Ni dah last dish dah ni, segala macam kuih raya ada
Almond London la, biskut cornflakes la, kek la, ada la biskut apa ntah lagi
Dah makan macam-macam, kita bakor la apa yang patut ye anak-anak
Ready!
Warm up. Aktiviti panjat-memanjat
Gigih!
Yang ni macam biasa, masing-masing halfway je
Mama.. what are u doing?
Mama tak exercise?
Mama warm up sikit-sikit je dah ok.
Mama kan instructor :)
Gaya irfan jogging mengalahkan sprinter 100 meter. Hihi
Irfan beriya... :)
Bila nak balik jer, memang kadang-kadang mencabar sikit nak ajak kakak and irfan balik.
Masing-masing dah syok main kan.
So, skill memujuk kena ada.
Mula2 sekali, bila si ayah dah cakap ajak balik, saya akan cakap kat anak-anak, pilih salah satu yang mana nak main. Last one. Then lepas dah main yang last tu, ayah akan belanja kita makan aiskrim sambil relax-relax.
Cara ni selalunya berjaya la... :)
No comments:
Post a Comment