Orang cakap, Pulau Pinang ni syurga makanan. Saya ni nama je duduk kat Pulau Pinang, tapi kalau tanya saya kat mana tempat makan yang sedap, terkial-kial gak nak jawab. Google jer la jawabnya. Sebabnya, cik abang saya ni jenis yang jarang nak makan kat luar ni, lebih suka makan kat rumah walaupun isteri dia ni masak sempoi jer pun.
Baru-baru ni ternampak kawan saya post gambar dia kat Facebook, gambar dia g makan Laksa Janggus. Orang cakap Laksa Janggus ni laksa yang paling sedap kat Pulau Pinang ni. Kalau sesape yang datang sini, tak g makan laksa ni tak sah. Memandangkan saya ni memang hantu laksa, confirmla tengok gambar pun dah terliur. Maka bermulala sesi memujuk cik abang, ajak g makan Laksa Janggus. Disebabkan tak sampai hati nak menghampakan si isteri yang memang hantu laksa ni, cik abang pun ikutkan jer la.
So, Sabtu lepas, akhirnya merasa jugakla akhirnya Laksa Janggus ni. Actually tak jauh pun dari rumah saya, dalam 40 minit macam tu jer.
Gambar memang tak banyak, sebab fokus makan laksa. Haha..
Kita layan gambar dulu sikit. Lepas tu baru saya share review ok.
Mama & ipan. Tengok rambut ipan.
Hasil kerja si ayah..
Dalam kereta kena ada aktiviti macam ni, barulah boleh duduk elok-elok.
Si ayah pun bolehla drive dengan aman
Tu dia!!
Ni la tempatnya. korang lalu jalan ni, nampak banyak kereta parking tu, ready la nak stop. kang terlajak pulak, Laksa Janggus ni kedai dia kat rumah je, tepi jalan
Ipan macam macam mama dia.
Sama-sama hantu laksa :)
Laksa budak-budak.
Kosong... kosong... no sayur-sayur
Order sampai 4 mangkuk laksa besar special. Kononnya sorang satu, mama, ayah, kakak dengan ipan.
Sekali kakak tak nak la pulak. Guess what, terpaksala saya yang habiskan. Series kenyang giler, 2 mangkuk laksa besar tu. Seb baik mama ambik supplement Shaklee, still maintain tak buncit. Hihihi..
Komen Ipan : Laksa ni sedap, tapi pedas. Laksa maktok lagi sedap sebab tak pedas.
Komen Kakak : Kakak tak nak la laksa ni. Pedas
Komen Ayah : Apa yang best sangat laksa ni yang. Laksa mak lagi sedap
Komen saya : Ok. Untuk kategori laksa yang dibeli, laksa ni laksa yang paling sedap pernah saya makan. Tapi, betul la cakap cik abang, still tak boleh lawan laksa yang mak saya buat :)
So, kepada penggemar-penggemar laksa semua, kalau mai Pulau Pinang, korang wajib makan Laksa Janggus ni..
No comments:
Post a Comment