Monday, 27 August 2012

Seminggu Beraya : 1st Day Raya 2012

Salam Syawal semua. raya korang macam mana, mesti best kan:) puasnya hati dapat bercuti seminggu raya, bukannya selalu dapat bercuti panjang2 macam tu kan. 

raya tahun ni, first day raya, raya kat rumah parents aku. then second day, baru balik rumah mertua. 3rd day raya, aku ngan anak2 balik rumah parents aku balik, sebab kitorang nak ikut kakak and abang iparku beraya kat kelantan pulak. saja jer ikut, ambik kesempatan bawa anak2 g jalan2. tapi cik abang tak ikut pun, dah kena kerja 4th day raya tu.

first day raya, lepas sembahyang raya dan bersalam-salaman, terus aku ngan familyku keluar beraya. first stop, macam biasa, rumah mak ndak ku yang sangat sangat sangat pandai masak. tiap2 tahun mesti masak sedap2. tahun ni, mak ndak buat nasi tomato and ayam golek yang sangatla sodap hingga menjilat jari. dah habis makan2 and lepak2 situ, kitorang balik pulak rumah mak tok aku kat kampung. ada laksa la pulak, memang la sarat perut aku hari tu. seb baik baju loose:)

tahun ni, tema totap PINK. masalah betul taste aku nih, pilih punya pilih, pikir punya pikir, alih2 PINK jugak yang jadi pilihan hati. boring2. pastu, mimpi apa ntah tiba2 tahun ni pakai dress. sebelum ni, kalau tak baju kurung, baju kebaya, itu je la yang tau. tapi tahun ni tukar selera sikit. seb baik tak pelik aku pakai dress tu.

jom layan gambar pulak. banyak gak gambar aku snap, tapi gambar dengan cik abang and anak2 satu family takde pun. biasala kan, si kecik dua orang tu tak boleh duduk diam. cik abang pulak bukan main susah nak ajak bergambar:)

Irfan baru lepas dapat duit raya dari wan. dah masuk poket dah pun

mak tok dan wan bersama cucu-cucu kesayangan

kakak aku dan cik abe dia, tema hitam tahun ni

adehhh..sayangnya gambar blur. huhuhu

isi perut dulu sebelum keluar beraya

orang lain sibuk ready masuk kereta, aku sibuk berposing. hehehe

favourite spot kakak kat rumah tok ndak

habis sorang sekotak. mama berkotak2:)

cuba teka dress ni aku beli kat mana. rasanya tengok pun dah tau kan:)

ni kat ruamh tok jang pulak

kat luar rumah nenek. seronok lepak sini kena angin luar

ewah2 anak2 mama:)

PEACE!

dah habis beraya hari pertama. on the way balik rumah

Monday, 16 July 2012

Muncul kembali - Cerita pindah rumah dan last date dengan my sister


Salam and hi semua

Lamanya aku menghilangkan diri kan. First of all, thanks kepada semua yang masih sudi singgah di blog aku ni walaupun dah lama sangat tak update. it’s been very hectic for the last few months, for me and my family.

Finally, kami sekeluarga dah pindah ke rumah baru. dah 3 weeks dah pun duduk kat rumah baru ni. Alhamdulillah, memandangkan rumah baru ni dekat jer dengan tempat kerja, pagi2 tak payah la nak rush sangat. kalau terlambat sikit pun still takpe lagi. kalau dulu habisla, confirm sangkut kat bridge.  balik pulak, sampai rumah tak la lewat sangat. sempat la jugak nak buat apa yang patut.

sekarang ni, tinggal nak mengemas jer la. ada lagi barang2 dalam kotak yang belum unpack. slow2 buat:)

rumah lama sekarang dah clear dah. cik abang dah decide nak jual rumah lama tu. sekarang tgh dalam proses cari buyer.

cerita pasal business, Alhamdulillah, dah semakin ramai yang yakin dan puas hati dengan produk F’iena BEAUTY dan VCO. malam2 lepas dah settle semua hal anak2, bermulala activity pack barang untuk customer. walaupun penat, tapi seronok, sebab aku memang suka pun buat benda2 macam2 ni:)

actually entry ni, aku nak share gambar aku bawa anak2 g KL hari tu. agak berkurun jugakla entry ni dok terperam kat draft tu sebenarnya. time ni sajer jer ikut kakak aku, g tengok sekolah baru dia. kakak aku dapat tukar sekolah, kat Setapak. dekat la sikit dengan cik abang dia. lepas ni,  jarangla aku dapat jumpa kakak aku tu. anak2 aku pun mesti terasa mak long dia takde. kalau mak long dia ada, asyik berjalan jer la si kecik dua orang tu, sebab mak long diorang rajin bawa jalan2. actually, mama pun terasa jugak. huhuhu…

anyway, tak banyak sangat pun gambar jalan2 hari tu. takde mood sangat nak bergambar time tu sebab cik p datang. pk2 balik, rasa rugi jer. anyway, layanzzzz…




Monday, 14 May 2012

Makan cendol pulut di Pantai Seagate/Jerejak, Penang

lupa pulak nak update pasal rumah baru keluarga kecikku kat Penang Island tu kan. Alhamdulillah, kunci dah dapat dua minggu lepas. last weekend, adalah sesi membeli apa yang patut yang dipasang kat rumah tu. then, termasukla cat. tema colour rumah aku brown/cream kat living hall and master bedroom. bilik kakak pulak, of couse la PINK kan. bilik irfan pulak, biru.

weekend baru ni, aktiviti cik abang adalah mengecat rumah, dibantu oleh adik iparku. aktiviti aku pulak, g jalan2 shopping. cessss, laki penat2 g cat rumah, bini g shopping. tapi dimaapkan, sebab aku shopping curtain:) actually tak plan pun, sekali mak ngan kakak aku datang dari Alor Setar. then aku ajakla g tengok rumah baru tu, terus g measure saiz curtain. Alhamdulillah, setelah lebih kurang 2 jam macam nak patah kaki  pusing satu Kamdar kat Kompleks Bukit Jambul, at last dapat gak curtain yang berkenan di hati. senang betul beli kat situ, pilih jer mana2 kain, then boleh terus tempah kat situ. settle satu bab, lepas 2 minggu dah boleh g ambik. nanti bila dah siap, aku share gambar k:)

lepas jer habis beli curtain, masing2 dah kering tekak. then abang ipar aku ajak g makan cendol kat area Pantai Seagate, berhadapan dengan Pulau Jerejak tu. actually akupun tak tau tempat tu panggil apa, tapi orang selalu cakap Pantai Seagate la. best la lepak2 kat situ, makan cendol pulut sambil kena angin laut, relax jer.

 kesian kakak, letih teman mama cari curtain

 jom pekena cendol pulut!

 hidangan wajib kalau lepak tepi laut or pantai

beriya Irfan makan kopok lekor

kakakku yang cute:)

makan bawah jala:)

Irfan tetap dengan kopok lekornya

sesi merendam kaki sebelum balik