Sunday, 23 August 2015

Tips Pemakanan Dan Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Menyusu


Kebanyakan ibu-ibu menganggap vitamin dan mineral cuma penting tatkala hamil. Selepas itu, ia tidak diperlukan lagi. Anggapan ini ternyata salah sebenarnya.

Jom saya kongsikan sebuah artikel yang menarik dari PaMa tentang kepentingan vitamin dan mineral untuk ibu menyusu.

Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang dikunjungi lazimnya membekalkan vitamin seperti multivitamin dan asid folik. Mahu tidak mahu, ibu-ibu perlu mengambil bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan. Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi. Hal ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif.

Kepentingan Vitamin dan Mineral Untuk Ibu Menyusu

Faktanya, bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama supplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.


Ramai yang menganggap keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakkan amaun susu ibu. Tanggapan ini pun salah. Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat.

Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan pelbagai jenis supplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan supplemen ini diabaikan. Sama seperti ketika hamil, supplemen turut penting untuk anda membesarkan si manja.

Panduan Pemakanan Ibu Menyusu

Mungkin agak sukar untuk anda makan dengan baik selepas tempoh kehamilan. Namun, panduan ini mungkin dapat memotivasikan anda untuk berusaha menjaga pemakanan seharian.

Setiap hari, anda perlukan
  • 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • 2-3 hidangan protein seperti daging tidak berlemak dan kekacang
  • 6-7 hidangan karbohidrat seperti nasi, bijirin dan pasta
  • 8-12 gelas air sehari
Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil supplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah
  • omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bay
  • kalsium yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat
  • vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink dan magnesium. 



Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar ibu-ibu makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu. Ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.


Klik sini untuk info lanjut vitamin ibu menyusu

No comments: