Monday, 14 April 2014

Rutin Baru Seorang Surirumah, Work at Home Mother


Dah lebih kurang 5 bulan saya menjadi seorang surirumah. Macam tak percaya pun ada ni. Belajar tinggi-tinggi tiba-tiba jadi surirumah. Menyesal? Seronok? Mestilah seronok kan.

Bila dah jadi surirumah aka work at home mother ni, jadual pun dah tentulah berbeza dari waktu bekerja dulu. Kalau dulu, banyak masa dihabiskan kat office jer la. Balik rumah, memang kelam-kabutla nak uruskan hal-hal rumah pulak. Masa dengan keluarga tersangatla terhad. Nak masak kat suami dan anak-anak pun kadang tak sempat. Mana nak main dengan anak-anak sambil tengok anak-anak buat homework lagi kan.

Bila dah jadi suri rumah ni, masa tersangatla flexible. Rileks jer rasa. Takdela terkejar-kejar macam dulu. Masa dengan anak-anak pun lebih. Yang penting, masih lagi boleh menjana pendapatan dari rumah. Duduk rumah pun bleh jana 4 angka sebulan, ok sangat la tu kan, siapa nak bagi. Lagipun, bukannya kena keluar rumah sampai lewat-lewat malam pun, semuanya di hujung jari jer, online jerr...

Tiap-tiap hari, rutin saya bermula seawal subuh. Biasala kan, mana-mana pun, mestilah ibu yang bangun paling awal. Dah lepas mandi, solat Subuh, minum dulu ESP secawan. Maklumlah, tenaga kena ada ni. Mana sempat nak breakfast bagai, minum ESP dulu la untuk alas perut. Mengenyangkan dan memberi tenaga. Banyak tugasan menanti si ibu ni.


Dahtu, mandikan anak-anak, buat susu dan siapkan breakfast dan bekal untuk anak-anak. Anak-anak saya, tiap-tiap pagi, wajib minum sebotol susu dicampur dengan sedikit Mealshakes (yes, anak-anak saya still minum guna botol). Biasanya, anak-anak saya akan makan roti dan kakak Qistina suka makan epal sekali untuk breakfast. Ini kira early breakfast untuk alas perut, sebab dekat kindergarten memang ada disediakan breakfast, tapi mungkin lambat sedikit. So, kena la alas perut dulu kat rumah. Ayahnya pun sekarang breakfast roti jer, nak diet katanya :)

Lepas dah anak-anak g kindy, ayahnya pun dah g office, maknya pun mula la aktiviti kat rumah. Aktiviti business dan juga aktiviti kerja-kerja rumah. Bila anak-anak dah habis kindy, bersambung pulak kelas Iqra kat tempat yang sama. Kira balik rumah pun dah petang. Sekrang ni, Alhamdulillah, tercapai juga impian nak masak sendiri untuk keluarga. Bukan apa, kadang-kadang tu rasa tak yakin nak beli makanan kat kedai, tak tau macam mana tahap kebersihan kat situ. Cara penyediaan tu. Sesekali tu boleh la nak makan luar.

Kalau time kerja dulu, balik tu kadang-kadang stress jugak bila anak-anak cakap lapar nak makan. Padahal kita tudung pun belum buka lagi time tu. Kesian pun ada dengan anak-anak. Masak la kelam kabut dengan letih-letih tu. Kadang tu, dah malam baru nak makan. Fuhhh, supermom sungguh. Tapi sekarang ni ok la sikit kan. Bila anak-anak balik tu, dah ready dah makanan. Tinggal nak makan jer. Anak-anak happy, mak dengan ayah lagila happy. Hihi

Dah siap-siap makan, bolehla rilek2 dengan anak-anak. Maklumlah, online business kan. Flexible. Boleh baca buku sama-sama, boleh buat homework sama-sama dengan anak-anak. Alhamdulillah :)

 


Saya pasti setiap ibu di luar sana pun menyimpan hasrat nak jadi seorang surirumah kan. Don't worry mommies, keep on dreaming, keep on believing, your time also will come soon..
But u have to take action la. Don't wait for the perfect moment. Use the moment now and make it perfect. We have to chase our own dream.

Kalau bukan kita sendiri yang mengubah hidup kita, siapa lagi.
Go and chase your dreams!

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

No comments: