Monday, 3 August 2015

Tips Dan Panduan Memilih Taska Yang Terbaik


Semalam punyalah excited Irfan balik dari school, beriya tunjuk kat mama script dari teacher. Script berlakon untuk graduation day hujung tahun ni. Cepatnya masa berlalu, dah nak graduate dah anak manja mama. Ni baru graduate kindergarten, pun mama dah rasa sebak semacam. Last year kakak, this year Irfan pulak.

Ok, back to the graduation day story, lambat lagi sebenarnya, biasanya dalam bulan October macam tu. Tapi, teacher dekat kindy my kids ni memang akan prepare awal. Maklumlah, nak kena practice berlakon, menari, menyanyi bagai. And the outcome, bergenang la air mata parents tengok anak masing-masing atas stage nanti.

Last year, tema Frozen and kakak berlakon jadi Anna. A few days je kakak dah boleh hafal script, and it turned out very well waktu atas stage tu. Very proud of kakak. This year, classic sikit. Tema cerita Puteri Gunung Ledang and Irfan jadi Hang Tuah. Fuyyoo. Dah terbayang-bayang Irfan berlakon pakai tanjak ni. Hopefully Irfan berjaya hafal semua within this week juga, so takdela melepas kat budak lain. Hihihi. We will go for it Irfan! Hari-hari kita akan practice sama-sama. Mama jadi Nenek Kebayan and Puteri Gunung Ledang naaa.

Irfan since 4 years old dah start masuk kindergarten ni, start masa saya masih bekerja dulu. Dulu hantar full day, day care, tapi sekarang ni dah bekerja dari rumah (WAHM), makanya hantar half day je la. Alhamdulillah, memang puas hati sangat dengan taska ni, sebab tu tak tukar-tukar sampai 3 tahun. Bukan senang nak cari taska atau kindergarten yang betul-betul memenuhi kriteria ni.


Irfan and kakak memang dari baby lagi saya terpaksa hantar day care/taska, maklumlah dulu bekerja, keluar rumah awal pagi balik dah lewat petang. Sebelum ni taska lain, kiranya taska ni taska yang kedua.

Ada juga yang bertanya saya, kenapa tak hantar pengasuh saja?

4 sebab kenapa saya prefer untuk hantar ke taska berbanding pengasuh
  1. Tugas taska 100% untuk menjaga bayi/anak. Berbeza dengan pengasuh yang mempunyai banyak kerja lain untuk dibuat di rumahnya. Potensi untuk bayi ditinggalkan bersendirian adalah lebih tinggi berbanding di taska.
  2. Taska mempunyai jadual cuti dan biasanya akan mengikut cuti umum yang biasa. Pengasuh boleh je nak pergi becuti bila-bila masa.
  3. Kakitangan taska mengikut ratio 1 penjaga 5 bayi (paling maksimum). Pengasuh boleh saja nak jaga ramai2 bayi, toddler dan kanak-kanak.
  4. Taska mempunyai sistem dan program tertentu.
Walaubagaimana pun, tak boleh sebarang hantar juga taska ni. Kita kena check betul-betul sebelum hantar ya supaya tak berlaku sebarang kejadian yang tak diingini. Berikut saya kongsikan 12 tips dan panduan memilih taska terbaik untuk anak-anak kita.

12 Tips Dan Panduan Memilih Taska Terbaik
  1. Membuat research sendiri.
  2. Pastikan taska tersebut adalah yang berdaftar dengan JKM – jumpa pengusaha taska dan minta dia tunjukkan sijil & dokumen berkenaan.
  3. Bertanya dan mengambil testimonial dari mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.
  4. Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga
  5. Kebersihan dan susunatur perabot yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak – masuk sendiri untuk tengok keadaan dalam taska.
  6. Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
  7. Makanan yang disediakan adalah yang berkhasiat.
  8. Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
  9. Program yang dilaksanakan sesuai untuk perkembangan bayi.
  10. Taska yang mementingkan nilai-nilai moral dan Islamik.
  11. Akhlak dan tatacara penjaga di taska hendaklah baik.
  12. Taska yang ‘membantu’ kita memberikan yang terbaik untuk anak, misalnya pro-breastfeeding. 
Sekiranya bila kita dah hantar anak-anak kita, dan tiba-tiba kita dapati ada something wrong terhadap anak sepanjang ditinggalkan, tak perlu tunggu lama-lama, tukarkan saja ke taska lain. Mungkin dalam keadaan terdesak dah tak sempat nak cari-cari taska mana yang bagus, oleh itu SANGAT PENTING untuk membuat research seawal mungkin sebelum hantar anak.

Janganlah berkira kalau nak research yang terbaik untuk anak, ingatlah taska adalah rumah kedua mereka, jadikanlah tempat tu betul-betul sebagai TAMAN bukan NERAKA DUNIA bagi si comel kita.
    By the way, ni script Irfan nak berlakon jadi Hang Tauh nanti.
    Rasanya kertas script ni bakal menjadi 'belacan' dalam masa tak sampai sehari.
    Tu tandanya Irfan beriya practice :)

No comments: