Monday, 21 December 2015

4 Tips Penting Pengambilan Vitamin Semasa Hamil


Menjaga kesihatan bagi ibu hamil sangat penting. Ibu hamil perlukan nutrien yang lebih daripada biasa bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum. Maklumlah, zat dan nutrien ni bukan untuk ibu sahaja malah untuk perkembangan si kecil dalam kandungan.

Penting bagi ibu hamil untuk mengetahui supplemen yang boleh dan harus dielakkan serta waktu paling sesuai untuk mengambilnya.

1. Keperluan pengambilan vitamin

  • Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pra natal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
  • Supplemen seperti multivitamin, asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu. Vitamin ini dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang anda ambil dan membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
  • Pengambilan vitamin ini tidak menyebabkan ibu hamil gemuk atau saiz bayi menjadi besar. Ia penting sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting ketika hamil.
2. Supplemen minyak ikan terbaik untuk anak
  • Minyak ikan mampu merangsang minda dengan mengambil asid lemak seperti Omega 3, Omega 6, DHA dan EPA dalam kuantiti dan komposisi yang sesuai. Sejak dalam kandungan lagi bayi bijak dan hebat.
  • Ia digalakkan diambil kerana badan tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan.
  • Pembentukan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.
3. Supplemen dilarang

  • Vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.
  • GLA atau Gamma Linolenic Acid yang biasanya terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan berbahaya kepada kandungan. 
  • Pengambilan teh hijau untuk mencegah sembelit harus difikirkan terlebih dahulu. Ini kerana teh hijau ini walaupun mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan tetapi ia mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik ini meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan vitamin dan nutrisi diserap dibuang melalui pembuangan air kecil. Adalah lebih elok jika anda mengambil air secukupnya di samping buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serat bagi mengelakkan masalah sembelit.
4. Waktu paling sesuai

  • Kebanyakan supplemen dan vitamin digalakkan diambil selepas makan pada waktu pagi. Hal ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya seperti meningkatkan kecergasan serta tenaga sepanjang hari

No comments: