Friday 13 December 2013

[Detoks] Bahaya Toksin Dalam Badan


TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin atau kotoran dalam badan. Cuba bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang, ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.

Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, jika ia tidak berjalan dengan lancar iaitu seseorang itu mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya badan mempunyai toksin berlebihan.

Selain itu, pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, mengikut konsep dan teori penyembuhan semula jadi, faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit ialah toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis sesuatu penyakit ditentukan oleh kerosakan yang disebabkan toksin berkenaan.

“Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita.
Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

“Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan atau bahan tambahan yang menjadi punca utama toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser atau migrain.

“Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya,” katanya.

Kajian yang dilakukan Sekolah Perubatan Mount Sinai, New York di Amerika Syarikat dengan kerjasama Kumpulan Pekerja Alam Sekitar (EWG) mendapati, terdapat 91 unsur pencemaran kimia daripada sumber industri dan pelbagai unsur kimia yang lain di dalam sampel darah dan air kencing sembilan sukarelawan dari lima bandar raya berlainan.

Jumlah keseluruhan toksin yang dijumpai pula sebanyak 167. Seperti kebanyakan kita, sembilan sukarelawan berkenaan tidak langsung bekerja di persekitaran yang terdedah atau dicemari industri kimia.

Menerusi 167 toksin yang ditemui itu, 76 dikenal pasti boleh menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan, 94 pula bahan toksin berbahaya kepada otak dan sistem saraf manakala 79 lagi boleh menyebabkan kecacatan janin.

Dr Syid Ayob berkata, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalusi seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng dan protein yang diambil secara berlebihan adalah faktor menyumbang kepada masalah kesihatan.

Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak turut mempengaruhi.

“Semua bahan ini masuk ke dalam usus lalu meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin itu akan diserap dan melekat dalam darah lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit seperti radang usus.

“Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah dua kali sehari. Tetapi, jika seseorang tidak membuang air dengan kadar sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus, seterusnya menjadi toksin dalam tubuh,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu hamil atau sedang menyusukan bayi tidak sesuai untuk membuang toksin melalui bahan makanan tambahan.

Tambahnya, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara lebih ekstrem iaitu melalui proses mencuci usus.

Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut kotoran di dalamnya. Jika mahu melakukannya, pastikan mendapatkan khidmat doktor bertauliah.

Walaupun tubuh manusia memiliki keupayaan semula jadi iaitu menggunakan hati dan usus untuk menyahtoksin, kita juga mampu mencari alternatif lain untuk meringankan bebannya.

“Dengan mengamalkan sokongan makanan tambahan yang melancarkan proses penyahtoksin, ia mampu membantu tubuh untuk membersihkan diri daripada sisa toksin."

Credit : Metro 

Detoks Secara Selamat dan Semulajadi dengan Shaklee

Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.
Sebelum saya mengenali Shaklee, memang saya tak pernah detoks. Bayangkan la, 30 tahun lebih segala toksin dalam badan terkumpul. Seram nak bayangkan. Patutla jerawat penuh muka, sembelit, selalu sakit kepala :) Alhamdulillah bertemu Shaklee. Baru pulun nak buang segala toksin berbahaya dalam badan. Alfafa adalah daily detox saya, dan Herblax adalah weekly detox saya.



1. Herblax

Dr Shaklee telah memperkenalkan Herblax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herblax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herblax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

2. Alfalfa - Pencuci keseluruhan tubuh!

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, Alfalfa bukan setakat untuk tambah susu sahaja. Alfalfa digelar “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi.

Best kan detox dengan Herblax dan Alfafa ni. Bukan sahaja detox, malah banyak betul faedah lain yang boleh kita dapat untuk kesihatan dan kecantikan.

JOM 'BERSIHKAN' BADAN KITA!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit

1 comment:

Belajar said...

Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
cara menghilangkan jerawat secara alami
.