Tuesday 11 March 2014

Cara Minum ESP Shaklee dengan Berkesan


Setahun yang lepas, saya pernah berkongsi artikel mengenai 'Cara Minum ESP dengan Betul dan Berkesan' di sini. Entry ni adalah antara entry yang paling top di blog saya. Maklumlah, ramai peminat ESP ni kan. Ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada saya kerana telah berkongsi artikel ini, kerana ianya sangat membantu mereka kerana ada juga yang telah membeli ESP tetapi tidak mendapat bimbingan yang betul mengenai cara untuk minum ESP ni. Contohnya, ESP tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana protein akan musnah pada suhu tinggi. Jadi, sia-sialah anda minum kan, kerana khasiatnya sudah tiada.

Jadi, pastikan anda tahu cara untuk minum ESP dengan betul yer, supaya ianya berkesan ke atas badan anda.

Antara tips yang penting yang perlu anda tahu:
  • Jangan bancuh ESP dengan air panas kerana protein akan musnah pada suhu tinggi
  • Jangan minum melebihi 3 sudu besar sehari, kerana ianya akan membebankan buah pinggang anda
  • Gunakan shaker supaya lebih cepat larut
Cara saya minum ESP Shaklee

Saya bukan jenis yang suka minum susu dan susu soya, tetapi saya juga bukannya tak suka. Biasa-biasa je, kalau ada saya minum, kalau takde saya tak minum. ESP Shaklee adalah supplement Shaklee kedua yang saya cuba selepas Vitamin E. Selepas pertama kali minum, terus jatuh cinta, seriously. Rasanya bukan seperti rasa soya yang saya minum sebelum ni. Memang sedap. Tak tau nak describe macam mana, kena cuba sendiri baru tau:)

Saya cuma bancuh dengan air masak sahaja. Memang favourite saya ni. Terasa ketulenannya, sangat pure. Saya tak guna shaker, just bancuh dalam mug saja. Sebab bila guna air masak suhu bilik, hanya kacau guna sudu pun dah larut. Inilah resepi rahsia saya untuk kecantikan kulit, untuk maintain slim, untuk awet muda dan untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Cuma campurkan 1 sudu besar ESP dengan air masak.
Jika nak lagi pekat, boleh campurkan 2 sudu besar

Kacau hingga larut.
Siap untuk diminum

Ini resepi mudah yang saya suka minum. Ada juga customer dan anak-anak Shaklee saya dah cuba pelbagai resepi seperti bancuh dengan milo, blend dengan kurma, blend dengan pisang dan sebagainya. Semuanya sedap dan berkhasiat. Anda boleh cuba pelbagaikan ye ikut citarasa anda!

Sempena bulan promosi ESP ni, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ESP anda hari ni ok..

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: