Haid tidak teratur. Bulan ni datang bulan depan tidak. Risau? Semestinya la kan. Bagi yang merancang untuk mendapatkan zuriat pula tentu menjadi lebih sukar untuk planning bila haid tidak stabil.
Masalah haid tak teratur bukanlah masalah kecil. Sukar hamil walaupun dah kahwin lama, badan rasa letih, emosi terganggu sehingga mengganggu hubungan suami isteri adalah antara kesan dari haid tak teratur.
Bagaimana Dikatakan Haid Yang Tidak Teratur
Kitaran haid dikira dari hari pertama sesuatu haid dengan hari pertama haid bulan berikutnya. Aliran haid mungkin berlaku setiap 21 hingga 35 hari dan dan biasanya terjadi 2-7 hari.
Mempunyai kitaran haid tidak teratur bermakna tempoh di antara tempoh
berbeza setiap bulan. Iaitu, kadang-kadang datang setiap 28 hari,
kadang-kadang setiap 20, kadang-kadang setiap 30. Dan kadang-kadang ada yang sampai berbulan-bulan tak datang haid.
Mengapa Pentingnya Haid Yang Stabil
Tahukah anda bahawa masalah haid tidak teratur ini adalah punca kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan dikalangan wanita.
Kebiasaannya, wanita yang didatangi haid setiap bulan adalah wanita yang subur. Haid terjadi selepas ovum matang yang berpotensi disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan.
Ketika dilepaskan pada waktu subur, potensi wanita hamil adalah tinggi jika berlaku perhubungan suami isteri. Tetapi, jika haid tidak stabil, nak tentukan bila hari subur pun sukar.
Selain itu, antara kesan masalah haid tidak teratur adalah
Ketika dilepaskan pada waktu subur, potensi wanita hamil adalah tinggi jika berlaku perhubungan suami isteri. Tetapi, jika haid tidak stabil, nak tentukan bila hari subur pun sukar.
Selain itu, antara kesan masalah haid tidak teratur adalah
- Mudah untuk dijangkiti penyakit.
- Rambut kusam dan gugur.
- Tubuh menjadi kurang bertenaga dan cepat penat.
- Kulit wajah cepat tua, kusam dan tak ceria.
- Daya ingatan menjadi semakin lemah.
- Berat badan naik mencanak-canak.
1. Kegemukan
Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh
menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia
seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
2. Terlalu kurus
Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid
anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat &
seimbang.
3. Berlebihan hormon prolaktin
Hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
4. Masalah kesihatan
Sakit secara tiba-tiba seperti demam,
selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan
tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
5. Tekanan/stress
Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal &
mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu
mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
6. Menopaus
Ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
7. Pencegah hamil
Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
8. Penyusuan badan
Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
9. Masalah tyroid
Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
10. Ubat-ubatan
Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.
Cara Merawat Masalah Haid Tidak Teratur
Cara Merawat Masalah Haid Tidak Teratur
Rawatan adalah bergantung kepada sebab kenapa haid tidak teratur. Dapatkan consultation dan pemeriksaan lanjut dengna doktor pakar sakit puan jika mengalami tempoh haid tidak stabl yang lama. Buat UPT untuk mengetahui anda hamil atau tidak.
Jika disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, PCOS mahupun fibroid, Gla Complex adalah cadangan supplement untuk anda bagi memperbetulkan semula hormon dalam badan
GLA Complex ni sangat penting untuk kesuburan wanita. Tahukah anda, warna lendir serviks boleh memberi petanda kesuburan wanita. Lendir serviks ni lendir yang keluar selepas kita kering darah haid.
GLA Complex membantu menghasilkan lendir yang subur, iaitu lendir yang berwarna putih jernih, nipis dan stretchy. Lendir ini memudahkan sperma untuk berenang ke arah tiub fallopio. Lagi best, lendir ini membolehkan sperma bertahan hingga 5 hari walaupun ovulasi belum bermula. Nanti bila telur mula dihasilkan, sperma boleh berenang ke arah telur dengan selamat tanpa banyak cabaran. Lendir yang tak subur adalah lendir yang tebal, coklat dan kering.
GLA Complex turut membantu menstabilkan hormon, dan seterusnya membetulkan semula kitaran haid. Jadi kalau sesiapa yang ada masalah haid tak stabil, kejap sebulan datang, kejap 2 3 bulan, boleh lah amalkan GLA. Bila haid stabil insya-Allah mudah nak predict waktu subur
Saya kongsikan di sini Testimoni pengguna GLA untuk masalah haid tidak teratur
No comments:
Post a Comment