Wednesday, 2 December 2015

6 RAHSIA Kenapa Air Masak Penting Untuk Cantik Dan Sihat


"Kak. Bila ambil vitamin ni memang kena minum banyak air masak eh?"

"Kak. Saya susah la nak minum air masak. Takpe ke?"

Ini antara soalan yang selalu saya terima bila saya ingatkan customer saya supaya minum air masak yang secukupnya.

Sebenarnya, minum air masak ni, tak semestinya bila ambil supplements je. Kalau tak ambil supplements pun pengambilan air masak secukupnya ni amat penting. Bukan semata-mata untuk kecantikan je, malah untuk kesihatan badan kita juga. Air masak tau, bukan air kopi ke, teh tarik ke, milo ais ke, dan sebagainya. 

Mungkin banyak yang anda tak tau tentang air masak ni. Nak tau kenapa air masak ni penting?

Jom kita baca sama-sama
Mudah-mudahan anda mendapat manfaat dari info ni, dan sedikit-sebanyak memberi semangat untuk anda minum air masak secukupnya setiap hari :)

6 RAHSIA Kenapa Air Masak Penting Untuk Cantik Dan Sihat


1. Buang toksin berlebihan

Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi, selepas minum air, dalam masa 1 jam, tak rasa nak berak, maknanya usus ada masalah. Sila lah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak
tahu kenapa walaupun tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan Mcdonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan banyak toksin. Sila lah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat.

2. Kecantikan kulit

Minum air untuk maintain kegebuan, kelembapan dan kebersihan kulit.

3. Risiko kanser

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

4. Masalah kesihatan

Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

5. Buang lemak

Air untuk buang lemak. Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari

6. Letih dan mengantuk

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah. Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air.

6 Tips Minum Air Masak 


1. Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. 

2. Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi
dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air masak. 

3. Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing. Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas.

4. Minum air seawal sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air seeloknya suam - di dahulukan dengan salawat nabi atau kalau taknak salawat, terpulang lah. Haba mampu mengembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan utk kesihatan kaum lelaki.

5. Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan anda dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air. Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. 

6. Pastikan anda sudah pun habis minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam. Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam. Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada jam 7 malam.
Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur.

Semoga bermanfaat :)

No comments: