Saturday 22 November 2014

Kenapa Saya Perlu Kurus?


Ramai yang ingin kurus, supaya nampak cantik. Tak dinafikan, memang itulah antara tujuan utama kenapa kita nak kurus. Siapa yang tak nak nampak cantik kan. Itu salah satu, ada banyak lagi sebab sebenarnya, kenapa kita perlu kurus ni. Jap lagi saya share k.

Tapi ada juga mereka yang selesa dengan berat badan berlebihan.
"Okla ni, gemuk pun sihat"
"Berat badan terlebih pun still boleh buat itu ini. So kenapa perlu kurus?"
"Takpela, dah kahwin pun. Laki aku pun tak complaint apa pun"
Eh, eh. Takkan nak tunggu cik abang complaint kut. Tak baca surat kak mah yang jadi viral tu ke :)

Berat badan berlebihan berkait rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Bila selesa dengan berat badan yang berlebihan, bermaksud tabiat makan akan terus tidak sihat dan boleh menyebabkan berat lebih bertambah dan tidak mustahil akan mendapat penyakit! Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ni berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang dan sebagainya. Nak ke sakit korang? Sekarang boleh la bersuka ria lagi, makan sesuka hati tak hingat dunia. Tapi kalau dah kena nanti, menyesal nanti. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati.

Sebab tu saya selalu cakap, tanamkan niat, nak kurus bukan untuk cantik semata-mata tetapi yang lebih penting lagi untuk sihat. Sekiranya anda betul-betul inginkan perubahan, ingin mengurangkan berat badan anda, selain mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup ke arah yang lebih sihat, set kan juga dalam otak mengapa anda perlu kurus. Saya yakin, perjalanan mengurangkan berat badan anda akan menjadi lebih mudah.


Kenapa Saya Perlu Kurus?

Tanya diri sendiri, kenapa saya perlu kurus. Cuba senaraikan manfaat yang akan anda dapat apabila anda kurus.

1. Kesihatan yang baik : Risiko untuk menghidapi penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, serangan jantung dan sebagainya dapat dikurangkan

2. Meningkatkan keyakinan diri : Keyakinan diri bertambah bila berada di sekeliling orang lain. Tiada lagi panggilan, pandangan dan sindiran sinis dari rakan-rakan dan orang ramai.

3. Jimat duit makan : Jika badan gemuk, makan pun pasti berselera besar. Shopping barangan dapur pun tentu banyak (termasuk beras dan makanan rapu). Nak jimat kena la kurus, shopping pun makanan-makanan sihat jer.

4. Senang mencari saiz baju : Jeles tak tengok orang lain pakai baju cantik-cantik. Orang kurus ni, pakai t-shirt pun dah nampak cantik. Lagi satu, nak cari baju pun senang. Lagilah sekarang ni banyak online shop, baju cantik-cantik. Kalau dah kurus, pilih jer baju yang nak, tak perlu risau ada size ke tak, muat ke tak.

5. Memudahkan pergerakan : Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ni, selalunya cepat berasa mengah atau letih. Naik tangga pun cepat mengah, tu belum masuk bab sakit lutut, lenguh kaki, sakit belakang lagi. Apabila badan kurus, insyaAllah badan pun rasa ringan dan lebih mudah bergerak.

6. Membuktikan bahawa diri mampu berubah : Ramai yang mungkin tak percaya dan mencabar kita untuk kurus. Apa lagi, buktikan kepada mereka bahawa kita semestinya boleh kurus dan cantik. Biar terbeliak biji mata nanti :)

So, dah bayangkan 'The New You' yang kurus dan langsing :)





1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

saya nak kurus atas semua sebab yg disebutkan dalam entry ni... tapi paling saya suka bila nampak menarik dan saya boleh enjoy semua makanan tanpa rasa bersalah