Dulu time saya nak berhenti kerja dari company lama tu, ramai yang tanya saya, nanti tak boring ke duduk rumah jaga anak-anak je. Even bos saya, big big bos pun tanya. Boring tak korang rasa? Sesape yang surirumah atau ibu yang bekerja dari rumah tu, mesti tahu jawapan saya kan. Hihi..
Mestila tak boring langsung!
Sentiasa jer ada kerja nak buat, macam kerja kat office jugakla.
Yang bezanya sekarang, saya buat apa yang saya suka, takde la stress macam dulu. Sambil buat kerja, sambil jaga anak-anak, main dengan anak-anak, masak untuk anak-anak dan suami. Dengan anak-anak, takdenya nak stress, biasala kalau anak-anak buat perangai yang kadang-kadang tu hilang sabar jugak. Tapi marah-marah sayang je.
Masa pun flexible. Jangan tak tau, saya ada jadual tau, apa nak buat hari-hari.
Saya ni memang bukan jenis yang suka duduk goyang kaki, menghadap tv sepanjang hari. Saya lebih suka sibuk dengan sesuatu benda. Pada saya, kita hidup ni bukan untuk rileks tak buat apa-apa. Dalam hidup kita ni, kita mesti sibukkan diri dengan sesuatu yang berfaedah.
Dah 4 bulan lebih saya menjadi Work At Home Mother ni. Alhamdulillah, pendapatan dalam business Shaklee pun semakin meningkat. Bulan ni adalah bulan kedua saya menerima Car Bonus dari Shaklee iaitu tambahan dari bonus bulanan yang Shaklee bagi. Jumlah pun dah melebihi dari gaji saya sebagai Senior Engineer dulu :)
Salah satu benda yang paling saya suka bila dah jadi Work At Home Mother ni, bila saya dapat spend waktu bercuti dengan anak-anak. Kalau dulu, time kerja, memang tak cukup cuti tahunan tu. Sampaikan bila time cuti sekolah, anak-anak saya jalan makan angin pun saya tak ikut. Mana taknya, mak long diorang tu cikgu. Tiap kali cuti sekolah, mesti nak bawak anak-anak saudara kesayangan jalan-jalan. Maknye pula selalu tak boleh ikut sebab takde cuti. Jeles sungguh.
Kali ni, sangat hoorrayyy.
Cuti sekolah seminggu baru ni, memang berjalan jer la kerjanya anak-beranak ni.
Ayahnya tinggal kat Penang sebab kerja, mak dengan anak-anak berjalan sakan kat kampung the whole week. Hihi..
Dah buat online business ni, kat mana-mana pun business tetap on.
Sambil jalan-jalan makan angin, sambil buat business, online jer... Best best :)
Seronok anak-anak mama yer mama dapat ikut jalan-jalan.
Ker, mama yang seronok ni. Hihi
Rezeki anak-anak mama, mama dapat jadi Work At Home Mother ni.
Dapat spend lebih masa dengan anak-anak mama, dapat masak sendiri untuk anak-anak mama, dapat buat homework sama-sama dengan anak-anak mama, banyak lagi benda yang sama-sama kita boleh buat kan kan
***********************************************************
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
No comments:
Post a Comment