Saturday, 1 March 2014

Dapat Car Bonus dari Shaklee! Alhamdulillah..


Syukur Alhamdulillah. Terharu, teruja, gembira semua bercampur-baur ni. Selepas setahun buat business Shakle ni, Alhamdulillah, saya berjaya mendapat C kedua Shaklee iaitu Car Bonus. Yang bestnya, Car Bonus ni Shaklee bagi dalam bentuk duit. So, ikut kita la nak buat apa dengan duit tu, nak bayar duit kereta ke, nak bayar duit rumah ke, nak buat saving ke, apa pun boleh.

Ingat lagi dulu waktu mula-mula saya start business Shaklee, waktu tu baru 3 bulan join business Shaklee dan masih lagi bekerja. Waktu tu saya rasa terbakar sangat bila tengok gambar upline dan geng-geng Shaklee lain dapat car bonus, dapat pegang hadiah kunci besar waktu National Conference Shaklee. Saya cakap kat husband saya, saya nak juga dapat car bonus. Kalau nak tunggu dapat car allowance dari company tempat saya bekerja dulu tu, jangan mimpilah kan. So, saya cakap kat husband saya nak dan saya mesti dapat car bonus dari Shaklee.

Inilah yang ditawarkan oleh Shaklee, 3C.
Apa tu 3C ye?


Cash Program

Bonus yang ditawarkan oleh Shaklee. Macam kita dapat gajila, Shaklee akan bank in terus ke account kita tiap-tiap bulan. Tak semestinya buat business jer bole dapat bonus ni, yang jadi ahli untuk makan sendiri pun berpeluang dapat. Alhamdulillah, sekarang ni 4 angka dalam genggaman. Target saya, 5 angka pula lepas ni.

Car Program

Macam yang saya cakap tadi, Shaklee takdela akan bagi kita kereta sebijik. Shaklee akan bagi kita dalam bentuk duit. Alhamdulillah, selepas setahun dalam business Shaklee, bulan ni adalah bulan pertama saya mendapat car bonus dari Shaklee.

Convention Program

Percutian bertaraf 5 bintang yang akan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee, secara PERCUMA. Samada ke luar negara, dalam negara atau umrah.
Alhamdulillah, kalau ikut kiraan saya, saya dah berjaya dapatkan percutian dalam negara. Tengah tunggu surat dari Shaklee untuk confirmkan. Doakan saya yer.
Tahun ni, nak struggle untuk dapatkan percutian luar negara pulak.

Semua ni dari hanya bermodalkan RM65 je untuk register jadi ahli Shaklee dulu.
Dari buat part time mula-mula dulu, kemudian dah jadi full time sekarang.

Segalanya tak mustahil, jika kita betul-betul usaha, kita betul-betul percaya.
Shaklee ni bukan business yang bila join, goyang kaki, duit masuk.
Siapa usaha, dia dapat. Usaha lebih, dapat lebih.
Jika impian besar, usaha pun kena besar. Tahun ni impian saya sangat besar, jadi usaha pun memang kena berganda-ganda besarnya.


Sebenarnya, apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita ni adalah pilihan kita sendiri. Keputusan adalah di tangan kita. There's no wrong decison. Semuanya terletak pada kita, bagaimana kita nak hadapi dan lalui apa sahaja keputusan yang kita buat. Peluang yang ada depan mata, grab jer. Tak perlu nak tunggu sempurna, baru nak memulakan sesuatu.

Kalau bukan kita yang mengubah nasib diri dan keluarga, siapa lagi kan.
Jutaan terima kasih kepada suami tersayang di atas restu dan sokongan beliau selama ni. Juga kepada semua customer tersayang yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan Shaklee.

Hari ni adalah permulaan cycle baru di dalam Shaklee.
Plan baru, azam baru, semangat baru.. 
Harapan saya, saya dapat bantu lebih ramai orang lain untuk lebih berjaya selepas ini. Saya doakan, mereka yang menceburi bisnes Shaklee ini akan terus berjaya dan impian ibu yang ingin menjadi 'Working At Home Mum' akan tercapai.

Dengan adanya mentor yang betul, system yang betul dan ilmu yang betul, sesuatu business tu akan menjadi lebih mudah. Dengan tindakan dan usaha yang luar biasa, segalanya mampu untuk jadi kenyataan. Jangan takut untuk berimpian ok.

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi saya 
Cik Jatt @ 013-4894037 
cikjattshop@yahoo.com


***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

2 comments:

Ummu Zaim said...

Salam kak,
Seronok baca pengalaman akak sbg distributor shaklee. sy ni mkn gaji tp mmg ada keinginan untuk bt bisnes especially online tp xtau cara nak mulakan..blh bg advice sikit..tq

Nurul Syuhaida Mustafa said...

Alhamdulillah awak dapat car bonus!!memang idaman semua SID. Usaha lebih untuk daptkan the last C - conference. Chaiyokkk!!!