Tuesday 18 November 2014

Atasi Masalah Kekeringan Faraj Dan Sakit Semasa Melakukan Hubungan Intim


Baru-baru ini, saya mendapat pertanyaan dari salah seoarng pembaca blog saya yang menghadapi masalah kering dan sakit semasa melakukan hubungan intim. Beliau bertanyakan samada ada tak supplement Shaklee yang boleh membantu.

Ok, sebelum saya menjawab pertanyaan ini, apa kata kita baca sedikit maklumat tentang masalah ini dan apa puncanya.

Bagi wanita, terdapat cecair pelincir yang dihasilkan oleh sepasang kalenjar Bartholin yang terdapat pada bahagian dalam dan berhampiran pintu masuk faraj. Cecair ini penting dan hanya dihasilkan sekiranya wanita mengalami rangsangan seksual. Sekiranya wanita terbabit tidak terangsang, cecair pelincir ini tidak dihasilkan dan pasangan merasa kering serta tidak selesa untuk melakukan seks penetratif.

Punca Masalah Kekeringan Faraj Dan Sakit Semasa Melakukan Hubungan Intim

1. Jangkitan Kuman

Faraj berbau mungkin petanda jangkitan kuman. Jangkitan kuman lazimnya mendatangkan lelehan, sama ada bewarna keputihan, kehijauan malah boleh juga jernih tetapi berbuih. Jangkitan kuman pada dinding faraj boleh membentuk radang pada tisu faraj dan menyebabkan kepedihan (akibat luka seperti melecet). Kepedihan atau kesakitan ini akan turut memberi kesan tambahan kepada mood dirinya dan tiada cecair pelincir yang dihasilkan oleh kelenjar Bartholinnya.

 

2. Kekurangan Hormon Seks

Perkara ini biasanya berlaku kepada perempuan yang berumur 35 tahun ke atas dan makin ketara pada umur lebih 45 tahun. Ini berkait rapat dengan proses semulajadi penuaan, stress, keletihan, kekurangan zat, penyusuan badan atau kesan pengambilan pil perancang tertentu.

3. Kekurangan Rangsangan Semasa Seks Atau "Foreplay"

Perlu ditekankan cecair vagina hanya akan keluar dengan banyak apabila adanya rangsangan yang mendatangkan rasa ghairah wanita, rangsangan ini termasuklah rangsangan secara verbal, sentuhan atau penglihatan.

Kaum wanita pula memerlukan tempoh yang agak lama iaitu sekitar 30-45 minit untuk betul-betul terangsang semasa 'foreplay' sebelum bersedia untuk aktiviti seks penetratif.

Berbincanglah dengan suami dan gunakanlah pancaindera atau deria-deria yang Tuhan berikan dan sama-sama cuba terokai kenikmatan hubungan suami isteri, mudah-mudahan akan berjaya.

Bagaimana Shaklee Membantu Masalah Kekeringan Faraj Dan Sakit Semasa Melakukan Hubungan Intim

Gabungan Vitamin E dan Alfafa, yang juga dikenali sebagai vitamin cinta ini amat membantu untuk menghangatkan kembali hubungan suami dan isteri, menjadikan anda seorang ibu dan isteri yang hebat!


1. Alfafa

Alfafa ni ala-ala jamu moden, bertindak lebih hebat dari kacip fatimah. Ianya memberi kuasa grip yang boleh membantu pasangan suami isteri menikmati hubungan cinta dengan lebih mengasyikkan. 

Alfafa membantu isteri yang mengalami masalah kering ketika bersama, merawat masalah keputihan dan vagina yang berbau yang pastinya boleh mengganggu keselesaan ketika bersama.

2. Vitamin E

Vitamin E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon yang melibatkan seks dan kesuburan iaitu androgen, estrogen dan progesterone. Vitamin E membantu pasangan yang mempunyai masalah dingin terhadap hubungan intim kerana vitamin E boleh meningkatkan 'sexual desire' dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik.Vitamin E juga meningkatkan LIBIDO dan meningkatkan pengaliran darah ke organ seks lelaki dan perempuan. Vitamin E juga membantu meningkatkan tahap stamina dan keinginan seksual anda. 

Selain itu, Vitamin E merupakan antioksidan yang hebat dan membantu mengelakkan masalah berkaitan kanser payudara, kanser serviks dan ovari.

Testimoni




Terbukti Alfafa dan Vitamin E sangat membantu masalah kering dan sakit ketika melakukan hubungan intim, untuk menghangatkan kembali hubungan suami dan isteri. Tak perlu was-was atau takut untuk mencuba supplements Shaklee kerana ianya bukan ubat atau pil-pil perangsang yang memberi kesan buruk pada badan anda. Supplements Shaklee adalah nutrisi semulajadi yang lengkap, vitamins dan minerals, yang juga bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

Jom hangatkan kembali hubungan suami isteri agar semakin hari bertambah sayang :)
Jangan segan-segan hubungi saya untuk konsultasi ok. 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

Unknown said...

Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
cara menghilangkan jerawat secara alami
.