Saturday, 29 August 2015

9 Checklist Punca Susu Ibu Kurang


Assalamualaikum

Antara perkara yang selalu merisaukan dan membuatkan ibu-ibu stress adalah tentang masalah susu ibu yang kurang.

Ini adalah satu perkara biasa yang berlaku dan agak normal apabila ibu kerap merasa susunya kurang dan mempersoalkan sama ada susunya mencukupi atau tidak. Untuk menjayakan perjalanan penyusuan susu ibu selama 2 tahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan pertama memang menuntut kesabaran yang tinggi dan usaha serta doa yang tidak putus-putus.

Adakah betul bahawa susu anda tidak cukup? Jika ya, jom kita tengok checklist dibawah, mengapa susu ibu kurang.


1. Pam berkeadaan baik atau tidak?

Pastikan berkeadaan baik. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik.

2. Rutin mengepam konsisten atau tidak? 

Penghasilan susu berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong. Pastikan anda mengepam secara konsisten setiap 2-3 jam sekali.

3. Bayi sudah mula makan makanan pejal?

Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara.

4. Anda mengambil pil perancang? 

Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu tau. Dapatkan pandangan Doktor anda kerkenaan pil perancang yang tidak mengganggu penyusuan susuibu

5. Datang period? 

Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period. Pastikan anda mengambil kalsium kerana kalsium sebenarnya membantu masalah kemeruduman susu semasa period. Jika susu merudum dengan teruk, amalkan power pumping setiap malam

6. Anda mengandung?

Mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

7. Adalah anda on diet? 

Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu...Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.

8. Adakah anda cukup rehat? Adakah anda berasa stress? 

Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

9. Adakah anda sakit? 

Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Sekarang anda sudah tahu punca susu badan tidak mencukupi.
Stay tune ya.
InsyaAllah selepas ini saya akan berkongsi tentang tanda-tanda susu badan tidak cukup.

Anda mungkin juga berminat dengan 16 Soalan Yang Kerap Ditanya Tentang Penyusuan Susu Ibu dan 7 Makanan Banyakkan Susu Ibu Yang Mudah Dan Terbukti Berkesan

Thanks for reading!
Semoga bermanfaat.

No comments: