Nama pun berpantang, so mesti ada makanan yang boleh dan tak boleh diambil kan. Jangan pantang nampak je, makan :)
Saya dulu time pantang makan simple je. Tiap2 hari wajib ambil nasi. Maklumlah menyusu kan, cepat lapar. If nak cepat turunkan berat badan pun, jangan sampai ikat perut ye.
Apa yang saya amalkan:
- Selepas pukul 7.00 petang, saya elakkan makan nasi.
- Nasi yang dimakan pun bukan nasi yang dah sejuk atau nasi semalam yang tak habis. Nasi mesti kena nasi yang panas-panas
- Semasa dalam pantang, hanya ikan je yang saya makan. Daging, ayam, telur dan makanan laut, memang tak sentuh
- Sayur-sayuran dan buah-buahan juga ada di dalam menu harian
Di zaman moden ni, mungkin ada yang kurang mengambil berat tentang pemakanan semasa berpantang selepas bersalin. Berbanding zaman mak dan nenek kita dulu, banyak tau pantang-larangnya.
Mak saya cakap, kalau tak jaga sekarang, nanti tua sebelum waktunya kut. Umur baru 30 an dah nampak macam 40 an, kulit pucat tak bermaya, sakit sana sini.
Mak saya pun actually sempoi jer, tak la strict sangat. Kalau nak diikutkan tu, mak saya berpantang dengan nenek saya dulu, lagi la strict. Tapi, hasilnya.. I pun jeles tengok mak ku awet muda, tenaga pun mengalahkan anaknya baru sweet 30 an ni. Hihi.
Apapun, yang paling penting, amalkan pemakanan yang seimbang dan minum air masak secukupnya.
Panduan Pemakanan Semasa Berpantang Selepas Bersalin
Kalau dilihat dalam masyarakat Melayu dahulu, biasanya ibu hanya dibenarkan
untuk menjamah nasi berlaukkan ikan kering, ikan bakar berkunyit atau
ikan bilis dengan lada hitam sahaja. Air pun tidak boleh diminum
banyak, hanya dua ruas jari sahaja setiap kali minum. Ini bukan sahaja
sekadar tidak membantu mempercepatkan pemulihan si ibu, bahkan boleh
menyebabkan masalah kesihatan kepadanya seperti masalah tekanan darah
rendah atau masalah kepada buah pinggang.
Amalan diet yang sebegini juga akan memberi masalah kepada ibu yang
menyusukan anak, terutamanya yang mengamalkan penyusuan yang eksklusif.
Tumbesaran bayi memerlukan zat yang banyak terutamanya dalam bentuk
protein, kalsium dan vitamin B complex.
Ok, berikut saya kongsikan beberapa tips ringkas tentang panduan pemakanan semasa berpantang selepas bersalin:
1) Protein
Si ibu memerlukan zat yang mencukupi dalam pemakanan. Makanan yang
kaya dengan protein adalah sangat diperlukan seperti daging, sesetengah
jenis ikan dan ayam. Ayam ni actually bergantung. Macam saya dulu, memang tak ambil langsung, maklumlah ayam zaman sekarang ni 'ayam cucuk'. Kalau nak ambil pun, better ambil ayam kampung.
Ikan kategori yang
boleh dimakan pula ikan tenggiri, bawal, salmon, haruan, siakap, ikan
merah, kerisi, kurau, kerapu, senangin, jenahak dan ikan bilis.
DILARANG : Ikan-ikan berbisa harus dielakkan seperti ikan keli. Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam
pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
Juga elakkan akanan laut seperti udang, sotong, kerang, ketam dan sesetengah ikan
yang bersifat gatal seperti ikan duri, tongkol, sembilang dan ikan pari.
2) Sayur-sayuran
Sayur-sayur yang boleh dimakan pula adalah dari kategori yang tidak
sejuk dan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu untuk bayi seperti
sayur sawi, lobak putih, bok choy, lobak merah dan bawang merah. Ini
juga termasuk ulam-ulaman seperti pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja,
daun sekentut, daun cemumar, daun pudina dan daun kari.
DILARANG : Sayur-sayur yang menjalar dan bersifat angin seperti kangkung, taugeh,
pucuk ubi, labu, timun, keladi, pucuk paku, kacang panjang, petola,
terung, petai dan jering tidak
boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
3) Buah-buahan
Buah-buahan pula yang boleh dimakan adalah buah tamar/kurma (sangat elok
untuk dimakan dari waktu mengandung sehingga selepas bersalin), epal
dan pear.
Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
DILARANG : Buah-buahan yang bersifat sejuk dan tajam seperti nenas, kelapa muda, mangga, durian belanda, jambu, belimbing, cempedak, nangka dan sebagainya tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang
kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh
menyebabkan bentan dan turun darah.
Tips:
Pemakanan semasa berpantang ini juga elok disandarkan kepada sunnah
Nabi saw, di mana makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang.
Kelaparan tidak elok berlaku semasa berpantang kerana berisiko untuk
masuk angin. Tambahan pula rasa lapar juga adalah satu cara saraf
memberikan signal bahawa si ibu sedang memerlukan nutrien untuk
badannya. Sementara makan hingga terlalu kenyang pula seperti yang kita
ketahui turut boleh membawa mudarat kepada si tuan badan. Amalan
sunnah ini elok diamalkan tidak kira dalam keadaan berpantang atau
tidak.
Pengambilan air semasa berpantang juga perlu dikawal dan
dijaga. Tidak boleh terlalu banyak meminum air kerana boleh
mengembangkan urat-urat badan, pada masa yang sama tidak boleh terlalu
kurang. Pastikan air diminum sekadar secukupnya.
Selamat berpantang yer ibu-ibu semua..
Diharap info ini membantu anda yer :)