Sejujurnya, saya tak pernah terfikir pun yang saya akan menceburi bidang perniagaan. Walaupun saya tahu yang 9/10 rezeki datang dari berniaga, tapi tak tergerak pun hati nak berniaga, memang target lepas habis belajar dulu, kerja makan gaji jer la. Tapi segala-galanya berubah bila dah berkahwin dan ada anak. Keinginan yang sangat kuat nak jaga anak sendiri di rumah, membuatkan saya memulakan online business. Alhamdulillah, impian saya nak menjadi seorang Working at Home Mother (WAHM) tercapai.
Boleh baca kisah saya di sini, bagaimana saya melepaskan jawatan sebagi seorang Senior Engineer untuk menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah.
Setelah lebih kurang 3 tahun saya menjalankan online business ni, banyak sebenarnya pengalaman pahit dan manis yang telah saya alami. PBanyak ilmu yang telah saya pelajari yang bukan sahaja sekadar untuk business, malah juga ilmu-ilmu yang menjadikan saya seorang yang lebih positif. Pengalaman dan ilmu yang tidak ternilai dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Rasulullah sendiri mengajar kita untuk berniaga, bagindalah idola dan role model yang terhebat.
Jom kita lihat
6 rahsia kejayaan Rasulullah dalam berniaga.
1. Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah tidak suka pada perdebatan bila menjalankan perniagaan.
Bezakan dengan usahawan zaman kita sekarang ini. Mungkin ada yang
bersifat macam Rasulullah, bersabar dan tidak suka berdebat tetapi
jumlahnya terlalu kecil. Kalau boleh, kita saja nak menang. Ini penyakit
hati.
2. Teknik Menjual Yang Unik
Ini memang unik. Rasulullah tidak seperti usahawan sekarang. Baginda sangat bijak mengambil hati pelanggan dengan nilai-nilai murni. Baginda tidak hanya memikirkan untung semata-mata tetapi lebih kepada “tackle” hati pelanggan. Baginda hanya memberitahu pelanggan harga pokok sahaja dan terpulanglah pelangga mahu letak berapa. Kita ada ke nak buat macam ini?
3. Tetap Dengan Senyuman
Murah senyuman. Baginda mempunya peribadi yang sangat terpuji. Wajah baginda sentiasa lembut dan manis melayan pelanggan dengan bersabar. Bandingkan dengan usahawan zaman sekarang, termasuk diri kita. Jauh bezanya ya kita dengan sifat Banginda. Baginda sangat bijak memikat hati pelanggan dengan akhlak yang indah. SubhanaAllah. Mulai sekarang ayuhlah berlajar memberikan senyuman yang terbaik sepanjang masa terutaam berhadapan dengan komputer (jika anda peniaga online) dan pelanggan.
4. Bersikap Jujur
Tip usahawan yang senang untuk kita dengar tapi percayalah susah untuk
dilakukan kalau tiada iman pada Allah yang kuat dan percaya yang rezeki
itu datangnya daripada Allah bukan manusia. Saya beri contoh, cuba lihat
sahaja perniaga di pasar malam. Menjual ikan, lapisan atas semua ikan
segar-segar tetapi rupanya di lapisan bawah ikan busuk. Bila pelanggan
kata “beri 1 kg”, mereka akan ambil yang lapisan bawah tanpa pelanggan
sedar. Dari mana mahu mendapat keberkatan dalam perniagaan dan bagaimana
mahu menjadi usahawan berjaya seperti Rasulullah? Fikir
5. Tidak Mengejar Harta Semata-mata
Kalau harta yang kita mahukan semata-mata, itu sahajalah yang Allah akan berikan. Tapi, Baginda tidak seperti itu. Baginda ada niat lain bila berniaga. Baginda mengukuhkan potensi dan kedudukan Baginda dengan menjalankan perniagaan yang baik dengan niat untuk mendapatkan modal daripada orang-orang kaya untuk tujuan mengembangkan perniagaan Baginda dan mengukuhkan nama Islam itu sendiri. Bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Kita? Ramai yang mahu mewah untuk tuntutan hidup sendiri sahaja.
6. Cari Keuntungan Maksimum dengan Jujur
Di dalam hadis sahih riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa
tidak ditetapkan keuntungan maksimum , lantas Rasulullah menyatakan,
itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Maksudnya tidak salah
kalau kita menaikkan harga untuk mendapat keuntungan 100% asalkan tidak
melanggar etika berniaga. Dan pastikan kita tidak menjual produk
bertentangan dengan agama dan jalankan urusan jual beli dengan jujur.
Jangan sesekali jual produk yang tidak elok kualitinya untuk dapat
keuntungan tapi gunalah strategi perniagaan berkesan yang lain. Buat
research sendiri.
Jadilah peniaga yang berhemah, jujur dan tidak mementingkan diri sendiri. Yang penting keberkatan dalam rezeki perlu ada, supaya kesinambungan rezeki tidak hilang. Ikutlah rahsia kejayaan Rasulullah dalam berniaga seperti di atas, in shaa Allah kita tidak akan terpesong jauh. Kepada Allah jualah kita meminta agar sentiasa menjaga hati kita dan tidak alpa dalam kekayaan dan wang ringgit.
***********************************************************
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
No comments:
Post a Comment