Monday, 14 November 2011

Bercuti raya di hospital, dari KPJ Penang Specialist Hospital ke Kedah Medical Centre

salam kawan2 semua. first of all, thanks for all your wishes. really appreciate that

minggu lepas adalah minggu yang paling bz dan penuh dugaan untuk keluarga kecik aku ni. dua hari sebelum raya, Irfan admitted sebab kena Pneumonia. aku time tu dah tau dah, sure aku kena raya kat hospital punya. tapi aku tak kisah pun, janji Irfan sihat. so, aku dah bawak baju melayu Irfan and baju kurung untuk pakai hari raya, saja jer nak feel raya sikit.

Alhamdulillah Irfan dah tak demam dah. selera makan pun dah back to normal. tapi batuk ngan flu tak hilang lagi. time dokter datang check pagi raya tu, dokter cakap Irfan boleh discharge. just datang lagi dua hari untuk ambik injection bagi complete antibiotic. so, lepas ambik yang 3rd day punya antibiotic kat hosptal tu, dalam pukul 3 lebih macam tu, kitorang pun berangkatla balik kampung cik abang sebab ada buat korban sikit. lepas tu, dalam pukul 6 macam tu, terus cabut balik rumah mak aku kat Alor Setar pulak, tak sabar giler nak jumpa Qistina.

aku ngan cik abang dah discuss, buat sementara waktu, kitorang akan bagi mak aku jaga Irfan sat, sampai betul2 sembuh. Qistina pun tinggal sekali, bukan apa, tak sanggup nak pisahkan dua beradik tu, nanti si kakak asyik tanya adik mana jer. biarla diorang main sama2. jadinya, kitorang ulang alik dari Alor Setar ke Penang untuk ambik injection tu.

last day Irfan kena g hospital tu, malamnya cik abang pulak kena diarrhea and muntah2. pukul 2 pagi macam tu bawak g Kedah Medical Centre, dokter cakap kena food poisoning and suruh admit tapi cik abang tak nak. so just ambik injection. esoknya, sampai ke petang cik abang tak ok lagi. g check balik kat KMC, then dokter suruh admit. berkampung lagi kat hospital. Alhamdulillah, lepas sehari kat  hospital, cik abang dah ok and boleh discharge.

dugaan betul kan...

setelah bercuti panjang kat hospital, aku pun start kerja balik hari Jumaat lepas. bz yang amat dengan kerja banyak pending menimbun-nimbun.

entry kali ni penuh ngan gambar2 kat hospital jer, tak sempat pun bergambar time beraya. layannnnn

Irfan bersuka ria dapat main and spend time with mama

alamak. Irfan pakai baju pink bunga2. pinjam sweater kakak sat, sweater Irfan kotor

selepas sehari, Irfan dah mula tenang bila kena sedut gas ni, sebab mama and nurse cakap Ultraman pun pakai macam ni:)

boringla duduk dalam bilik. jalan2 la pulak dengan....Ultraman:)

alamak! mama lupa bawak butang baju. takpe, anak mama tetap maintain hensem

apasal gambar ni lighting pelik semacam, aku pun tak tau. dahla aku serabai semacam, maklumla jaga anak kat hospital

hiyarggghhh! Ultraman!
sehari selepas discharge, g hospital untuk antibiotic jab

kakak teman Irfan inject nanti ok!

3 buah hati kesayangan mama

diakhiri dengan gambar gedik aku:)

Note : hari ni Irfan kena g follow up kat hospital. mudah-mudahan semua ok.

11 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Siannye Irfan..
banyak betul dugaan..
Gaya ultraman tu tetap tak ketinggalan ye.. :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

fighting irfan kun
moga bertambah cihat lepas ni ekkk
ai pow lama x terjah KMC
last gi inject adam last January

LYAfrina said...

mcm mana irfan blh kna phemonia yer.. apa2 pon , doakan agr irfan cpt sembuh yer.. take care.. dan smoga appoitment hari ni bjln dgn lncar.

Tina Othman said...

banyaknya dugaan, tapi alhamdulilah semua dah okey kan skrg ni

Cik Rose Cute said...

Kesian Irfan...Semoga cepat sembuh...

Kakzakie said...

Dlm pada tak sihat masih lagi nak berultraman Irfan ye... Pnumonia kalau tak chek memang kita tak tahu sebab kita sangkakan lelah/batuk.

Moga akan sembuh sepenuhnya...

♥MAMASYAZA♥ said...

hero kecik akak dulu pun penah kena pneumonia. lepas tu mmg akak betul2 berjaga2 kalo dia mula batuk. risau sgt. berkampung seminggu gak akak kat kmc

...sWeeT uMi... said...

byk tul dugaan raya tahun ni huhhhu...semoga pasni irfan bertambah sihat dan ceria seperti biasa...amin (^__^)

Salina@IbuAqil said...

Alahai!!! Kesian irfan.. Jatt TC yer.. Bnyk kn sabar.. Dugaan sementara nak bsorkan anak.. Mudah2an x ada apa2 ye..

CIK JATT said...

thanks semua for all the wishes. really2 appreciate it

Mama Gee said...

alahai...
harap2 by now si kecil dh ok ya...