Anda kini berada di peringkat akhir, dengan hanya beberapa minggu sahaja
lagi sebelum tibanya tarikh anda dijangka bersalin. Inilah masanya
untuk mengemas beg hospital bagi kesemua barang yang anda perlukan
semasa kelahiran
dan selepas bayi anda dilahirkan.
Cetak senarai semak ini untuk membantu anda mengingati semua yang anda perlukan. Bagus jika anda dapat siap mengemas beg menjelang minggu ke-36 kehamilan, supaya anda tidaklah kelam-kabut menyiapkan segala-galanya semasa waktu dah tiba nanti!
Hospital mempunyai polisi berbeza mengenai apa yang boleh anda bawa bersama
ketika hendak melahirkan. Anda mungkin mahu membawa beberapa barang
peribadi daripada rumah seperti bantal atau kusyen kegemaran untuk
menjadikan persekitaran di bilik hospital selesa dan tidak berasa
terlalu seperti di hospital. Periksalah dengan pihak hospital mengenai
apa yang mereka sediakan dan apa yang anda boleh bawa sendiri. Tetapi
anda perlu ingat bahawa tempat penyimpanan di hospital adalah terhad,
jadi anda mungkin terpaksa menyimpan segala-galanya dalam kabinet kecil
di sebelah katil anda.
Keperluan Anda Semasa Peringkat Awal Kelahiran
- Selipar.
- Stoking
- Baju tidur atau kemeja-T untuk dipakai semasa kelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun
hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu
yang khas untuk dipakai di hospital.
- Minyak urut atau losyen
- Kelengkapan peribadi.
- Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
- Snek dan minuman untuk anda semasa dalam peringkat pelahiran. Anda juga boleh membawa ESP Shaklee untuk membolehkan anda terus bertenaga.
- Kamera digital
atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak
hospital dahulu kerana tidak semua hospital membenarkannya di dalam
bilik bersalin.
- Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah dan sebagainya.
- Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi. Ini untuk memberi inspirasi kepada anda supaya terus bertahan sehingga semuanya berakhir.
Keperluan Selepas Bersalin
- Sesalinan pakaian untuk pulang ke rumah. Ia akan
mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih perlu
memakai pakaian mengandung apabila pulang ke rumah.
- Coli menyusu, sekurang-kurangnya dua atau tiga helai.
- Pelapik payudara untuk apabila susu badan anda mulai mengalir
- Tuala wanita selepas bersalin jika tidak disediakan secara percuma oleh pihak hospital.
- Kelengkapan peribadi termasuk tuala, sikat, berus gigi dan ubat gigi.
- Seluar dalam lama/murah/pakai buang. Asalkan bukan seluar dalam yang anda sayang kerana ia mungkin akan jadi kotor.
- Telefon bimbit anda serta pengecasnya.
Keperluan Bayi Anda
- Sebuah kerusi kereta bayi (stroller)
- Sepasang pakaian
untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal
semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital biasanya
menyediakan gaun bayi untuk dipakai semasa di hospital.
- Selimut bayi.
- Lampin
- Sepasang stoking atau sarung kaki bayi.
- Topi
Credit
Babycenter.com
Anda juga mungkin meminati:
6 Persiapan Keperluan Bayi Sebelum Bersalin
Cara Mudah Bersalin Normal
***********************************************************
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
1 comment:
semoga dipermudahkan :)
Post a Comment