Sunday, 20 December 2015

4 Makanan Yang Perlu Dielakkan Jika Ingin Kulit Cantik Dan Awet Muda


Wanita mana pun pasti mahu kelihatan awet muda kan. Ehh, bukan wanita je, kaum lelaki zaman sekarang pun dah mula mementingkan penampilan diri tau. Ramai yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli produk terbaik dan melakukan pelbagai rawatan kecantikan demi mengekalkan kecantikan dan keremajaan. Namun ramai yang sering terlepas pandang mengenai gaya hidup dan pemakanan, yang menjadi faktor utama menghakis kecantikan seseorang.

Makanan berkhasiat membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, ia membantu kita sihat dan sangat bermanfaat merawat kecantikan. Namun terdapat juga makanan yang tidak baik diambil secara berlebihan. Bukan sahaja bahaya untuk kesihatan malah ia juga mempercepatkan proses penuaan.


Jom kita kenali 4 jenis makanan tersebut.

4 Makanan Yang Perlu Dielakkan Jika Ingin Kulit Cantik Dan Awet Muda

1. Garam


Mengambil garam berlebihan (500 mg sehari) akan mengundang pelbagai penyakit seperti darah tinggi. Selain itu, garam juga boleh melemahkan kulit kerana ia menyerang kolagen. Akibatnya kulit mudah kendur. Golongan yang mengambil garam secara berlebihan kebiasaannya mengalami masalah bengkak di bawah mata. Sudah pasti situasi ini mencacatkan kecantikan.

2. Gula


Gula boleh menambahkan laluan insulin yang memberi kesan kepada salur darah seterusnya mempercepatkan proses penuaan. Pengambilan gula tanpa kawalan juga menyebabkan penyakit merbahaya seperti kencing manis dan boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti. Elakkan makanan manis terutama minuman bergas dan pencuci mulut seperti ais krim dan kek. Gantikan dengan snek sihat seperti buah-buahan. Jika pengambilan gula dikurangkan, kulit akan menjadi lebih segar dan berseri. Amalkan dalam masa seminggu, anda dapat melihat hasilnya.

3. Makanan pedas

Tidak dinafikan makanan pedas dan berempah dikatakan baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh namun ia memberi kesan negatif kepada kulit. Makanan pedas boleh mengembangkan salur darah terutama bagi yang mengalami menopaus. Kapilari ini menyebabkan kulit kelihatan kusam, lesu dan tua.

4. Kopi

Ini salah satu minuman kegemaran masyarakat dunia tanpa mengira bangsa. Pengambilan kopi dikatakan dapat memberi kesegaran pada mata dan menjadi terapi untuk sesetengah orang. Tetapi faktanya, pengambilan kopi yang keterlaluan akan menyebabkan gigi menjadi kuning. Selain itu kopi juga mengeringkan tubuh. Akibatnya kulit mudah menjadi kering dan penuaan berlaku dengan cepat. Kedutan mudah kelihatan di bahagian mata dan tepi bibir. Sebaik-baiknya untuk nampak awet muda, tinggalkan kopi. Gantikan dengan jus buah-buahan segar dan air putih yang sangat baik untuk kecantikan dalaman serta luaran.

Thanks for reading.
Semoga bermanfaat :)

No comments: