Wednesday, 16 November 2011

Aktiviti weekend menghabiskan masa kat tempat lepak budak-budak sekolah, City Plaza Alor Setar

weekend lepas, aku ngan cik abang balik lagi rumah mak aku kat Alor Setar, sebab Qistina and Irfan ada kat situ. insyaAllah minggu depan balik lagi, sebab kitorang plan nak biar anak2 duduk ngan mak aku lagi seminggu.

aku kalau balik rumah mak aku, aktiviti aku yang paling utamanya adalah makan dan makan dan makan masakan mak aku. mau gemuk aku kalau selalu melantak tak hingat macam nih. pagi petang siang malam asyik makan jer. jadinya, untuk mengelakkan daripada aku berterusan ulang alik ke dapur, aku pun mengambil keputusan untuk kuar jalan-jalan ngan kakak aku.

tak g mana2 pun, just g City Plaza jer. dah lama giler aku tak jejak kaki kat situ. dulu time zaman muda remaja, selalu la aku g situ ngan member-member sekolah. bukannya ada apa sangat pun, banyak outlet-outlet kecik kat situ, tempat tengok wayang, tempat main bowling, karaoke. kesimpulannya, takde benda sangat pun untuk golongan macam aku yang bawak anak-anak kecik nih. tempat ni more happening to budak-budak muda remaja yang belum kawen ataupun baru kawen. memang terbukti pun time aku g tu, penuh dengan golongan ni jer kat situ.

so, kitorang just jalan-jalan kat situ sambil melaburkan duit dalam mesin game. macam biasa, jom layan gambar...

hmmmm.. macam mana nak main benda nih

ooooo.. kena pijak2

hahhh! main yang tekan2 pulak

yang ni canggih sikit. touch skrin jer

Note : rindunyaaaaaaa kat Qistina and Irfan:(

4 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hahaha teringat pot dating gak
ai lagik la dah lama x terjah citu
nnt leh kiter berjimba ekkk

MrS. F!zA said...

yg pijak2 tu bukan yg menari tu ke?dlu2 kita suka tgk ada mamat cina tu pulun giler main..haha

ieda said...

sesekali bawa anak2 lepak2 nie ok lah dik .. tapi anak2 akak x leh kuut .. nak2 zahrien tuu huhuh lasak sgt huhuhu

Salina@IbuAqil said...

Best jenjalan bwk bebudk ni kn.. ;)