Saturday 2 November 2013

[Tip Kurus Langsing] Jadual Makan untuk Kurus Dengan Mudah dan Berkesan


Ada sesetengah orang yang mengamalkan diet yang terlalu ketat hinggakan skip waktu meal dan ikat perut. Mungkin ada yang berjaya kurangkan berat badan tapi diet cara ini terlalu extreme dan hanya berkesan untuk masa yang singkat. Tak mungkin selamanya anda skip meal anda yang akhirnya akan memberikan kesan yang kurang baik untuk diri anda, seperti kekurangan nutrisi, selalu rasa letih dan tidak bertenaga, malah juga boleh mengundang masalah gastrik. 


" Keajaiban sistem tubuh adalah semakin kerap makan, semakin tinggi pembakaran tenaga "

Jadi, untuk diet atau kurangkan berat badan, anda perlu makan.
Makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang kecil, sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

Kenapa Perlu Makan 5 Kali Sehari

* Menghalang dari rasa lapar dan terdorong untuk makan dengan banyak pada hidangan seterusnya.

* Makan dengan kerap akan meningkatkan metabolisme supaya dapat membakar kalori dengan lebih cekap

* Makanan juga diserap dengan lebih cekap dan pantas apabila kita makan dengan teratur

* Kita akan berasa lebih sihat dan lebih bertenaga jika makan dengan kerap

Jadual Makan 5 Kali Sehari untuk Kurangkan Berat Badan

1. Sarapan (Pukul 7.00 - 8.00 pagi)
Terdapat banyak pilihan menu yang boleh kita pilih. Pastikan sarapan yang kita pilih mengandungi karbohidrat dan protein. Makanan berasaskan tepung tak mengapa asalkan ianya mestilah mengandungi serat yang tinggi seperti Roti Bijiran Penuh atau Roti Pita Gandum. Karbohidrat boleh memberi instant energy dan protein boleh beri rasa kenyang yang lama.

2. Minum Pagi (Pukul 10.00 - 11.00 pagi)
Sangat diperlukan untuk membantu kita menahan lapar. Bila terlalu lapar, badan akan tukar kepada “starvation mode” dan menyebabkan penurunan berat badan tersekat. Pilih yang ringan dan rendah kalori spt yogurt, kekacang, dan buah-buahan.

3. Makan Tengahari (Pukul 1.00 - 2.00 petang)
Sebelum makan minum air masak dulu. Ambil segenggam nasi dan lebihkan lauk serta sayuran. Elakkan yang terlalu berminyak dan yang mengandungi perisa tambahan. Terlebih sodium dalam badan akan menyebabkan water retention/gemuk air.

4. Minum Petang (Pukul 4.00 - 5.00 petang)
Seperti minum pagi, ambil makanan yang ringan dan rendah kalori untuk alas perut.

5. Makan Malam (Pukul 7.00 - 8.00 malam)
Makan malam tak perlu terlalu berat, terutamanya jika tidak melakukan exercise. Contohnya boleh ambil yang jenis bersup atau kukus. Makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur.
 
Tips paling penting : Minum air masak secukupnya, 2-3 liter sehari dan kawal pengambilan kalori supaya tak terlebih sudah :)

Set Kurus Shaklee

Bagi yang ingin mencuba Set Kurus Shaklee untuk menjayakan proses pengurangan berat badan anda ni, ingin saya nyatakan di sini yang Shaklee bukan ubat kurus yang menjanjikan anda kurus dalam seminggu tanpa berbuat apa-apa. Jadi kena faham konsep makanan kesihatan untuk diet ni. Shaklee bukan ubat kurus. Tapi Shaklee adalah supplemen semulajadi yang membantu membekalkan nutrisi kepada badan anda sepanjang proses anda berdiet, untuk buang lemak, detox dan bina otot yang sihat.

Herblax dan Alfafa - untuk detox

Lecithin dan Omega Guard - ambil selepas makan untuk pecahkan lemak. Omega Guard juga meningkatkan paras hormon Leptin yang memberi signal kepada otak mengurangkan selera makan

Cinch Shake - untuk kekalkan jisim otot tanpa lemak, mengenyangkan. Boleh dijadikan sebagai meal replacement atau snack di antara waktu makan

Dengan pengambilan supplemen Shaklee secara konsisten di samping mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan kalori yang terkawal, anda pasti akan mendapat berat badan yang anda idam-idamkan secara sihat dan semulajadi.
Tak dinafikan semua orang nak kurus dan cantik, tapi apa yang lebih penting adalah kesihatan anda yer :)


KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

Klik sini untuk info lanjut mengenai Set Kurus Shaklee dan tips mudah dan berkesan untuk kurangkan berat badan

Berminat ingin mencuba Set Kurus Shaklee?
Hubungi saya sekarang ya..

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

4 comments:

Unknown said...

set kurus mmg terbaikkkkk!!
sy berjaya turunkn berat badan sebanyk 5kg...klu dulu ssh nak cri seluar yg sesuai..sekarang tak lagiiiiii hihihi

Unknown said...

Saidatul akma. Betul ka ni..

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Nak Kurus Dengan Cepat

Anonymous said...

Penulisan yang baik. Blog pun cantik. Hehe btw, boleh ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan slim-melim.

>>> Yang GEMUKK Nak KURUS?! <<<