Thursday, 24 December 2015

Part 1 : Bercuti Di Cherating, Samsuria Beach Resort & Residence Dan Santuari Penyu



Cuti sekolah, kalau tak pergi Kuala Lumpur tak sah. Maklumlah, anak-anak saya ni rapat betul dengan kakak saya, mak long pak long diorang, asal cuti sekolah jer ajak pergi Kuala Lumpur rumah mak long pak long. Dah selalu sangat pergi, rasa macam dah takde tempat nak pergi jalan-jalan dah kat KL tu. Budak-budak kan, kalau setakat pergi shopping complex ke, muzium-muzium 3D ambik gambar ke, takde maknanya la. Confirm asyik ajak balik je. Kalau nak pergi mesti kena tempat yang boleh buat apa-apa aktiviti.

So, last week, demi menunaikan hajat anak-anak, berangkatla kami ke KL. Takde plan apa-apa pun lagi time pergi tu, cuma ingat nak bawa anak-anak pergi pantai atau water park jer la. Tu favourite kakak and irfan tu. Dah sampai KL, sambil lepak-lepak, baru plan nak pergi mana.
Fikir punya fikir, so kitorang decide nak pergi Cherating. Alang-alang boleh terus jalan-jalan kat Terengganu, dah dekat sangat. Tak pernah lagi bawa anak-anak sampai situ.

Dengan apa hotel pun tak book lagi, redah jer lah. Nasib baik check dekat Agoda, banyak room available lagi. Survey sikit sambil baca review, kitorang book 2 rooms apartment dekat Samsuria Beach Resort & Residence, Cherating. Klik-klik, bayar, settle. Kitorang memang kalau pergi mana-mana, book hotel dekat Agoda ni je, senang dan jimat. Memang boleh dapat rate yang sangat murah tau compare dengan kita book hotel melalui call. Highly recommended!

So, awal pagi, siap-siap semua, maka bertolak la kami dari KL dalam pukul 10 pagi macam tu...

Nak berjalan jauh ni, kita isi minyak dulu masing-masing
Irfan pagi-pagi pun dah mintak nasi dengan kari ni :)

Alhamdulillah... dalam pukul 2 macam tu kitorang sampai dekat Samsuria Beach Resort & Residence Cherating. Adalah tersesat sikit masuk salah lorong :)

Sampai-sampai tu ngam-ngam dah boleh check in.

Sampai-sampai je kat lobby, dah nampak view ni. Nice!
Kakak dengan irfan la paling excited

Mak ngan anak sama-sama excited
Kita tunggu mak long settle check in dulu naaa...

Punya besar ruang tamu dia
Kalau datang family ramai-ramai, angkut toto tido kat ruang tamu ni pun boleh

 Sea view dari balcony
Bolela relax2 sambil ambil angin pantai kat sini.
Nak mandi pun boleh je, cuma time kami pergi ni ombak kuat, so bahaya la kalau nak mandi

 Complete dapur ni. Siap dengan pinggan mangkuk, periuk segala.
Rugi kalau tak masak-masak ni :)

 Main bedroom

 Toilet dekat main bedroom ni siap ada bathtub lagi

 2nd bedroom. Kecil sikit dari main bedroom, tapi still consider besar la

 Toilet in 2nd bedroom
Overall, memang puas hati dengan apartment ni
Berbaloi dengan harga yang dibayar. Bilik besar, cantik, selesa dan bersih.
Staff kat sini pun semua friendly

Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu, Cherating Pahang
Lepas semua dah solat, rehat-rehat sikit, ke sini pulak kami
Kalau dah datang Cherating ni, tak tengok penyu tak sah la kan.
Actually kitorang sampai sini pun dah dekat pukul 4 petang macam tu, padahal tempat ni tutup pukul 4.30 petang.
Okla tu, nasib baik sempat jugak 

 Peta kawasan

Tengok penyu puas-puas.
Terserlah ke'excited'an anak-anak mama

 Comey pulak tengok penyu-penyu ni

 Mama pun nak jugak bergambar dengan penyu

Moh ler anak-anak kita bergambar kenangan dulu sebelum balik

Malamnya, kitorang lepak bilik je
Sebelum balik ke bilik tu, kitorang dah siap-siap beli barang-barang nak masak lagi
Masak, makan-makan, tengok TV sambil plan nak pergi mana esoknya

Alhamdulillah... berakhir sudah hari pertama di Cherating.

Hari kedua, next entry k 

Thanks for reading :)

1 comment:

Salina@IbuAqil said...

Alahai rindunya..
Lama sgt ibuAqil x sggh jenguk sini..
Sihat semuanya..
Selesa jgk sewa kat sini yer..
Kami x penah sampai sini lg..
Ntah bila nak sampainya x tau ler..