Tuesday, 3 December 2013

[Tip Kecantikan] 10 Makanan yang Mencerahkan Kulit Wajah


Daripada bergantung kepada produk kecantikan berbahan kimia, anda juga boleh memilih rawatan dari alam semulajadi untuk mendapatkan kulit yang cerah berseri. Salah satunya adalah dengan mengambil makanan sihat yang baik untuk kulit. Makanan berikut ini mengandungi vitamin yang baik untuk perawatan kulit secara keseluruhan dan sekaligus dapat membersihkan kulit wajah anda.

10 Makanan yang Mencerahkan Kulit Wajah

Berikut adalah makanan sihat yang dapat membersihkan kulit dan membuatnya kelihatan lebih cerah berseri.

1. Avokado

Buah ini kaya dengan Vitamin B yang pada dasarnya sangat baik untuk kulit. Ada juga sesetengah produk kecantikan yang mengandungi ekstrak avokado di dalamnya. Jika diambil secara rutin, avokado dapat membantu membersihkan kulit wajah dan menghilangkan ruam kulit disebabkan oleh peradangan.

2. Berrie

Semua jenis berries mengandung banyak Vitamin C yang merupakan unsur penting untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat. Vitamin ini dapat membantu membina kolagen, yang membuat kulit anda kelihatan lebih muda.

3. Almond

Jika anda mengambil almond setiap hari, ini akan membantu untuk menjaga membran sel dan juga mengeluarkan racun berbahaya dalam tubuh. Kacang ini mengandung Vitamin E yang dapat membantu membersihkan kulit wajah dan membuat kulit kelihatan glowing.

4. Kentang

Tingginya kadar zink dan Vitamin C dalam tubuh dapat membantu dalam menciptakan elastin lebih di kulit. Ini akan membuatkan kulit lebih glowing dan kelihatant muda.

5. Yogurt

Yogurt mengandungi banyak protein dan Vitamin E. Untuk kulit yang tampak elastis, tambahkan yogurt ke dalam menu harian anda. Makanan ini membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih dan cerah.

6. Mangga

Mangga membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih dan sihat. Kandungan Vitamin A dan antioksidan yang hadir di dalam mangga dapat mengurangkan kemungkinan anda mengalami penuaan di usia muda.

7. Madu

Madu dapat melakukan keajaiban pada kulit Anda. Madu membantu melawan infeksi kulit, dan membuat kulit lembut dan halus. Madu mengandung Vitamin C, B1 dan B2.

8. Strawberi

Buah merah ini baik untuk kulit. Strawberi mengandung Vitamin C dan memiliki antioksidan yang dapat mengelupas dan membersihkan kulit anda dari dalam. Makan semangkuk strawberi segar akan membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih.

9. Pisang

Pisang merupakan salah satu buah terbaik yang dapat anda pilih untuk sarapan yang sihat. Pisang mengandung Vitamin B6 dan Vitamin C yang membantu untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Jadi jika anda memiliki mata panda, makan pisang untuk menghapusnya secara bertahap.

10. Jus lemon

Untuk mengecilkan pori-pori wajah dan mendapatkan wajah yang bersinar, minum jus lemon segar sekurang-kurangyna tiga kali dalam sehari. Lemon akan membantu anda mendapatkan kulit yang sempurna. Lemon kaya akan Vitamin B6 dan dapat mendetoks kulit.

Inilah sepuluh makanan yang dapat membersihkan kulit dan membuatnya kelihatan lebih cerah.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Kulit Sihat, Cerah dan Berseri

Saya tak nafikan memang agak susah untuk mengambil kesemua makanan di atas. Kadang-kadang tu, buah yang dibeli pun tak sempat atau terlupa nak makan, sedar-sedar dah kecut dan busuk. Jumlah pengambilan harian saya tidak mencukupi untuk menampung keperluan nutrisi badan saya. Jadi, alternatif saya untuk mengisi ruang-ruang kosong ini adalah supplemen, bukan saja untuk kecantikan, lebih penting lagi adalah untuk kesihatan. Pilihan saya, pastinya Shaklee.

Antara cadangan supplemen untuk anda yang inginkan kulit wajah yang sihat, cerah dan berseri adalah Vivix, ESP, Shaklee Collagen Powder, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E.


Berminat mencuba Shaklee?
Hubungi saya segera. Shaklee, sudah terbukti dijamin SELAMAT dan BERKESAN, insyaAllah.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

4 comments:

NM03 said...

tingin nak amek vita c la

. said...

NM03. meh2 cuba. pasti jatuh cinta :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nak tnye shaklee ni sesuai x untuk remaja?