Sunday, 13 December 2015

7 Sebab Kita Perlu Ambil Supplements Dan Vitamin


"Perlu ke ambil vitamin -vitamin ni?"

"Mak dengan nenek saya dulu okay je hidup sihat sampai sekarang. Mana ada diorang ambil vitamin-vitamin ni. OK je pun. Saya sendiri pun bukanlah sakit. Buat apa nak makan pill dan tablet ni semua?"

Itu dulu....

Zaman dulu nenek moyang kita hidup dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi sebagai bahan makanan dan perubatan. Mana ada amal makanan segera yang kaya dengan pewarna, perisa dan pengawet semua ni. Diorang rajin amalkan ulam, jamu dan rempah ratus dalam kehidupan harian. Semua tanam sendiri kat kampung, jamu pun buat sendiri. Sebab tu diorang hidup sihat dan panjang umur. 

Lagipun orang zaman dulu macam bahagia je takde banyak masalah. Suasana aman damai, udara dan air bersih. Orang dulu banyak guna fizikal. Bukan kerja mengadap internet atau handphone.

Sekarang....

Memang berbezalah dengan kehidupan moden zaman sekarang. Orang sekarang usia muda lagi dah menghidap macam-macam penyakit kronik. Diri sendiri dan anak-anak pun setakat demam, batuk selsema tu dah macam bestfriend dah.

Banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan masyarakat sekarang. Kehidupan sekarang tak sama macam zaman dulu.

Sebab tu lah, zaman sekarang ni, vitamin dan supplements ni dah jadi satu keperluan dah, bukan lagi pilihan.


7 Sebab Kita Perlu Ambil Supplements Dan Vitamin

1. Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian 
Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.

2. Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak 
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!

3. Zat makanan mudah hilang
Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.

4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan 
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang 
Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.

6. Gaya hidup tidak sihat 
Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.

7. Pencegahan dari awal 
Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.

Jadi, pengambilan vitamin dapat memberikan kelebihan dengan meningkatkan tahap kesihatan dalam badan setiap individu.

Dan walaupun kita sihat, masa nilah kita perlu pelihara kesihatan sebagai pencegahan supaya tak jatuh sakit. Sebab bila dah sakit kita terpaksa bergantung dengan ubat. Melabur untuk vitamin adalah lebih baik daripada terpaksa bayar bil hospital dikemudian hari. Bak kata pepatah, mencegah kan lebih baik dari mengubati.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Thanks for reading!

No comments: