Friday, 28 August 2015
10 Tips Dan Cara Menjaga Rahim Dari Pakar
Saya terbaca satu artikel yang menarik dari blog Dr Hamid Arshat, seorang pakar kesuburan yang terkenal.
Artikel yang saya rasa amat penting dan bermanfaat utuk semua wanita.
Jom sama-sama kita baca.
10 Tips Dan Cara Menjaga Rahim
Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.
Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi.
Mudah-mudahan tips-tips menjaga rahim berikut dapat membersi manfaat utuk semua wanita.
1. Genetik / keturunan
Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga - ibu, nenek, ibu saudara, adik-beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab.
Jadi, elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari persekitaran.
2. Kahwin awal
Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal dalam umur muda boleh mencegah dari ketumbuhan fibroids dan adenomyosis.
Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Lepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan.
Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
3. Gangguan hormon
Rahim sangat2 dipengaruhi dengan dua hormon wanita - estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salurdarah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua hormone perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.
4. Stress
Faktor2 yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor2 ialah tekanan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohaidret, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan.
Tangani dan kawal semua jenis stress.
5. Penjagaan dari kanak-kanak
Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak2. Sering anak2 perempuan dijangkiti kuman diluar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.
Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak2 perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen2 tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.
6. Berat badan berlebihan
Kegemukan perlu dikawal dari umor kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak2 terlalu minat makan junk dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang.
Remaja mula dilanda kegemukan bila berlajar disekolah2, kolej2 dan universiti berasrama. Mereka makan terlalu banyak makan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.
Bermula disini gangguan haid berlaku - samada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul2 atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
7. Menjaga kehormatan
Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
8. Amalan rohani
Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau 'datang kotor', 'datang bulan'. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid 'tumpah / melempah' kebelakang rahim. Fenomina tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.
Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
9. Menjaga pemakanan
Banyak makanan2 yang membantu dalam jagaan rahim diantaranya nanas yang mengandungi enzim bromalin dan papaya yang mengadungi enzim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor dibelakang rahim.
Makanan2 tradisi sudah dilupakan. Keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan2 anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, karot, brokoli , taugeh dan lain2.
Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, epal, nenas, betik, buah naga dan lain2.
Makan pelbagai kacang saperti peanut, gajus, almond, walnut dan lain2. Baik juga dimakan bersama2 kismis dan kurma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain2.
Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit.
Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.
10. Pengambilan supplements
Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) , kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Thanks for reading!
Semoga bermanfaat ya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment