Thursday, 24 November 2011

Jom tengok lampu di I-City Shah Alam

sekarang ni cuti sekolah, jadinya kakak aku dah berangkat g KL rumah abang ipar aku. diorang ni PJJ, kakak aku cikgu kat Kedah, still tak dapat tukar sekolah kat KL. selalunya, kalau kakak aku g KL, aku akan ambik cuti, join sekaki ikut kakak aku, bawak anak2 gi jalan2. tapi kali ni, tak dapek den nak ikut sebab cuti aku habis terus. takkan nak ambik unpaid leave kut semata-mata nak berjoli katak. no no no.

last aku g KL, cuti sekolah hari tu, bulan 5 kut tak silap aku. dah g KL tu, kitorang g terjah I-City, saja nak tengok apa yang best sangat. tak tau jalan pun, main redah jer. sampai kat satu roundabout kat Shah Alam tu, tanya la sorang mamat naik moto ni jalan nak g I-City. dengan confidentnya mamat tu cakap, 'straaaaiiiiiight jer..sampai nampak sign board. straaaaiiiight jer'. kitorang yang lurus bendul tu pun ikutla cakap mamat tu, straight jer la sampai masuk kawasan lengang yang langsung tak logik akan menuju ke I-City yang glamer tu. dahla kereta lain takde pun lalu jalan tu. signboard hapa pun tarak.

seb baik ternampak satu stesen minyak. tanya la mamat yang kerja kat situ. pun dengan confidentnya dia explain jalan. tapi adala kena corner gak, logikla sikit kan. Alhamdulillah, akhirnya sampai gak kami ke I-City. masuk free jer. just bayar parking RM 10. punyala lama perjalanan, sampai Qistina and Irfan pun dah ngantuk. so, diorang macam tak enjoy sangat.

layan jer la gambar kami kat situ, yang mana aku yang excited lebih tengok lampu2 tu. tapi takla sampai tahap jakun:)

Qistina and Irfan with mak tok, mak long and pak long. 
dua2 muka mengantuk:)

Qistina and Irfan dengan pak long kesayangan

aku pakai baju ikut tema, lampu pun penuh di baju

 dikelilingi oleh binatang

posing lagi

Qistina dah mula mengantuk

Note : ada yang request tutorial pakai shawl guna pin jer tu. actually senang sangat nak pakai macam tu. tapi masa tak mengizinkan la aku nak buat. sorry yer rakan2 ku sekalian. insyaAllah, kalau berkesempatan, aku cuba usahakan:)

12 comments:

Nurul Iman Rosman said...

wahh, best nye.

tak penah lagi ke sane. hehe ;)

Pen Biru said...

kat alor setar pun dah ada sekarang dekat balai nobat depan masjid zahir..nanti bila2 sy upload citernye..tapi tak dela sebesar kawsan i-ct tu..

Qhaifa Nur said...

bercahaya gitu, sememangnya cantik...

bilalah nak jejak sana ni...

So Shy Lady said...

byk kali postphone coz time nk pg arah situ slalu jln jem.

tp best kan...gmbar CJ cantik2

cikwahidaidris said...

bestnyeeee. xpenah sampai lg kat situ. huhu

missbby said...

kita memang mau ke sana...iallah kalau ada rezeki..

MamaEma said...

baru sekali jer pergi..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

x pernah terjah lagik
biasa terjah kat depan masjib zahir jer ngeh ngeh ngeh

chekpid said...

rumah chekpid kat area tu. dh berjaman xsinggah i-city, xcited masa mula2 opening je. dengarnya now entry rm5

Salina@IbuAqil said...

bestkan dear kat sana.. segar mata tgk lampu2 tu.. ;)

e.l.i.z.@ said...

hihihi mmg baju jatt sebijik ikut tema lampu hihi

Runescape Gold said...

Your blog provided us with valuable information to work with . Each & every tips of your post are awesome. Thanks a lot for sharing. Keep blogging.