Wednesday, 16 December 2015

Tulang Patah Cepat Sembuh Selepas Kemalangan


Baru-baru ini saya mendapat feedback dari salah seorang customer saya yang beliau sudah boleh berjalan. Customer saya ni actually baru saja kemalangan, jadi beliau sedang mengamalkan supplements Shaklee untuk sembuhkan tulang patah dengan cepat. Alhamdulillah, so happy for him.

Tulang yang retak ataupun patah ni boleh disembuhkan semula seperti normal kalau kena cara rawatannya. Ia merupakan tisu yang unik di mana ia mampu untuk tumbuh semula dan membentuk hingga normal atau hampir normal.

Pada hakikatnya, patah tulang memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh. Setelah mengalami rawatan di hospital, pesakit patah tulang perlu menunggu masa yang berbulan-bulan untuk sembuh sepenuhnya dan tempoh penyembuhannya pula bergantung kepada individu tersendiri. Tempoh penyembuhan tidak sama mengikut jenis kecederaan/patah yang dialami.


Bagaimana Tulang Sembuh

Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, proses penyembuhan tulang melalui 3 proses secara serentak iaitu:
  • pembengkakan (inflamasi)
  • penyingkiran sel-sel tulang yang rosak 
  • pembentukan semula tulang yang baru
Proses penyembuhan ini sebenarnya agak rumit. Tempoh penyembuhan berbeza mengikut individu atas beberapa faktor seperti tempat patah, usia pesakit, wujudnya penyakit kronik yang melambatkan penyembuhan, status pemakanan dan lain-lain. 

http://www.celiknutrisi.my/wp-content/uploads/2015/12/jenis-patah-tulang.jpg

Cara Tulang Patah Cepat Sembuh

Walaupun begitu, tidak  bererti kita hanya perlu pasrah dan menunggu tanpa melakukan apa-apa ikhtiar untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Salah-satunya ialah dengan memastikan pengambilan nutrisi yang tepat. Ini akan menyingkatkan tempoh penyembuhan patah tulang. 
 
Nutrien penting yang diperlukan untuk mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah:

1) Zink
Zink membantu dalam mempercepatkan proses baik luka. Zink membantu mengekalkan integriti kulit dan mukosa membran. Zink penting untuk sintesis DNA, pembahagian sel, pembentukan kolagen, sintesis protein, dan fungsi imun - semua proses yang perlu untuk pertumbuhan semula tisu dan pembaikan luka.

2) Ostematrix (Kalsium)
Ostematrix adalah vitamin kalsium magnesium dengan vitamin D. Kalsium adalah mineral utama dalam komposisi tulang manusia,  ia memainkan peranan penting dalam pemulihan dari patah tulang atau kecederaan tulang yang lain.

3) ESP Protein)
ESP membantu memulihkan sel akibat pembedahan dan mempercepatkan penggantian sel-sel baru yg lebih sihat. Juga membantu untuk memudarkan parut akibat kesan dari pembedahan.

Berikut saya kongsikan pengalaman Encik Muhammad Faiz Bin Ahmad yang mengalami kemalangan jalan raya, sehingga tulang belakang dan kaki beliau patah. Berkat ikhtiar beliau, dengan izin Allah, beliau telah sembuh dengan begitu cepat sehinggakan doktor yang merawat beliau pun terkejut. Jom kita baca perkongsian beliau..


Assalammualaikum..Saya Muhammad Faiz Bin Ahmad berusia 23 tahun. Saya ingin kongsikan ‪#‎ShakleeEffect‬ saya kepada semua. Sebenarnya saya sebelum ni anti-supplement tau! Tu lah orang cakap, bila tak sakit memang kita tak cari supplemen-supplemen ni..Bila dah kena sendiri baru rasa kepentingannya. 

Jom ikuti kisah saya..

Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni. Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.

Menurut doktor tulang belakang yang patah tu tulang yang no 2 seperti carta di atas. Doktor cakap akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..

Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.

Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. Dengan izinNya jua. Alhamdulillah...Menakjubkan!!

Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..

Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.

Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.

Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.

Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih.

Jika anda, keluarga atau kenalan anda yang mengalami masalah yang sama, dan ingin berikhtiar dengan supplements Shaklee, jangan segan-segan untuk hubungi saya ya.

Thanks for reading
Semoga bermanfaat :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: