Friday, 30 September 2011

Testimonial 2 Part 1 : F'iena Beauty - Rice Milk Whitening Set. Pengalaman cik jatt. Susahnya nak cari produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka sensitif dan berjerawat ni

tak semua orang dilahirkan dengan kulit yang cantik dan halus mulus tanpa sebarang benda2 yang tak diingini kat muka. pastu, pakai apa pun it’s ok it’s alright, maintain jer. memang bertuah betul golongan yang macam ni kan. yang pasti, aku tak termasuk dalam golongan tu:(

orang cakap zaman remaja time sekolah tu la kulit banyak naik jerawat. aku ni, tak pulak. time sekolah kulit licin jer, satu hapa pun tak naik kat muka. time tu apa pun tak pakai, just pakai bedak sejuk yang mak tok aku buat. tapi bila dah dekat2 nak SPM tu, mula la cik jerawat datang bertapak kat muka aku. apa lagi, mula la aku gelabah mintak mak aku beli pencuci muka kat aku. saat tu, bermula la kisah suka duka aku menjahanamkan kulit muka aku sendiri. huhuhu..

macam2 pengalaman aku try produk2 kecantikan yang berlambak2 jual tu. ada yang manis, ada yang pahit. erkkk. ada ker yang manis, yang aku ingat semuanya pahit la.
Clean and Clear
first product yang aku try, time sekolah2 dulu (ingat tuh)
Kesan : tak jalan produk ni kat kulit aku. jerawat maintain, then muka naik bintik2 merah

sambil2 tu, mula la gatal2 belek majalah Mingguan Wanita. tergoda ngan satu produk ni yang sangatla femes sebab dah mencantikkan dan memutihkan ramai orang. aku pun apa lagi, beli satu set, try. satu set tuu..! dahla bapak mahal. sungguh perabih duit mak aku. bila pakai, terus jerawat aku hilang. muka pun jadi putih, sampai putih terlebih, langsung tak natural. makin lama, aku rasa kulit aku dah makin menipis, bila kena panas dah macam udang terbakar. then kawan aku cakap aku macam pakai Clorox kat muka aku. uhhh.. kata2 tu lagi pedih dari kulit aku yang pedih di saat tu. jerawat pun dah mula naik balik. lagi banyak pulak tu, merah2 lagi. arrgggghhh….tension. STOP guna sebelum fly g German.

kat german, try gakla macam2 produk. bio tak bio, semua try. hampess.. ada la yang ok, tapi sekejap jer, 2 or 3 bulan. pastu ko balik, naik balik jerawat kat muka aku. kulit pun kusam jer:( siap jumpa doktor kulit lagi, sekali alergik pulak ngan ubat doktor. cesss.. habis naik bintik2 merah penuh kat muka aku. seminggu aku tak keluar rumah. seb baik tengah semester break.

dah balik Malaysia pun try gakla carik yang sesuai. bak kata omputeh, try and error. yang murah, yang mahal, yang local, yang import semua aku try. macam tu jugak. bila try yang tak ok, makin teruk muka aku. tension giler la. time kawen pun muka aku horror sebab g buat facial. kunun nak bagi berseri la kunun.

haishhh. jeles gile tengok kulit member yang cantik2 time tu.

ada gak orang cakap, try tak pakai apa-apa tengok. ada gakla aku try, tapi lagi hancus kut aku rasa. petua ni boleh apply untuk orang yang takde masalah kulit jer.

tapi, Alhamdulillah. sekarang aku dah jumpa produk yang betul2 sesuai dan berkesan kat kulit aku. bukan senang weh nak jumpa yang sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat macam aku nih.

aku start guna bulan 8 last year, so dah setahun aku pakai produk ni. setakat ni sangat puas hati, dan semestinya aku akan terus setia ngan produk nih:)

setelah lebih kurang 12 tahun, baru aku jumpa produk yang sesuai dengan kulit aku. can u imagine that!!
nanti aku sambung part 2, tengah korek balik gambar2 lama, nak tunjuk sebelum dan selepas.

KLIK SINI PART 2 : Testimonial Cik Jatt

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena Beauty, klik sini

F'iena Beauty

satu set hanya RM 70

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)
e-mail : cikjattshop@yahoo.com

Your Beauty Is Our Priority!

3 comments:

e.l.i.z.@ said...

eli pun rindu gak kulit ms zaman sekolah..licin jeeeeeee..mmg sama la kita, dkt spm bintik² kecik naik kt dahi..bila masuk U,bila kenal bercinta, naik jerawat kt pipi plak..pastu tgn gatal duk picit jerawat, last² tinggal kesan la huhuuh

Tobias said...

I found a great deal of helpful info in this post!
temp agency dallas | att coupon code uverse | dental insurance

Nabilla Nasir said...

thanks cik jatt kongsi. saye pun jenis kulit sensitif. buntu dah nak pakai skincare ape.