Monday 10 November 2014

8 Tips Elak Jaundis Bayi Semasa Mengandung


Salam Isnin semua :)

Entry hari ni khas untuk ibu-ibu dan bakal ibu pulak ye, tentang bayi yang kena demam kuning atau jaundis. Kaum suami pun elok juga baca ni, bole la share2 dengan isteri nanti k.

First baby saya, kakak Aina Qistina, Alhamdulillah, ada sikit je kuning dalam sehari dua selepas bersalin tu, lepas tu ok. Tak perlu ulang alik klinik. My second baby, Armin Irfan, tinggi juga kuning nya. Kena admit hospital, bermalam dekat hospital, ulang alik klinik lagi. Sedihnya la hai rasa, tengok Irfan kena cucuk hari-hari ambil darah untuk test, kena letak bawah lampu. Berendam air mata je hari-hari, sensitif mak tang time tu. 

Pada pendapat saya, demam kuning ni boleh dielakkan sewaktu kita tengah mengandung lagi sebenarnya. Ingat lagi saya, waktu mengandungkan kakak Aina Qistina dulu, saya betul-betul jaga pemakanan. Makan banyak sayur dan buah, asam memang tak sentuh langsung. Tetapi waktu mengandungkan Irfan, saya kurang sikit jaga bab-bab pemakanan ni, termakan juga asam.

Tu salah satu faktornya.

Banyak berkait rapat dengan pemakanan sebenarnya. Jom saya kongsikan antara tips yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil untuk mengelakkan bayi di dalam kandungan mengalami demam kuning selepas bersalin nanti.
  1. Minum susu kambing semasa mengandung 
  2. Banyakkan pengambilan sayur dan buah seperti epal hijau, anggur dan buah delima 
  3. Minum susu yang dikisar bersama kurma.
  4. Jangan makan jeruk semasa mengandung 
  5. Jangan makan junk food
  6. Elakkan makan mee segera 
  7. Elakkan makanan yang mengandung MSG- Bahan perisa tambahan 
  8. Elakkan minum air berkarbonat. 
Semoga tips ni sedikit sebanyak membantu ye.

So, ibu-ibu semua, amalkan pemakanan yang sihat k. Dan jangan lupa supplements yang sesuai untuk ibu hamil, untuk kesihatan ibu serta perkembangan bayi yang sihat dan bijak. Sentiasa ingat, apa yang kita makan tu, bukan untuk diri kita jer, malah untuk bayi di dalam kandungan.

Klik sini cadangan vitamin untuk ibu hamil

Buah hati kesayangan mama
Kakak Aina Qistina and Armin Irfan :)

1 comment:

Papaglamz said...

Thanks atas tipnya..
Papaglamz jalan2 ke sini.. Jom terjah entri Papaglamz
Makan jom..

http://www.papaglamz.com/2014/11/foodsglamz-ll-tropicana-garden-food.html?m=1